Sikap Jujur Yang Sangat Dituntut

Kejujuran tu memang sangat penting, dalam perhubungan, dalam perniagaan dan juga dalam kehidupan. Tanpa kejujuran, hidup ni seolah-olah tiada arah tujuan dan paling sedih tiada keberkatan dari Allah swt. Jujur bukan saja pada orang di sekeliling kita tapi juga pada diri sendiri.

Bila berbisnes, paling utama kita kena jujur dengan diri sendiri. Kita bertanggungjawab atas apa yang kita lakukan terhadap diri sendiri. Ianya satu amanah untuk kita tunaikannya dan berlaku adil terhadap diri sendiri. Lakukan segala amalan yang wajib, gandakan segala amalan sunat dan tinggalkan perkara yang tak beri manafaat kepada kita.

Yang kedua, kita wajib jujur dengan customer. Kita berbisnes mesti nak keuntungan, tetapi yang sebaiknya untung di dunia dan di akhirat. Pastikan kita berikan konsultasi kepada customer sebaiknya, beri maklumat yang tepat dan follow up tentang customer. Bukan semberono cadangkan produk lepas tu tak ambil peduli dah apa-apa yang terjadi pada customer.

Bila kita jujur dengan diri sendiri, jujur dengan customer, insya Allah segala urusan dapat dipermudahkan. Malah hubungan antara penjual dan customer juga akan menjadi lebih baik. Dari hubungan penjual-pembeli, boleh bertukar kepada persahabatan dan mungkin juga bisnes partner!

Jadikan kejujuran sebagai salah satu etika bila berniaga. Maka rezeki juga akan terasa lebih keberkatannya. Sentiasa ingat bahawa setiap rezeki itu datangnya dengan izin Allah jua. Jangan sesekali cuba untuk merosakkan pasaran dengan menjual harga lebih rendah dan murah.

Jujur, ikhlas dan amanah dalam kehidupan dan juga perniagaan. Customer suka, Allah pun sayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge