Kenangan 2017 Yang Takkan Luput Diingatan

Penghujung 2017 agak menyakitkan untuk dikenang. Malah bulan Januari 2018 pun seakan tak sedar ianya berlalu meninggalkan daku. Tetapi siapa lah kita nak menidakkan takdir Allah. Ku pasti segalanya ada hikmah di sebalik segala yang berlaku,

Alkisahnya 28 Disember 2017 jam 9.30 malam kami sekeluarga ke Main Place untuk mencari thermal wear buat encik suami yang akan outstation ke negara eropah beberapa hari lagi. Dengan tak diduga, si anak terjatuh ketika seronok berlari dan separuh tangannya terkulai ketika diangkat. Panik!! Kami suami isteri sangat panik. Terus dukung dia ke kereta dan berpusing dua kali di jalan yang sama sambil fikir ke hospital mana yang harus kami tuju. Akhirnya kami ke Emergency Department Hospital Serdang.

Setelah di x-ray, terbuktilah tangan kanan si anak patah dan sikunya teralih (dislocated). Pasrah dan redha mama menerima berita dari doktor Ortho. Setelah confirm anak akan ke wad, mama drive kereta balik ke rumah untuk ambil baju dan kelengkapan lain. Encik suami yang teman anak ke wad. Allah..perasaan masa tu tak boleh nak fikir dah. Blank terus rasanya. Lebih kurang jam 3 pagi mama sampai kembali ke hospital dan bermulalah ‘percutian’ kami di hospital semalam 14 hari.

Sepanjang 2 minggu di hospital, banyak perkara yang membuka mata sebenarnya. Banyak benda yang Allah nak tunjukkan dan memberi pengajaran. Walaupun kurang selesa tidur di wad tetapi daku dapat solat awal waktu setiap kali sebab tiada gangguan dan urusan kerja yang lain. Masa juga lebih terluang untuk membaca dan mengaji. Mujur juga encik suami masih disisi. Tarikh oustation ditangguh ke pertengahan Januari.

Sakit pun senyum.. terima kasih sebab awak kuat, maka mama pun kuat

Selain menguji tahap kesabaran dengan sikap beberapa orang lain yang sama-sama duduk di wad, daku belajar untuk lebih bertoleransi dan bertolak ansur. Belajar untuk lebih memahami dan tidak menghakimi. Belajar mendidik hati supaya lebih merendah diri. Dan juga menghargai kesihatan yang dianugerahkan Ilahi.

Allah Maha Baik. Allah Maha Mengetahui. Alhamdulillah doa yang tak putus-putus dari kawan-kawan dimakbulkan Allah. Mereka ini yang tak henti-henti bertanya khabar dan memberi sokongan dan semangat.

Selepas keluar dari wad, bermula lah rutin rawatan susulan di hospital. Mohon doakan daku terus kuat. Dan terima kasih kerana sentiasa mendoakan anakku terus sihat.

mamavogue

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge