Kenali Eczema Pada Kanak-kanak Dan Cara Merawatnya

Jika kita perhatikan zaman sekarang ni penyakit eczema seolah-olah menjadi semakin ‘mengganas’ pula terutama dikalangan anak-anak kita. Ada yang sejak bayi lagi dah kena eczema, ada juga yang dah besar sikit baru nampak tanda-tandanya. Jom kita kenali apa sebenarnya eczema ni dan ada tak rawatan untuk hilangkan terus penyakit ni. Saya olah info ni dari Majalah Pa & Ma dan kongsikan bersama sebagai panduan.

Eczema adalah keadaan di mana kulit menjadi kering, bersisik, kemerah-merahan dan menyebabkan kegatalan. Ianya selalu berlaku di kawasan kulit yang berlipat dan terlindung seperti siku, lutut, leher, kepala dan celah-celah jari. Ada juga yang terjadi di kawasan pipi, dada dan belakang bayi.

bayi eczema
Sumber gambar dari mommyhood101.com

Agak-agak korang la kan, macam mana boleh kena eczema ni ya? Terutama bila anak yang lahir elok kulit licin gebu tapi tiba-tiba mula naik merah-merah dan kering. Ada sesetengahnya mungkin alergik pada hama, habuk dan debu. Ada juga yang alergik pada makanan, sabun basuh baju ataupun sabun mandi. Semua tu patut kita perhatikan bila dah nampak kulit anak seperti ada tanda-tanda eczema.

Antara tanda-tanda anak kita eczema adalah apabila kulit mula menjadi kemerah-kemerahan, berbintik-bintik, kasar dan kering. Anak juga mula berasa tidak selesa dan asyik menggaru lagilagi waktu cuaca panas dan berpeluh.

Sekiranya ada antara simptom tu, pertama sekali ibu-ibu kena pastikan keselesaaan si anak. Apabila sesudah mandi, pastikan lap badan anak hingga betul-betul kering terutama dicelah-celah yang berlipat. Sapukan krim pelembap dan sering tukarkan pakaian anak jika anak berpeluh. Almaklumla cuaca sekarang ni panas terik, anak-anak yang aktif memang mudah berpeluh. Sebaiknya tukar sabun mandi anak kepada yang lebih semulajadi dan kurang berbau wangi. Pastikan juga rumah kita bebas habuk dan debu.

poster eczema
Klik untuk melihat gambar lebih jelas

Jika berlarutan, dapatkan rawatan doktor dan biasanya pada permulaan doktor akan menasihatkan untuk membuat ujian alergik untuk menentukan apa yang membuatkan anak eczema. Bila dah tahu, lebih mudah untuk ibu mengambil langkah seterusnya. Doktor juga akan memberikan keri merawat bergantung kepada tahap serius eczema anak.

Mesti ibu-ibu tertanya-tanya bolehkah kita mengurangkan risiko anak eczema dan bagaimana nak kurangkan. Mestilah boleh, terutama dari dalam kandungan lagi. Pastikan ibu menjaga pemakanan dan sebaiknya pastikan imun badan di tahap yang sangat baik. Amalkan makanan yang boleh menaikkan sisterm imun dan pertahanan badan untuk melawan sebarang penyakit. Makan vitamin dan supplement yang dibekalkan doktor semasa hamil bagi memastikan kesihatan kedua-dua ibu dan bayi dalam kandungan.

Akhir sekali, jangan lupa banyakkan berdoa supaya anak yang dikandung lahir dengan mudah, selamat dan sihat.

Semoga bermanafaat!

signature

mamavogue

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge