Teknologi Terkini Kuruskan Badan Tanpa Perlu Pembedahan

Baru-baru ni saya dengan rela hati nak join pelancaran Zimmer Z Lipo & Z WavePRO di Talent Lounge Damansara Perdana. Majlis ni sempena memperkenalkan generasi kedua Cryo-Lipolysis iaitu teknik terbaru mendapatkan bentuk badan idaman tanpa perlu menjalani sebarang pembedahan dan menjanjikan kesan yang lebih cepat.

Majlis dimulakan dengan ucapan dari Miss Jess Kong (General Manager Med III Division – Neoasia) dan seterusnya pelancaran dari Medical Director of Elite Laser Clinic yang berasal dari Madrid, Dr. Pablo Naranjo. Beliau menjelaskan dengan terperinci bagaimana Zimmer Z Lipo & Z WavePRO bertindak dan membantu membuang lemak dengan berkesan tanpa sebarang rasa sakit.

Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Dr. Micheal Ingargiola iaitu seorang pakar bedah plastik, rawatan ini telah menjana purata sebanyak 20% daripada pengurangan lapisan lemak selepas beberapa bulan. Dengan gabungan kedua-duanya, kesan penurunan berat badan akan lebih cepat, efektif dan tahan lama.

Saya sertakan gambar-gambar di sekitar majlis pelancaran Zimmer Z Lipo & Z WavePRO. Siap ada pelukis karikatur dan penulis tulisan kaligrafi tau.

Miss Jess Kong

The Experts
Zimmer Z Lipo & Z WavePRO Shockwave Therapy
Kaligrafi dan karikatur

Kelebihan Z LIPO & Z WAVEPRO

  • Generasi kedua Cryo-Lipolysis oleh Zimmer Z Lipo & Z WavePRO
  • Kejuruteraan Jerman
  • Diluluskan US FDA dengan kombinasi shockwave
  • Lebih dari sekadar membuang lemak! (merawat selulit dan kulit menggeleber)
  • Tiada kesan sampingan yang melampau
  • Tidak menyakitkan
  • Hanya sedikit rasa tidak selesa ketika rawatan
  • Keputusan yang ketara
  • Tempoh masa rawatan hanya 60minit
  • Bayaran minimum sebanyak RM1,500 ke RM1,800 bergantung kepada bahagian yang mahu dirawat

Kalau ada yang berminat nak dapatkan rawatan ni, boleh lah berkunjung ke klinik-klinik yang saya nyatakan di bawah :

  1. TDOX Clinic – 51B, Jalan SS21/37, Uptown 37, 47400 Petaling Jaya, Selangor (03-7733 7768)
  2. Esadsa House – Lot 51, 7th Floor Signature Office, The Boulevard Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur (03-2287 8569)
  3. Ageless Medispa & Clinic – 257, Jalan Maarof, Bangsar Park, 59000 Kuala Lumpur (03-2095 0458)
  4. RE Plastic Surgery Clinic – A4-UG1-03 Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur (03-6207 9004)
  5. The Life Clinic – Lot 6-2A Jalan Batai, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur (03-2856 9292)

Ada juga rakan blogger yang dah mencuba rawatan ini, kalau nak tahu lebih lanjut boleh la tengok link INI. Mereka diberi penerangan yang jelas sebelum melakukan rawatan ini. Seronok kan?

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi laman web ini http://zimmer-aesthetics.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge