Mengekalkan Gaya Hidup Lebih Sihat Bersama Shaklee

Bagi can sikit tuan tanah tayang baju baru 😄 Jubah/abaya yang encik suami belikan kat Dubai. Almaklum, badan dah sedikit mengecil maka boleh la nak selfie kat cermin cenggini. Bukan senang tau nak turunkan berat badan. Yang penting, kena kuat semangat dan konsisten. Satu lagi, support group yang sangat membantu!

shaklee-subang-jaya

Sebenarnya bila cerita pasal nak kurus ni, ada je mulut yang cakap

‘Apsal saya makan set kurus shaklee tak kurus pun?’

‘Kenapa berat saya sama je lepas sebulan makan produk shaklee?’

Sebenarnya kan hadek hakak sekelian, nak kurus bukan lah semata-mata makan ubat kurus (3 hari turun 5kg), ubat sapu (sapu-sapu je boleh kurus) atau makan  produk shaklee yang semulajadi dan selamat tu je. Banyak perkara perlu diambil kira, selain jenis makanan, kiraan kalori dan juga bahagian makanan yang kita ambil hari-hari tu.

Saya sendiri bermula dengan program #EatClean selama 21 hari yang dimonitor oleh #akakselim pada bulan Februari awal tahun ini. Banyak ilmu yang saya dapat terutama bab potion makanan, penggunaan bahan perisa dan perasa dalam makanan dan penyediaan lauk clean tapi sedap. Maksud clean di sini adalah makanan yang lebih sihat tanpa sebarang bahan perasa tambahan dan juga tidak berminyak/digoreng.

Selepas itu, saya cuba program Detox The Shaklee Way yang dipromosikan oleh Shaklee sendiri. Program ni membuka mata saya tentang pentingnya menjaga dan memelihara fungsi organ dalam badan supaya ianya dapat berkhidmat dengan baik. Organ dalam badan kita bekerja sepanjang umur tanpa rehat terutama jantung. Apabila ianya dikotori oleh toksin dan dilapisi lemak berlebihan, menjadikan ia sukar berfungsi dengan baik. Program ini juga disertai dengan pelan pemakanan yang sesuai diamalkan ketika detoks.

Hasil dari Detox Shaklee selama 7 hari dan program Eat Clean selama 21 hari.
Hasil dari Detox Shaklee selama 7 hari dan program Eat Clean selama 21 hari.

Shaklee bukanlah sekadar makan supplemen dan vitamin. Shaklee lebih dari itu. Ia mengajar saya bagaimana memelihara kesihatan dan mengekalkan gaya hidup yang lebih sihat untuk diri, anak dan suami serta ahli keluarga tersayang.

Its all about creating a healthier environment around us.

Bila anak anak dah di didik mengenai kepentingan menjaga kesihatan dari kecil, maka generasi akan datang juga akan manjadi generasi yang lebih sihat dan cergas. Selalu orang kata ‘ penyakit kencing manis sebab keturunan’. Tapi kali ni kita tukar ‘hidup lebih sihat sebab keturunan’ pula 😉

signature

 

One thought on “Mengekalkan Gaya Hidup Lebih Sihat Bersama Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge