Tips Bercuti Bersama Anak-anak Kecil

Pejam celik kita dah sampai ke penghujung tahun 2016, cuti sekolah pun akan bermula tak lama lagi. Kebiasaannya selain sibuk menyediakan keperluan dan kelengkapan persekolahan anak untuk tahun seterusnya, mak ayah juga akan merancang percutian bersama keluarga. Merakam memori indah buat si anak ketika cuti sekolah. Masa ini juga lah mak ayah ingin meluangkan masa yang berkualiti dan mengeratkan hubungan dengan anak.

Namun, saya tahu kadang-kadang ada persediaan dan percutian yang tak terancang dengan baik menjadi sedikit kelam kabut akhirnya. Mana nak jaga mood anak yang berubah-ubah kejap meragam kejap baik, masa tu la anak tak sihat pula kemudian ada pula keperluan anak yang tertinggal. Adehh! Akhirnya percutian yang diharapkan menjadi satu disaster pula.

Maka sebelum semuanya jadi kelam kabut dan membuatkan mak ayah stress, saya kongsikan beberapa tips untuk bercuti bersama anak kecil agar semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

1. Buat senarai barangan keperluan anak dan mak ayah

Buat Senarai Barangan Yang Perlu Dibawa
Senarai ini penting supaya tiada barang keperluan yang tertinggal terutama botol susu bayi, puting, lampin, kain selimut, tisu basah dan makanan/puri (jika berumur bawah setahun)

2. Katil Tambahan/ Baby Cot

tips-bercuti2
Jangan lupa beritahu kepada pihak hotel terlebih awal semasa membuat tempahan bilik. Katil tambahan atau baby cot ini perlu agar bayi atau anak kecil dapat tidur dengan lebih selesa.

 

3. Peralatan Mandi/Baju Renang/Pelampung

tips-bercuti3
Biasanya bila kita menginap di hotel, perkara paling disukai oleh anak-anak kecil ini pastilah berendam di kolam renang. Pastikan kita bawa segala peralatan mandi si anak untuk mengelakkan berlakunya tantrum nanti. Pelampung juga penting untuk keselamatan anak. Jika ke pantai, pastikan mainan yang sesuai juga ada bersama.

4. Kesihatan Sekeluarga

tips-bercuti4
Kanak-kanak biasanya mudah sakit apabila terlalu lama bermain air atau bercampur dengan orang ramai. Pastikan kita sediakan perisai dari dalaman sebagai langkah pencegahan. Amalkan pemakanan sihat dan supplemen sekurang-kurangnya seminggu sebelum pergi bercuti. Bawa juga ubat-ubatan untuk diambil sekiranya perlu.

5. Rancang Aktiviti

tips-bercuti5
Rancang lebih awal semua aktiviti yang akan dilakukan ketika bercuti. Susun jadual secara teratur dan pastikan ianya termasuk juga aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak.

6. Jadual Waktu Tidur

tips-bercuti6
Waktu tidur anak adalah sangat penting. Walau apa pun rancangan kita ketika bercuti, pastikan anak mendapat rehat secukupnya dan tidur mengikut waktu yang ditetapkan. Bila anak-anak cukup rehat, mereka akan lebih bertenaga dan tidak meragam keletihan ketika berjalan.

Cukup rasanya 6 tips mudah untuk bercuti bersama anak kecil yang saya kongsikan. Saya pasti semua mak ayah mahukan percutian seronok, bermakna dan menjadi kenangan yang indah buat anak. Anak-anak kecil pula pastinya gembira apabila mak ayah membawa mereka berjalan-jalan. Ikuti tips mudah ini supaya segala yang dirancang akan lebih teratur dan lancar. Anak tak meragam, mak ayah pun tak stress.

Artikel ini memberi manafaat? SHARE kan artikel ini di wall anda sebagai rujukan bersama.

signature

mamavogue

One thought on “Tips Bercuti Bersama Anak-anak Kecil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge