Tsunami Shaklee – Jom Hebat Mega Yang Super Best

Sepanjang saya dalam bisnes Shaklee, memang banyak program dan kelas-kelas yang saya hadiri samada anjuran Shaklee ataupun atas inisiatif upline sendiri. Seperti yang selalu saya ceritakan, group super duper upline saya iaitu iReach adalah satu group yang sangat aktif dan banyak sangat aktiviti.

Antara program yang paling saya ingati dan simpan kemas dalam hati adalah Jom Hebat Mega yang diadakan pada 15 Mac 2014, di Institut Sosial Malaysia Sg. Besi.

Program Jom Hebat Mega dimulakan dengan sesi pendaftaran dan kanak-kanak diberikan kertas dan pensel mewarna agar masa mereka juga terisi di samping menemani mak ayah yang datang untuk mengaut ilmu. Kelas-kelas dan program Shaklee memang biasanya sangat mesra keluarga. Anak-anak sentiasa bersama dengan mak ayah, tak perlu ditinggalkan di rumah.

Speaker pertama hari itu adalah Cikgu Nad Zaim, mak bintang yang sangat bersemangat! Ucapan dan kata-kata dari beliau mampu menggegarkan hati dan perasaan. Terasa semangat dan aura beliau menyerap ke jiwa. Setelah itu, sesi pelancaran web portal ireach.my oleh Master Zainul. Web portal ini akan menjadi ‘one stop center’ buat semua SID di bawah group iReach untuk mencari dan berkongsi maklumat tentang Shaklee, blog, FB Page, strategi marketing, coaching dan banyak lagi.

Part yang paling disukai ramai dalam program ini ada sesi Forum Kain Pelikat iaitu sesi bersama para suami yang menjadi penyokong kuat disebalik kejayaan seorang isteri. Panelis-panelis ini berkongsi rahsia dan cara yang terbaik buat para suami membantu isteri membina kejayaan dalam Shaklee.

Sebelum berehat dan berhenti makan tengahari dan solat, pengelola majlis sempat mengadakan sesi kuiz dan soal jawab bersama peserta.

Selesai waktu makan tengahari dan solat, saat yang paling ditunggu-tunggu oleh semua peserta program Jom Hebat Mega iaitu jemputan khas Encik Amin Idris. Perkongsian dan motivasi magnet diri yang disampaikan memberi kesan yang mendalam bagi saya. Beliau mempunyai karisma yang tersendiri serta tak kekok beramah mesra dengan peserta. Boleh dikatakan setiap program Jom Hebat yang diadakan, Encik Amin akan menjadi pilihan sebagai jemputan khas. Aura dan gayanya yang tersendiri membuatkan semua peserta terpegun dengan kehadiran beliau. Handsome pun iye dok..hihihii

Inilah antara kelebihan bernaung di bawah group kami. Segala aktiviti dijalankan atas inisiatif sendiri, dan tiada paksaan untuk menghadirkan diri. Tetapi setiap program pastinya full house!

Saya sangat mengalu-alukan kehadiran korang dalam group ini dan join #TeamMamavogue. Insya Allah kita sama-sama bergandingan untuk berjaya, dunia dan akhirat.

Saksikan sendiri kemeriahan Program Jom Hebat Mega di link yang disertakan ini.

signature

mamavogue

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.