Kenali Punca Jerawat dan Cara Mudah Mengatasinya

JERAWAT!! Mimpi ngeri buat semua orang terutama kaum wanita kan. Jerawat ni bukan sahaja menyakitkan tetapi membuatkan muka kelihatan bengkak dan kemerahan. Malah jerawat boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kurang berkenyakinan terhadap diri sendiri dan malu untuk bersosial. Of kos saya boleh relate dengan masalah ini sebab saya mempunyai masalah jerawat ni sejak berumur 17 tahun.

Beberapa bulan sebelum SPM, ketika saya sedang membuat persiapan untuk peperiksaan besar itu saya perasan perubahan yang sangat ketara pada kulit muka. Ia jadi terlalu berminyak dan kadang-kadang berbiji halus kemerahan. Tak lama lepas tu mula la keluar biji-biji yang lebih besar dan bernanah. Tapi masa tu tak peduli sangat sebab fikirkan stress belajar je.

Every girls nightmare!!
Every girls nightmare!!

Tetapi, setelah berumur 33 tahun ni muka masih berjerawat, tiu bukan stress dah namanya! Mesti ada something wrong somewhere kan. Ramai yang kata nanti dah ada anak hilang la jerawat tu (sama macam senggugut) tapi rupanya hanya mitos belaka. Sedihhhh! Dah jadi mak orang pun muka masih dipenuhi jerawat terutama ketika datang bulan. Maka bermula lah misi mengenali punca sebenar Cik Jerawat ini..

Punca-punca Jerawat Yang Jarang Kita Tahu

Musuh nombor satu tetapi bestfriend forever jerawat adalah GULA PUTIH. Haa terkejut kan? Apa kaitannya gula dengan jerawat? Bila kandungan gula terlalu tinggi dalam darah, ia buat darah jadi pekat dan sukar mengalir dengan lancar. Maka segala vitamin dan supplemen yang kita duk pulun untuk jerawat ni tak dapat berfungsi dengan baik! Rugi je kan bayar mahal-mahal beli vitamin.

Yang kedua, MAKANAN BERGORENG dan berminyak. Selama ni sedap je kan belasah goreng pisang, cekodok, ayam goreng, mee goreng. Segala jenis yang berminyak semua di telan! Inipun sama juga, ia menyebabkan pengaliran darah yang tidak lancar seterusnya segala makanan kesihatan yang kita ambil tak dapat diserap sempurna.

Kurangkan atau elakkan terus makanan berminyak dan diproses
Kurangkan atau elakkan terus makanan berminyak dan diproses

Yang ketiga, USUS YANG KOTOR. Macam mana nak tahu usus kita kotor ke tidak? Orang yang mempunyai usus yang sihat adalah orang yang melakukan pembuangan paling minimum 2 kali sehari dan kentutnya tidak berbau. Bila usus kotor dan bertoksin, macam mana ia nak serap segala nutrien dalam makanan? Dan bila toksin dan tertalu banyak, ia akan menyebabkan kulit kita menjadi berjerawat dan berminyak.

Selain daripada 3 punca di atas, jerawat juga boleh timbul disebabkan PENCEMARAN UDARA, terlalu banyak mengambil minuman BERKAFEIN dan yang paling penting, KURANG MINUM AIR MASAK. Bila kita dah tahu puncanya, maka lebih senang untuk kita atasi masalahnya kan.

Cara Mudah Mengatasi Masalah Jerawat

Sebenarnya kebanyakan daripada punca di atas adalah sebab utama kenapa kulit muka saya berjerawat. Sebelum ini, memang tak pernah nak jaga pemakanan dan amalkan diet yang lebih sihat. Namun, awal tahun ini saya ada buat detoks parasit bersama-sama geng se-Shaklee dan hasilnya sangat mengujakan! Detoks parasit adalah detoks ketika bulan mengambang penuh. Kiraan hari detoks tersebut menggunakan tarikh kalendar hijrah. Alhamdulillah ia memberi kesan yang sangat baik dan kulit saya nampak semakin sihat.

Bila kita dah tahu puncanya, lebih senang untuk kita atasi masalah jerawat ini tau. Yang PERTAMA pastikan kita minum air masak secukupnya setiap hari. Air masak membantu badan kita menyingkirkan toksin dan membersihkan usus dengan lebih baik.

Minum air yang mencukupi penting untuk tubuh badan kita
Minum air yang mencukupi penting untuk tubuh badan kita

Yang KEDUA, kurangkan gula dalam makanan dan minuman harian kita. Gula bukan yang kita guna untuk bancuh air sahaja tau, tetapi dia terdapat dalam hampir semua makanan yang diproses terutama roti, biskut, minuman 3in1, kek, pastri dan banyak lagi.

Yang KETIGA, bila dah kurangkan makanan bergula, bergoreng, berminyak dan minum air masak secukupnya pastikan kita membuang sisa kumbahan dalam perut tu sehari 2 kali. Paling tidak pun mesti setiap hari. Tak perlu pun disimpan lama-lama dalam perut, kang lebih banyak mendatangkan mudarat dan penyakit.

punca-jerawat
Gambaran ini memberikan penjelasan kepada beberapa punca kulit muka berjerawat

Haa.. bila dah baca rasa macam mudah je sebenarnya kan? Salah tu.. Tak mudah tau nak kurangkan gula dan makanan bergoreng terutamanya dalam pemakanan seharian kita. Tetapi demi usus dan kulit yang lebih bersih dan sihat, sebaiknya kita kawal pemakanan kita. Banyak je resepi sihat yang boleh dicuba dalam Facebook dan juga Google. Antara rajin atau tak je..hihi.

Selamat mencuba! Insya Allah hasilnya pasti positif dan ketara.

signature

mamavogue

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.