Kebaikan Menyediakan Makanan Bayi Di Rumah

Khas buat ibu-ibu yang ada bayi berumur 6 bulan ke atas, mesti teruja nak bagi makan buat kali pertama kan? Dalam fikiran dah terbayang segala jenis menu dan makanan untuk dicuba. Tapi kan ibu-ibu walau sesibuk mana pun kalian, menyediakan sendiri makanan bayi di rumah ada banyak kebaikannya. Dan si anak, buat pertama kali merasai hasil air tangan ibunya sendiri.

Saya tahu kebanyakan ibu-ibu bekerjaya agak sibuk dengan urusan kerja dan rumahtangga yang sepertinya tak pernah habis. Macam mana pulak nak selitkan sedikit masa untuk menyediakan sendiri makanan untuk bayi kan? Tapi saya jamin apabila ibu-ibu habis baca artikel ini, pastinya akan berfikir dua tiga kali untuk memberi anak makanan bijirin segera yang banyak dijual di pasaran.

Makanan_bayi
Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas

5 Kebaikan Menyediakan Makanan Bayi Di Rumah

#1 – Diyakini Bersih dan Segar –  Dah tentu bahan-bahannya kita sendiri yang pilih dan beli jadi, dah tentulah kita pilih yang masih elok dan segar. Lepas beli, kita sendiri yang cuci dan bersihkan, pastilah diyakini tahap kebersihannya.

#2 – Bahan Semulajadi – Kalau nak buat puree buah-buahan, kita beli buah-buahan segar di pasaraya. Khasiat dan kandungan vitaminnya pasti dari sumber semulajadi. Bukan dari bahan sebarangan yang hanya ditambah seperti makanan-makanan segera.

#3 – Tiada Perasa dan Perisa Tiruan – Bila dah semulajadi, tiada isu ditambah perasa atau perisa tiruan. Jika kita mahu buat puree epal, maka kita gunakan buah epal. Bukan sekadar tambah perasa epal dalam makanan.

#4 – Tiada Bahan Pengawet – Biasanya bahan pengawet ditambah ke dalam makanan untuk memastikan ianya tahan lama. Mana lah kita tahu, kot-kot anak kita alergik dengan bahan tu, kan dah satu hal pula. Kesian pada si anak yang terpaksa menanggung akibatnya.

#5 – Pelbagai Jenis dan Rasa Makanan – Jika kita yang sediakan sendiri makanan buat si anak, kita boleh buat dalam kuantiti yang sedikit tetapi pelbagai jenis. Contohnya dalam seminggu ada puree epal, kurma dan mangga. Jika kita beli bijiran segera, kita terpaksa habiskan satu perasa sahaja dalam masa dua atau tiga minggu (bergantung kepada saiz).

Yang paling penting, air tangan si ibu mengikat kasih dengan anak. Kata seorang mentor, jika anak makan hasil usaha ibunya memasak maka si anak menjadi lebih rapat, mendengar kata dan hormat pada ibunya. Sama juga macam kita yang dah dewasa ni kan, bila dapat makan masakan mak mesti bertambah-tambah nasinya!

Jadi apa kata ibu-ibu? Sempena hujung minggu ni, kita ke pasaraya dan penuhkan peti sejuk dengan stok makanan buat anak tersayang. Anak sihat dan gembira, ibu pun senang hati nak bekerja!

5 Pelawas Semulajadi Untuk Atasi Sembelit

Sembelit ni memang menyakitkan dan tak boleh dipandang remeh aje tau.. Lama kelamaan usus akan menjadi semakin kotor. Nanti macam-macam penyakit pula yang timbul. Satu ketika dulu saya juga pernah kena sembelit. Aduhaiiii menjadi pengalaman ngeri bila tiap kali ke toilet sampaikan kalau boleh tak mahu membuang dah..haha

Tapikan korang, lepas tu saya cuba cari penyelesaian supaya tak lagi ngeri bila ke toilet. Bila usus kotor, segala toksin tak dibuang dengan baik, mula la badan cepat berbau dan jerawat pun rajin bertandang. Mencanak-canak kat muka saya ni terutama di kawasan dahi. Nak menangis bila waktu nak sujud!

Jadi kat sini, saya nak kongsikan bersama apa yang saya buat untuk elakkan sembelit lagi secara semulajadi. Bukan apa, kalau makan ubat, waktu itu je ok tapi lepas tu sembelit lagi. Tapi, kalau dengan cara semulajadi ni, insya Allah secara berterusan sistem penghadaman kita menjadi bertambah baik.

Tips Sembelit

Yang PERTAMA, saya amalkan oat. Tak kisah la rolled oat atau instant oat. Tapi ramai orang kata tak lalu nak telan, sebenarnya diorang tak jumpa lagi resepi oat yang sedap-sedap nih..hihi. Paling sedap yang pernah saya rasa ialah overnight oat dan nak membuatnya pun tak susah. Hanya perlukan oat, susu segar, yogurt (pilihan), buah-buahan segar seperti kiwi atau strawberi, buah-buahan kering seperti kurma atau prun, bole juga nak letak badam dan walnut dan chia seed (pilihan). Campurkan semua bahan dalam satu bekas, simpan dalam peti sejuk semalaman dan siap! Sedia untuk dinikmati dengan penuh selera!

Yang KEDUA ni saya tahu ramai yang suka makan buah tapi kadang-kadang kita makan pada waktu yang salah iaitu selepas makan. Buah sepatutnya di ambil sebelum makan tau.. Dan untuk meredakan sembelit ni, amatlah digalakkan makan buah seperti betik, jambu batu dan tembikai susu.

Yang KETIGA, minum air masak juga memerlukan teknik yang betul baru la badan dapat menyerap segala khasiat dengan baik. Amalkan minum air masak sebanyak 300 ke 500ml air sebaik sahaja bangun dari tidur. Bagus tau minum air banyak waktu pagi-pagi ni, bukan je untuk melancarkan sistem penghadaman dan membantu menyingkirkan toksik, ia juga membantu menurunkan suhu badan.

Yang KEEMPAT, CHIA SEED. Rasanya ramai dah tahu kebaikan Chia seed ni kan? Selain kandungan Omega 3 yang tinggi,  ia penuh dengan serat dan juga bertindak sebagai energy booster. Rupa chia seed ni macam biji selasih, cuma campurkan sesudu kecil dalam minuman kita dan biarkan dia kembang seketika. (nak share satu rahsia ni..sshhh! Chia seed ni boleh membantu menurunkan berat badan tau!)

Yang KELIMA dan terakhir yang saya amalkan adalah yogurt tak kisah jenis minum atau makan. Saya tak minum hari-hari, cukuplah 2 kali seminggu dan ianya lebih baik diminum ketika perut kosong. Memang sangat-sangat membantu!

Pelawas Semulajadi Yang Lembut Pada Perut dan Usus

Dalam Shaklee, ada satu produk bernama Herblax yang bertindak sebagai pelawas dan julap lembut yang membantu melawaskan dan memudahkan urusan ke toilet. Herblax ini terdiri daripada 9 herba semulajadi iaitu daun Alfafa, daun Senna, biji Anise, Bunga Blue Malva, Buckhorn Bark, Akar Likuoris, Akar Rhubarb, biji Fennel dan Akar Culver.

Herblax Shaklee
Gabungan Lecithin dan Herblax bukan sahaja membantu untuk lawas malah boleh mengurangkan berat badan dengan cara yang lebih sihat

Setiap herba ini mempunyai fungsi tersendiri

  • Merangsang tindakan lembut pada usus
  • Melembutkan najis
  • Membantu proses detoksifikasi
  • Mengeluarkan toksin dan sisa yang terkumpul di dinding usus
  • Membantu sistem pencernaan
  • Membantu mengeluarkan angin berlebihan
  • Mengekalkan lembapan di dalam usus

Pengambilan Herblax hanya 3 kali seminggu memastikan usus yang lebih bersih dan proses pembuangan yang lebih lancar. Tiada lagi trauma apabila perlu ke tandas setiap hari. Malah perut juga akan kelihatan lebih kempis dan rata.

Selain Herblax, ada 2 lagi produk yang sangat membantu melancarkan sistem pencernaan dan melawaskan proses pembuangan iaitu Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus.

Ostematrix Shaklee
Ostematrix bukan sahaja sekadar kalsium untuk penjagaan tulang, malah ia mengandungi magnesium yang membantu melembutkan najis dan memudahkan proses pembuangan

 

Pelawas Perut
Peppermint Ginger membantu melegakan ketidakselesaan perut akibat angin dan sembelit

 

Usus yang bersih adalah sangat penting sebab semua penyerapan nutrien berlaku di dalamnya. Kan ke rugi je kalau kita dah amalkan macam-macam vitamin dan makanan sihat tapi usus kotor?

Hubungi saya untuk konsultasi dan maklumat produk sepenuhnya di 018-2835816

Semoga memberi manafaat!

signature

mamavogue

selfpromo

 

 

 

 

 

 

 

 

Ramadhan, Masa Terbaik Untuk Berhenti Merokok Sepenuhnya

Biasanya, dalam bulan puasa ni lah kita dapat lihat perokok-perokok tegar mampu melawan keinginan mereka untuk merokok selama lebih 12 jam sehari. Namun, selepas waktu berbuka, berkepul-kepul lah kembali asap memenuhi ruang udara. Saya yakin, isteri mana yang tak mahu melihat suaminya berhenti sepenuhnya dari tabiat merokok. Semua isteri sayang dan mahukan yang terbaik buat suami tapi apakan daya bila rasa tak mampu nak halang suami sebab tak tahu cara paling mudah berhenti merokok sepenuhnya. Maka niat tu disimpan kan dalam hati je.

Tapi saya ada berita baik buat para isteri di luar sana. Sempena bulan Julai ini Shaklee ada membuat Promosi Vivix Shaklee, sirap istimewa khas buat perokok tegar. Dihasilkan dari anggur Muscadine, lobak ungu dan Elderberries membuatkan Vivix sangat istimewa dan sangat kaya dengan antioksidan. Ianya lebih dari sekadar resveratrol semata-mata.

VIVIX SHAKLEE

Saya nak kongsikan video Shaklee Effect dari seorang suami dan perokok tegar ini. Beliau mula merokok sejak berumur 14 tahun dan dah mencuba bermacam-macam cara untuk berhenti sepenuhnya namun gagal. Tetapi, sejak isterinya memperkenalkan Vivix, beliau terus hilang nikmat merokok setelah mencubanya.

Pengakuan ikhlas dari seorang suami yang mahukan gaya hidup yang lebih sihat. Bukan sahaja suami, malah seluruh keluarga juga akan lebih sihat.

Kenapa bulan Ramadhan? Kerana ketika ini perokok sudahpun berjaya mengurangkan jumlah rokok sebab berpuasa. Maka, kan lebih baik jika dapat dilenyapkan terus dari tabiat merokok ini? Tiada lagi udara yang menyesakkan nafas, tiada lagi bau yang kurang menyenangkan.

Hanya dengan sesudu sehari, insya Allah Vivix Shaklee dapat membantu.

Hubungi saya untuk KONSULTASI SEPENUHNYA dan mengetahui PROMOSI TERKINI VIVIX SHAKLEE!

RAHA MOHD ISKAK

018-2835 816

 

Ujian Keikhlasan Di Bulan Ramadhan

Sesekali mata si isteri melirik ke dalam bilik melihat si suami yang khusyuk membaca Al Quran. Hatinya sedikit terusik dan cemburu kerana di jam 4.30 pagi dia di dapur menyediakan juadah bersahur. Mana mungkin dia sempat menatap kalimah Allah itu seperti mana suaminya. Selesai bersahur, si suami ke masjid untuk solat berjemaah meninggalkan dia sekali lagi terkontang kanting di dapur mengemas dan menyediakan sarapan untuk anak-anak.

 

Sebelah petang ketika dia sibuk di dapur menyediakan makanan berbuka, si suami menyambung bacaannya selepas solat asar. Sekali lagi hati si isteri terusik. Selepas berbuka, sekali lagi si suami bersiap untuk menunaikan solat isyak dan terawih berjemaah. Si isteri terus melayan kerenah anak-anak syurga yang meminta terus perhatian. Jika badan tidak terlalu letih, maka sempatlah si isteri bersolat terawih sendirian di rumah. Jika tidak, selepas solat isyak, dia sama-sama terlena di samping anak-anak.

 

Hatinya cemburu.. Hatinya terusik.. kerana dia tak bisa memeriahkan bulan Ramadhan dengan amal ibadah yang dituntut bersama ganjaran pahala yang berlipatkali ganda.

 

Tapi benarkah pahala hanya dapat diperoleh dengan bacaan Al Quran dan solat terawih berjemaah? Benarkah si isteri tak dapat mengumpulkan walau sedikit pun pahala dan kebaikan di bulan Ramadhan?

 

Wahai isteri, ketahuilah bahawa menyediakan juadah untuk orang berbuka puasa itu juga pahala.

Mengorbankan waktumu untuk menunaikan tanggungjawab terhadap anak-anak dan suami itu juga pahala.

Melayani kerenah anak-anak syurga itu juga pahala.

Zikir dan selawat yang tak putus di bibirmu setiap masa itu juga pahala.

Mengingati Allah setiap ketika itu juga pahala.

woman-cooking-clipart-Busy-Mom-and-Housewife

Maka ikhlaskan lah dirimu dalam menunaikan tanggungjawab seharian. Semuanya kerana Allah Taala. Niatkan hatimu melakukan semuanya demi keredhaan Allah semata-mata. Serahkah resah dan gelisah kepada Allah, mohon dan berdoa agar diberi ruang waktu untuk mengaji dalam jadual harianmu yang padat.

 

Allah Maha Mengetahui..

Allah tahu keletihan mu demi keluarga.

Allah tahu titik peluhmu demi tanggungjawab.

 

Maka IKHLAS LAH.. REDHA LAH..

Insya Allah.. ada ganjarannya.

5 Tips Penjagaan Anak Ketika Demam

Kebelakangan ni cuaca agak tak menentu kan.. Kejap panas terik, tiba-tiba hujan lebat. Kesan cuaca yang macam tu pastinya membuatkan tahap kesihatan agak menurun terutama sekali anak-anak kita. Mula la si manja ni demam lah, selsema mahupun batuk. Saya nak kongsikan di sini cara memantau dan menjaga anak yang demam supaya tidak menjadi parah lagi. Bahaya tau demam ni kalau dibiarkan melarat.

 

Tips penjagaan anak demam ni mudah dan senang untuk diamalkan. Yang penting, ia memastikan anak berada dalam keadaan yang lebih selesa. Saya sertakan sekali infografik bagi memudahkan ibu-ibu ye.

 

Penjagaan Anak Ketika Demam

 

Tips #1

Sentiasa lapkan (sponging) badan anak dengan tuala basah. Lap rata-rata seluruh badan untuk pastikan suhu tidak naik mendadak.

 

Tips #2

Basahkan kepala, atau jerlumkan dengan air bancuhan asam jawa, limau nipis atau lemon pun boleh. Sebaiknya air ni ditambah sedikit ais agar sejuk.

 

Tips #3

Kadang-kadang, badan memang panas tapi tangan dan kaki anak yang demam kesejukan. Maka, jangan lupa pakaikan stokin yang tidak terlalu tebal. Tapi sebelum tu kita tengok tips nombor 4.

 

Tips #4

Sapukan minyak bawang putih yang dibuat sendiri pada tapak kaki, belakang badan dan dada anak untuk mengurangkan selsema dan batuk. Cara membuatnya mudah sahaja, bakar 2 ulas bawang putih dan lenyekkan bersama minyak. Siap!

 

Tips #5

Mandikan dan tukar baju anak sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Pastikan baju dari jenis kain yang lembut dan selesa.

 

Apabila ibu-ibu dah buat semua tips yang dinyatakan di atas, jangan lupa yang paling PENTING iaitu pantau suhu badan anak setiap 2 jam agar kita tahu suhu badan anak tidak meningkat secara mendadak.

 

Apabila demam, selalunya anak mesti tiada selera makan. Cuba masakkan bubur nasi agar mudah untuk ditelan atau apa-apa makanan kegemaran anak untuk menarik perhatian dia. Dapat makan sikit pun, jadilah kan.. sekadar mengisi perut yang kosong.

 

Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada semua ibu-ibu di luar sana!

Salam Perkenalan dari MamaVogue

Alhamdulillah..

Dengan izin Allah SWT maka tertubuh lah satu lagi platform untuk saya berkongsi ilmu tentang pentingnya menjaga kesihatan yang dianugerahkan Allah kepada kita. Saya seronok berkongsi ilmu dengan semua, lagi-lagi kalau boleh mendatangkan manafaat dan kebaikan.

Saya seorang WAHM (working at home mom), mempunyai seorang anak lelaki dan sangat suka membaca.

Semoga Allah merahmati usaha kita untuk sama-sama berkongsi ilmu dan berukhwah.

 

Living Better Life,

Raha Mohd Iskak

(mamavogue)