Kenapa Lebih Mudah Ambil Shaklee Untuk Memenuhi Keperluan Nutrisi

Produk Shaklee telah terbukti semulajadi dan selamat untuk diamalkan untuk jangka masa yang panjang.

Dalam usaha menjaga kesihatan diri sendiri dan keluarga, emak adalah contoh terbaik bagi saya. Sejak kecil lagi saya nampak bagaimana emak sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat di samping pengambilan supplemen harian. Emak memang suka makan ulam-ulaman. Setiap hari, emak mesti menyediakan sekurang-kurangnya dua jenis ulaman sebagai hidangan makan tengahari atau  malam. Kesannya, emak mampu melahirkan sepasang anak kembar secara normal pada umur 39 tahun!

Dahulu, kebanyakan daripada emak kita menanam sendiri ulam-ulaman dan sayuran di belakang rumah. Terutama yang duduk di kawasan kampung, ada je ruang tanah mesti dimanafaatkan sepenuhnya menjadi kebun sayuran. Bila ditanam sendiri, sudah pasti tiada sebarang baja atau semburan bahan kimia berbahaya. Kalau setakat serai, daun pandan, daun limau, daun kari. daun kunyit tu memang petik je bila nak guna.

Shaklee Subang Jaya
Ulaman vs Supplemen Shaklee

Zaman sekarang, hatta nak guna daun limau purut sekeping dua pun kena beli kat kedai. Sayuran dan ulaman yang organik pula agak susah nak cari di kedai-kedai runcit biasa. Hanya boleh didapati di pasaraya dengan harga yang agak mahal!

Jadi, untuk meneruskan legasi emak yang sangat menjaga kesihatan, saya memilih Shaklee. Kenapa Shaklee? Kerana setiap pil yang dihasilkan mengandungi vitamin dan mineral yang cukup untuk memenuhi keperluan nutrisi harian tubuh badan kita. Kerana Shaklee terbukti memberikan kesan yang terbaik dan positif untuk kesihatan keluarga saya.

Ulam-ulaman masih menjadi amalan keluarga, cuma agak susah nak dapatkan setiap hari. Dan jika kita makan selalu pun, kita masih tidak mampu memenuhi keperluan nutrisi badan. Mana mungkin kita boleh belek satu persatu daun ulam tersebut untuk mengetahui kandungan vitamin dan mineralnya. Berapa kilo daun alfafa yang perlu kita ambil supaya setanding dengan sebiji pil alfafa Shaklee? Berapa banyak biji jagung yang perlu kita makan supaya sama dengan sebiji Vitamin C Shaklee?

Shaklee Subang Jaya
Bukti kesan mengamalkan Shaklee secara konsisten selama 19tahun

Maka Shaklee dah pun memudahkan jalannya untuk kita. Ianya terbukti selamat dan semulajadi. Ianya telah melalui beratus-ratus kajian saintifik bagi memastikan kualitinya sentiasa dalam keadaan terbaik. Hanya terpulang kepada kita sahaja untuk mengamalkannya secara konsisten supaya kesihatan kita sentiasa dalam keadaan yang baik.

Kita nak buat apa pun biarlah dengan ilmu. Makan juga perlu ilmu supaya kita boleh bezakan makanan yang baik ataupun yang sudah rosak, minum juga perlu ilmu agar air yang masuk ke dalam tubuh memberi manafaat. Begitu juga nak amalkan supplemen dan vitamin. Ilmu penting agar kita mendapat kesan yang terbaik dan tidak tersalah pilih jenis vitamin. Sebaiknya pastilah vitamin yang semulajadi, bukan yang sintetik, ada pewarna dan perasa tambahan!

signature

mamavogue

Shaklee Subang Jaya

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge