Tips Urus Bisnes Sambil Uruskan Rumah

Bekerja dari rumah, memang tak mudah sebenarnya. Perkara paling penting adalah pengurusan masa supaya segala tugasan kerja dan urusan rumah berjalan lancar. Saya akui beberapa kali dah terbabas apabila melebihkan salah satu daripadanya. Jika terlebih masa kerja, maka urusan rumah tertangguh dan begitu juga sebaliknya.

Saya nak kongsikan di sini beberapa tips yang saya amalkan agar tugasan bisnes lancar, rumah pun tak terabai. Selain pengurusan masa, disiplin diri juga sangat penting.

tipsbisnes

Tips PERTAMA ialah TO DO LIST – Senaraikan semua urusan dan tugasan yang akan dilakukan secara harian ataupun mingguan. Asingkan mengikut kepentingan dan yang mana perlu dilaksanakan segera. To do list ini sebaiknya dibuat sebelum tidur atau awal pagi sebelum memulakan apa-apa tugasan.

Tips KEDUA ialah LAKSANAKAN SEKURANG-KURANGNYA 80% – Seboleh-bolehnya habiskan semua tugasan dalam to do list yang telah dibuat. Jika benar-benar tidak berkesempatan, cuba sebaiknya selesaikan 80% daripada senarai tersebut.

Tips KETIGA ialah UTAMAKAN KELUARGA – Jangan dilupa jawatan utama kita adalah seorang suri rumah, isteri dan ibu kepada anak-anak yang comel. Maka jika berada dalam keadaan yang berbelah bagi, utamakan urursan bersama keluarga. Pastikan kita dah luangkan masa secukupnya dengan suami dan anak-anak. Bila mereka gembira, baru lah senang hati nak berbisnes.

Tips KEEMPAT ialah CATAT NOTA/ILHAM/IDEA – Idea aau ilham ni kadang-kadang muncul pada waktu tak terduga. Tengah suap anak, tengah menyapu atau tengah sidai kain pun boleh datang ilham yang meletops kan.. Maka mak mak berbisnes ni kena sentiasa standby buku nota kecil dan pen atau paling senang handphone. Dalam smartphone tu, pastikan ada aplikasi NOTES, EVERNOTE atau apa-apa aplikasi yang mudah untuk menyimpan nota.

Tips KELIMA ialah SCHEDULE POSTS – Facebook dan Blog adalah platform biasa untuk berbisnes. Kedua-dua ini boleh dijadualkan lebih awal dan mengikut waktu tertentu. Kita boleh siap-siap jadualkan semua post dan duduk diam-diam suap anak sambil tunggu customer mesej..hihi! Untuk personal profile di Facebook, ada aplikasi yang boleh digunakan untuk setkan status kita contohnya Buffer dan Hootsuite.

Semua orang boleh cuba tips ini sebenarnya, tidaklah terbatas pada ibu ibu suri rumah sepenuh masa yang bekerja dari rumah saja. Kata kuncinya adalah disiplin dan komited. Apabila kita suka dengan apa yang kita lakukan dengan secara tak langsung segalanya jadi lebih mudah dan teratur.

Suka dengan tips yang saya kongsikan? Jangan lupa subscribe blog ini dan like Page Diary Nutrisi Mama untuk mendapatkan tips-tips serta informasi tentang bisnes dari rumah.

signature

mamavogue

selfpromo

 

3 thoughts on “Tips Urus Bisnes Sambil Uruskan Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge