Pentingnya Sarapan Buat Anak-anak Sebelum Ke Sekolah

Hari isnin yang agak basah.. pagi-pagi lagi telinga dah dihiburkan dengan bunyi hujan. Kalau dilayan memang boleh leka jadinya.

Macam mana urusan mak mak setakat pagi ni? Yang bekerja dan juga yang suri rumah masing-masing sibuk kan. Pagi-pagi memang kelam kabut lagi-lagi kalau hari isnin. Nak kejut anak bangun pun satu hal juga..

Tapi kan mak mak, macam mana kelam kabut pun pagi kita pastikan anak-anak ke sekolah dengan perut yang terisi. Sarapan memang sangat penting terutama buat anak-anak yang sedang membesar dan belajar.

Sarapan pagi adalah makanan pertama yang masuk ke perut anak kita setelah lebih 6 jam ianya kosong. Maka memang wajiblah diisi dengan makanan berkhasiat dan memberikan tenaga. Supaya anak-anak kita sentiasa aktif dan fokus di sekolah.

Anak-anak yang mengambil sarapan memang sangat berbeza dengan anak-anak yang tak bersarapan pagi. Mereka ni lebih cergas dan bertenaga. Mari saya kongsikan kelebihan anak-anak yang bersarapan setiap pagi.

5 kelebihan sarapan buat anak-anak sebelum ke sekolah

1/ Anak-anak yang bersarapan setiap pagi mempunyai memori yang kuat. Mereka mudah mengingati apa yang di ajar oleh guru dalam kelas.

2/ Mempunyai daya fokus yang tinggi terhadap apa yang dipelajari. Mereka juga memiliki konsentrasi yang tajam dan mudah faham.

3/ Meningkatkan teknik menyelesaikan masalah. Mereka lebih mudah menilai situasi dan keadaan di sekeliling mereka.

4/ Anak-anak ini juga seorang yang berfikiran lebih terbuka dan rasional. Mereka mampu berfikir kesan baik dan buruk terhadap setiap tindakan yang dibuat.

5/ Memiliki kemahiran berfikir yang tinggi dan mahir. Sesuai sangat dengan sistem pendidikan negara sekarang yang memerlukan anak-anak berkemahiran berfikir aras tinggi.

Zaman kanak-kanak ni memerlukan tenaga yang banyak sebab mereka belajar perkara baru setiap hari. Jadi, sarapan sangat penting buat mereka untuk memulakan hari dengan sempurna. Pastikan juga sarapan mereka adalah seimbang dan berkhasiat!

Sebagai contoh, sarapan yang seimbang mestilah mempunyai karbohidrat dan protein. Karbohidrat membantu anak-anak untuk kenyang lebih lama dan memberikan tenaga. Protein pula penting untuk pembentukan otot-otot badan mereka. Tak lupa juga kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat.

Kanak-kanak yang sedang membesar memang memerlukan makanan dari pelbagai sumber untuk membina tubuh badan yang sihat dan bertenaga. Tugas kita lah sebagai mak mak untuk sediakan keperluan itu buat anak kita. Selain sarapan yang berkhasiat, bagus juga ditambah dengan suplemen yang selamat dan semulajadi agar sistem imun anak sentiasa dalam tahap terbaik. Maka anak takkan mudah dijangkiti penyakit.

Anak sihat, mak pun gembira. Setuju tak mak mak?

mamavogue

Kelebihan Minum Jus Buahan Segar dan Waktu Terbaik Menikmatinya

Bila saya sebut jus buah segar, saya maksudkan jus buah yang diperah segar di rumah. Bukan jus buah dalam botol atau kotak yang dibeli dari pasaraya. Kedua-duanya adalah dua minuman yang berbeza walaupun tercatat pada botol atau kotak berkenaan perkataan SEGAR. Jus buah segar yang saya maksudkan adalah yang dikisar kemudian ditapis ataupun diperah menggunakan juicer dan tidak dicampur dengan sebarang penambah perisa seperti gula, stevia ataupun madu.

Contoh juicer yang boleh digunakan untuk membuat jus segar
Contoh juicer yang boleh digunakan untuk membuat jus segar

 

Jika anda sedang mengamalkan pemakanan yang sihat, memang sesuai sangatlah amalkan juga minum jus segar ini. Ianya membantu memenuhi keperluan nutrisi dan sumber antioksidan semulajadi yang diperlukan oleh tubuh badan. Ada beberapa jenis buah boleh dicampur bersama dan bertindak dengan lebih baik. Sebagai contoh, jika dicampur jus nenas, epal dan oren, ia boleh menjadi penggalak tenaga (energy booster).

Ada satu lagi tips yang perlu kita ikut sekiranya kita nak dapatkan khasiat terbaik dari jus buah yang diminum iaitu waktu minum jus. Waktu terbaik minum jus buahan segar adalah ketika perut kosong, kebiasaannya waktu pagi iaitu ketika sarapan. Kenapa kena minum waktu perut kosong? Kerana perut yang kosong mampu menyerap segala nutrien dengan lebih baik berbanding perut yang sudah dipenuhi makanan.

Minum jus buah ketika perut kosong juga bagus untuk sistem penghadaman. Ini kerana jus buah mengandungi serat dan pelbagai jenis enzim untuk membantu penghadaman yang baik. Maka takde lah kita dera perut kita setiap hari untuk bekerja keras menghadamkan makanan berat yang selalunya kita ambil seawal pagi (contoh nasi lemak, nasi kerabu dll)

Sedapnya jika dapat menikmati jus buahan segar setiap hari
Sedapnya jika dapat menikmati jus buahan segar setiap hari

Apabila kita memulakan hari dengan segelas jus buah segar setiap hari ketika perut kosong, ia akan menyerap segala nutrien dan antioksida yang baik untuk tubuh badan kita dengan lebih efisyen. Ia juga membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk memulakan tugasan harian.

Ada satu lagi tips penting yang wajib anda buat sekiranya nak memulakan hari dengan jus buah, iaitu cuba elakkan minum jus buah-buahan sitrus atau berasid. Ada sesetengah orang, memang tak tahan minum jus oren seawal pagi dan perut akan memulas atau rasa tak selesa! Mulakan dengan segelas kecil dahulu atau buat jus yang dicampur dengan beberapa jenis buah. Insya Allah saya akan kongsikan resepi jus buah-buahn segar yang boleh dibuat sendiri dirumah di entry seterusnya untuk rujukan saya dan semua.

Ingat tau! Nikmati jus buah-buahan ketika perut kosong sebaiknya di awal pagi ataupun gantikan dengan air teh/kopi di waktu minum petang. Atau sekurang-kurangnya 2 jam selepas waktu makan.

signature

mamavogue

Kenali Punca Jerawat dan Cara Mudah Mengatasinya

JERAWAT!! Mimpi ngeri buat semua orang terutama kaum wanita kan. Jerawat ni bukan sahaja menyakitkan tetapi membuatkan muka kelihatan bengkak dan kemerahan. Malah jerawat boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kurang berkenyakinan terhadap diri sendiri dan malu untuk bersosial. Of kos saya boleh relate dengan masalah ini sebab saya mempunyai masalah jerawat ni sejak berumur 17 tahun.

Beberapa bulan sebelum SPM, ketika saya sedang membuat persiapan untuk peperiksaan besar itu saya perasan perubahan yang sangat ketara pada kulit muka. Ia jadi terlalu berminyak dan kadang-kadang berbiji halus kemerahan. Tak lama lepas tu mula la keluar biji-biji yang lebih besar dan bernanah. Tapi masa tu tak peduli sangat sebab fikirkan stress belajar je.

Every girls nightmare!!
Every girls nightmare!!

Tetapi, setelah berumur 33 tahun ni muka masih berjerawat, tiu bukan stress dah namanya! Mesti ada something wrong somewhere kan. Ramai yang kata nanti dah ada anak hilang la jerawat tu (sama macam senggugut) tapi rupanya hanya mitos belaka. Sedihhhh! Dah jadi mak orang pun muka masih dipenuhi jerawat terutama ketika datang bulan. Maka bermula lah misi mengenali punca sebenar Cik Jerawat ini..

Punca-punca Jerawat Yang Jarang Kita Tahu

Musuh nombor satu tetapi bestfriend forever jerawat adalah GULA PUTIH. Haa terkejut kan? Apa kaitannya gula dengan jerawat? Bila kandungan gula terlalu tinggi dalam darah, ia buat darah jadi pekat dan sukar mengalir dengan lancar. Maka segala vitamin dan supplemen yang kita duk pulun untuk jerawat ni tak dapat berfungsi dengan baik! Rugi je kan bayar mahal-mahal beli vitamin.

Yang kedua, MAKANAN BERGORENG dan berminyak. Selama ni sedap je kan belasah goreng pisang, cekodok, ayam goreng, mee goreng. Segala jenis yang berminyak semua di telan! Inipun sama juga, ia menyebabkan pengaliran darah yang tidak lancar seterusnya segala makanan kesihatan yang kita ambil tak dapat diserap sempurna.

Kurangkan atau elakkan terus makanan berminyak dan diproses
Kurangkan atau elakkan terus makanan berminyak dan diproses

Yang ketiga, USUS YANG KOTOR. Macam mana nak tahu usus kita kotor ke tidak? Orang yang mempunyai usus yang sihat adalah orang yang melakukan pembuangan paling minimum 2 kali sehari dan kentutnya tidak berbau. Bila usus kotor dan bertoksin, macam mana ia nak serap segala nutrien dalam makanan? Dan bila toksin dan tertalu banyak, ia akan menyebabkan kulit kita menjadi berjerawat dan berminyak.

Selain daripada 3 punca di atas, jerawat juga boleh timbul disebabkan PENCEMARAN UDARA, terlalu banyak mengambil minuman BERKAFEIN dan yang paling penting, KURANG MINUM AIR MASAK. Bila kita dah tahu puncanya, maka lebih senang untuk kita atasi masalahnya kan.

Cara Mudah Mengatasi Masalah Jerawat

Sebenarnya kebanyakan daripada punca di atas adalah sebab utama kenapa kulit muka saya berjerawat. Sebelum ini, memang tak pernah nak jaga pemakanan dan amalkan diet yang lebih sihat. Namun, awal tahun ini saya ada buat detoks parasit bersama-sama geng se-Shaklee dan hasilnya sangat mengujakan! Detoks parasit adalah detoks ketika bulan mengambang penuh. Kiraan hari detoks tersebut menggunakan tarikh kalendar hijrah. Alhamdulillah ia memberi kesan yang sangat baik dan kulit saya nampak semakin sihat.

Bila kita dah tahu puncanya, lebih senang untuk kita atasi masalah jerawat ini tau. Yang PERTAMA pastikan kita minum air masak secukupnya setiap hari. Air masak membantu badan kita menyingkirkan toksin dan membersihkan usus dengan lebih baik.

Minum air yang mencukupi penting untuk tubuh badan kita
Minum air yang mencukupi penting untuk tubuh badan kita

Yang KEDUA, kurangkan gula dalam makanan dan minuman harian kita. Gula bukan yang kita guna untuk bancuh air sahaja tau, tetapi dia terdapat dalam hampir semua makanan yang diproses terutama roti, biskut, minuman 3in1, kek, pastri dan banyak lagi.

Yang KETIGA, bila dah kurangkan makanan bergula, bergoreng, berminyak dan minum air masak secukupnya pastikan kita membuang sisa kumbahan dalam perut tu sehari 2 kali. Paling tidak pun mesti setiap hari. Tak perlu pun disimpan lama-lama dalam perut, kang lebih banyak mendatangkan mudarat dan penyakit.

punca-jerawat
Gambaran ini memberikan penjelasan kepada beberapa punca kulit muka berjerawat

Haa.. bila dah baca rasa macam mudah je sebenarnya kan? Salah tu.. Tak mudah tau nak kurangkan gula dan makanan bergoreng terutamanya dalam pemakanan seharian kita. Tetapi demi usus dan kulit yang lebih bersih dan sihat, sebaiknya kita kawal pemakanan kita. Banyak je resepi sihat yang boleh dicuba dalam Facebook dan juga Google. Antara rajin atau tak je..hihi.

Selamat mencuba! Insya Allah hasilnya pasti positif dan ketara.

signature

mamavogue

 

6 Sebab Kenapa Kita Perlu Detoks

Detoks ni apa sebenarnya ya? Mesti ramai pernah dengar tetapi tak pasti apa maksud sebenar detoks tu. Detoks adalah proses penyingkiran toksin dari dalam badan dengan cara semulajadi. Namun, zaman sekarang ni, tubuh badan kita terbeban dengan pelbagai jenis pencemaran dan menyebabkan proses detoks tak mampu lagi nak tanggung kesannya.

Detoks ini ada banyak jenis, ada detoks logam, detoks parasit, detoks usus, detoks hati dan detoks seluruh badan. Sekali sekala, kita boleh melakukan detoks ini dengan sendiri bagi membantu organ-organ dalam badan menyingkirkan toksin dengan lebih efisyen. Kenapa perlu detoks? Saya kongsikan di bawah ye.

detox-shaklee

6 Sebab Kenapa Kita Perlu Detoks

  • Untuk menyingkirkan toksin dalam badan – Toksin ini datangnya daripada pencemaran udara, air, penggunaan bahan pengawet dalam makanan, baja kimia dan pembuangan bahan industri. Toksin ini jika tidak disingkirkan, ia akan kekal dalam tisu dan sel seluruh badan termasuklah otak.
  • Mengelakkan penyakit kronik – Toksin di persekitaran kita menyumbang kepada penyakit seperti kanser, penyakit saraf, penyakit jantung dan juga strok. Walaupun tubuh badan kita ada sistem yang mampu menyingkirkan toksin, namun ia dah tak mampu nak tampung dengan keadaan pencemaran sekarang ni.
  • Meningkatkan dan merangsang sistem imun – Detoks secara berterusan membantu sistem imun badan berkerja dengan lebih efektif untuk menghalang jangkitan  dan penyakit.
  • Menurunkan berat badan – Toksin yang berlebihan akan menjadi penghalang kepada tubuh badan membakar lemak berlebihan secara semulajadi. Bila berat berlebihan, ia membawa kepada penyakit seperti diabetes dan darah tinggi.
  • Meningkatkan metabolisma badan – Dengan detoks, toksin yang ada dalam sel lemak akan disingkirkan dan akan meningkatkan metabolisma badan. Maka lebih banyak makanan dapat ditukarkan kepada tenaga.
  • Memperlahankan proses penuaan – Apabila toksin disingkirkan, radikal bebas dan sisa logam juga akan tersingkir. 3 bahan ini lah yang membuatkan badan kita lebih tua dari usia sebenar. Bukan sekadar nampak tua di kulit tetapi seluruh fungsi badan juga.

Apa yang paling utama, proses detoks ini membantu membersihkan sel-sel badan dan meningkatkan fungsi sel untuk menyerap segala nutrien termasuk antioksidan dan vitamin.Sebaiknya kita melakukan detoks ini setiap 3 bulan sekali supaya tubuh badan kita sentiasa berfungsi dengan baik dan orang-organ juga terpelihara.

Saya sendiri dah 2 kali  buat detoks seluruh badan dan sekali detoks parasit. Badan rasa lebih ringan dan bertenaga tau. Paling saya suka, muka saya yang berjerawat teruk akan jadi lebih bersih dan kulit lebih rata. Penghujung Disember 2015 berat badan saya mencecah 70kg, namun Alhamdulillah selepas 2 kali detoks, berat saya turun hampir 10kg. Part paling best, berat tak mudah naik semula walaupun ada ketika saya makan serupa seminggu tak jumpa nasi..haha.

Suka artikel ini dan rasa ia bermanafaat? Jemput SHARE di wall masing-masing. Terima kasih!

signature

mamavogue