Ujian Keikhlasan Di Bulan Ramadhan

Sesekali mata si isteri melirik ke dalam bilik melihat si suami yang khusyuk membaca Al Quran. Hatinya sedikit terusik dan cemburu kerana di jam 4.30 pagi dia di dapur menyediakan juadah bersahur. Mana mungkin dia sempat menatap kalimah Allah itu seperti mana suaminya. Selesai bersahur, si suami ke masjid untuk solat berjemaah meninggalkan dia sekali lagi terkontang kanting di dapur mengemas dan menyediakan sarapan untuk anak-anak.

 

Sebelah petang ketika dia sibuk di dapur menyediakan makanan berbuka, si suami menyambung bacaannya selepas solat asar. Sekali lagi hati si isteri terusik. Selepas berbuka, sekali lagi si suami bersiap untuk menunaikan solat isyak dan terawih berjemaah. Si isteri terus melayan kerenah anak-anak syurga yang meminta terus perhatian. Jika badan tidak terlalu letih, maka sempatlah si isteri bersolat terawih sendirian di rumah. Jika tidak, selepas solat isyak, dia sama-sama terlena di samping anak-anak.

 

Hatinya cemburu.. Hatinya terusik.. kerana dia tak bisa memeriahkan bulan Ramadhan dengan amal ibadah yang dituntut bersama ganjaran pahala yang berlipatkali ganda.

 

Tapi benarkah pahala hanya dapat diperoleh dengan bacaan Al Quran dan solat terawih berjemaah? Benarkah si isteri tak dapat mengumpulkan walau sedikit pun pahala dan kebaikan di bulan Ramadhan?

 

Wahai isteri, ketahuilah bahawa menyediakan juadah untuk orang berbuka puasa itu juga pahala.

Mengorbankan waktumu untuk menunaikan tanggungjawab terhadap anak-anak dan suami itu juga pahala.

Melayani kerenah anak-anak syurga itu juga pahala.

Zikir dan selawat yang tak putus di bibirmu setiap masa itu juga pahala.

Mengingati Allah setiap ketika itu juga pahala.

woman-cooking-clipart-Busy-Mom-and-Housewife

Maka ikhlaskan lah dirimu dalam menunaikan tanggungjawab seharian. Semuanya kerana Allah Taala. Niatkan hatimu melakukan semuanya demi keredhaan Allah semata-mata. Serahkah resah dan gelisah kepada Allah, mohon dan berdoa agar diberi ruang waktu untuk mengaji dalam jadual harianmu yang padat.

 

Allah Maha Mengetahui..

Allah tahu keletihan mu demi keluarga.

Allah tahu titik peluhmu demi tanggungjawab.

 

Maka IKHLAS LAH.. REDHA LAH..

Insya Allah.. ada ganjarannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.