Tsunami Shaklee – Rumah Idaman Hati

Rumah idaman hati saya kalau boleh biarlah yang dibina atas tanah sendiri, mempunyai 5 bilik dan ruang laman yang luas. Banglo 5 bilik ini akan mempunyai ruang solat atau surau kecilnya sendiri. Di bahagian luar pula akan ada taman bunga-bungaan yang terjaga rapi.

Kenapa nak banyak-banyak bilik sedangkan saya sekeluarga hanya 3 orang? Takkan nak dibiarkan berhabuk saja kan.. Sebenarnya bilik yang banyak tu untuk memudahkan mertua, mak ayah dan adik beradik ku yang ramai merasa selesa dan tenang bila bertandang ke rumah.

Watak utama dalam sebuah rumah adalah master bedroom. Bilik utama ini akan menghadap ke arah taman bunga yang akan dapat dilihat terus melalui pintu kaca. Bangun pagi je dah boleh terus nampak ciptaan Allah swt.

Satu lagi watak penting dalam sebuah rumah pastilah dapurnya! Ruang peribadi mak mak sekelian alam. Tempat menghasilkan karya dan melakarkan kreativiti dalam masakan. Bila ruang dapur cantik teratur, mood nak masak pun berbunga-bunga je. Saya suka ruang dapur yang jenis terbuka macam dalam poster. Cantik kan?

13495568_10208545977899989_5147168098175699307_o

Kawan-kawan dijemput datang dengan hati dan pintu yang terbuka luas. Tapi sebelum tu, mohon doakan rumah impian ini siap terbina dengan cantiknya pada tahun 2020.

signature

mamavogue

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge