Keberkatan Apabila Kita Mengurus Masa Dengan Sebaiknya

Minggu lepas, masa duk dating bersarapan berdua dengan encik suami tetiba kami bersembang isu yang serius. Selalunya jarang sangat nak sembang gitu. Tetapi kebetulan masa tu di sekeliling kami kelihatan semua orang terkejar-kejar dengan urusan masing-masing. Macam tak cukup masa je semuanya.

Sebenarnya kan semua orang ada masa yang sama, 24 jam sehari. Tapi saya ade seorang mentor yang buat kerja macam dia ada 48jam sehari. Dia seorang mak anak 4, 3 daripadanya dah sekolah. Yang bongsu pula masih duk melekat macam gam gajah.

Sebenarnya dulu-dulu sebelum jadi mak, memang respect abis dengan mak mak sekelian alam. Macam mana dorang urus anak-anak, suami dan rumah dari pagi sampai malam. Saya selalu perhatikan macam mana dorang susun masa. Lepas solat, doa ringkas dan terus bangun sambung selesaikan kerja seharian.

Bila sendiri dah jadi mak, ya ampunnn.. letih yakmat!! Nak pula saya ni ada insomnia, berganda letih sebab tak cukup tido.

Tapi tu dulu-dulu.. jaman dahulu kala..

Lepas kenal ngan mentor ni, korek rahsia dia macam mana dia buat kerja macam ada 48jam sehari. Jawapannya mudah sangat, minta dengan Allah. Aduh!! Macam mana pulak nak minta-minta ni? Nak doa macam mana? Boleh dapat ke 48jam sehari?

Mentor saya ni memang seorang yang sangat hebat! Dia seorang suri rumah tanpa maid dan uruskan semuanya sendiri. Termasuklah bisnes Shaklee. Bukan sikit-sikit tau anak bisnes dia, ribu-ribu lemon okeh!

Selain uruskan rumahtangga dia tetap ada masa untuk sediakan projek untuk anak bisnes (bukan 1 group tau, tapi 10 group agaknya), coaching, travel lagi, fikirkan strategi, planning bisnes dan macam-macam lagi lah. Serius! Macam dia seorang yang ada 48jam sehari.

Selalu terfikir, superwoman kah dia? Tak perlu tidur kah? Memasak guna kayu magic kah?

Awal tahun ni, saya bangun awal setengah jam untuk siapkan bekal anak ke sekolah. Tapi tak sempat tahajjud. Cer bayangkan??

Bangun tido je terus masuk dapur. Tapi still rasa kelam kabut, tak cukup masa. Terkejar-kejar nak siapkan semuanya. Si anak pula suka la buat drama pepagi. Tak boleh buka mata lah, tak boleh berdiri lah, tangan lembik lah.. Padahal bila dah siap elok je seronok nak ke sekolah.

Lepas tu saya usaha juga tahajjud dulu baru masuk dapur. Tak lari pun dapur tu kann.. elok je boleh masak lepas solat. Tapi rasa lain sangat-sangat. Rasa lebih lapang, rasa lebih teratur. Padahal sama je rutin tiap pagi memasak.

Masa tu baru saya faham dan jelas dengan kata-kata mentor ni. Minta dengan Allah. Jaga hubungan dengan Allah. Solat awal waktu, solat sunat setiap hari dan mengaji. Insya Allah yang lain-lain akan lebih lancar.

Tapi sekali lagi saya fikir, mak mak ni tak boleh nak duk lama-lama atas sejadah lepas solat. Kerja banyak lagi ni. Lagi-lagi lepas asar, terus kelam-kabut siapkan dinner pulak (asek kelam kabut je ko ni pun). So macam mana nak zikir panjang-panjang? Nak baca Almathurat? Cane nak mengaji?

Kita ni kannn.. belum buat dah kata susah! Sape macam saya sila mengaku 🙈

Sambil masak pun boleh zikir, sambil potong bawang pun boleh mengaji.. aduhhh.. kenapa nak susahkan benda yang senang? Yang penting kita buat. Takde syarat pun kena duduk atas sejadah baru boleh baca quran.

Yang paling manis, pahala kita dapat, masakan kita pun lebih lazat sebab ditambah zikir dan ayat Alquran 😍

Setuju tak mak mak?

mamavogue