Syawal Yang Dirai, Kemaafan Yang Dicari

Salam 19 Syawal buat semua yang sudi membaca blog Diary Nutrisi Mama ni..

Pejam celik pejam celik masa seakan laju berlari meninggalkan kita. Rasanya macam baru je dengar pengumuman bermulanya Ramadhan, tahu-tahu je dah hampir habis Syawal dah pun. Alhamdulillah masih sihat dan bertenaga untuk menunaikan ibadah sepanjang Ramadhan selain berpuasa. Saya doakan kita semua sampai ke Ramadhan yang seterusnya.

Seperti biasa di pagi 1 Syawal, kita akan bersalam-salaman memohon ampun dan maaf dari ibu bapa, adik beradik dan saudara mara. Ada yang mengambil peluang berjumpa setahun sekali ini berkongsi rasa dan cerita. Masa ini lah ikatan yang dah hampir terlerai dikukuhkan kembali. Namun ada juga yang seakan tak mahu ikatan itu disimpul erat malah dibiar terlerai begitu sahaja. Pandangan mata dielak dari bertembung, bahu juga seakan berselisih dengan orang asing walaupun berada di bawah bumbung yang sama.

Syawal

Apa sebenarnya pengertian bermaafan di pagi raya? Adakah ianya satu kewajipan memohon maaf setahun sekali? Atau sekadar salah satu acara wajib yang hanya dibuat atas dasar ‘tak mahu orang kata sombong’ walaupun tiada keikhlasan dihati? Atau tanda kemaafan yang dihulur adalah benar-benar dari lubuk hati yang menyesali segala kesilapan lalu?

Saya sendiri masih tercari-cari jawapan disebalik senyuman dan salam yang dihulur ini. Masih tertanya-tanya adakah kata-kata maaf yang dizahirkan di mulut seiring dengan niat di hati. Kerana ucapan di mulut tak selalu sekata dihati dan minda.

Akhir kata dari saya yang serba kekurangan ini, mohon ampun dan maaf dari lubuk hati paling dalam andai ada kata-kata penulisan saya dalam blog ini yang menyinggung hati mana-mana pihak. Pemahaman setiap orang memang berbeza, intonasi pembacaan juga berbeza. Mana mungkin saya mengharapkan semua orang memahami apa yang saya maksudkan sepenuhnya.

Salam perkenalan dari saya insan kecil dibumi Allah.

signature

mamavogue

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.