Niat Menulis dan Berkongsi Sesuatu Yang Bermanafaat

Saya seorang yang suka menulis sebenarnya sejak dari zaman sekolah lagi. Bagi saya, menulis umpama terapi minda dan jiwa. Zaman sekolah, saya seorang yang sangat rendah keyakinan diri, low self esteem bak kata omputih. Jadi saya tak pandai menyuarakan pendapat dan bercerita tanpa membuat orang lain salah faham. Iya, memang dulu-dulu ada yang salah faham dengan apa yang cuba saya sampaikan sebab saya tak pandai pilih ayat dan perkataan yang sesuai.

Makanya saya lebih selesa menulis untuk meluahkan segala yang terpendam di hati. Tapi faham-faham je lah, bila menulis ni boleh jadi meleret macam novel 800 muka surat pula..hihi. Akhirnya saya terfikir sampai bila nak meluah perasaan je kan. Apa kata saya buat sesuatu yang boleh memberikan kebaikan kepada orang lain.

Semakin lama saya belajar untuk menulis sambil memberi manafaat kepada pembaca. Sekurang-kurangnya saya juga akan dapat tempiasnya bila apa yang kita kongsikan berguna buat orang lain. Bak kata mentor saya, ilmu kena kongsi dan sebar-sebarkan.

Ohh ada juga orang yang kata, dia tak pandai menulis. Risau jika bahasa dan susunan ayatnya berterabur. Sebenarnya apa yang perlu dilakukan adalah teruskan menulis dan berkongsi. Bila kita dah banyak menulis, lama-lama cara penulisan kita juga akan jadi lebih mudah difahami dan teratur. Lama-lama penulisan kita akan bertambah baik dan sedap dibaca.

Satu lagi yang paling penting ialah mesti banyakkan membaca supaya lebih banyak perkara yang boleh kita kongsikan. Macam saya, saya lebih sukakan buku fizikal, sebab mata pun dah tak berapa tahan bila tengok skrin lama-lama. Lagi satu, feel dia lain bila kita pegang buku fizikal dengan membaca di tab, ipad atau smartphone. Namun saya sedar suatu hari nanti perlu juga membaca secara online sebab nak selamatkan pokok-pokok di atas muka bumi ini dari ditebang!

Akhirnya dapat juga melepas rindu di blog kesayangan ni. Lama dah tak dapat menulis, rasa tak lengkap hidup! Insya Allah lepas ni akan sedaya upaya luangkan masa menjengah rumah pink ini. Sampai jumpa lagi..

mamavogue

signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge