Kelebihan Minum Jus Buahan Segar dan Waktu Terbaik Menikmatinya

Bila saya sebut jus buah segar, saya maksudkan jus buah yang diperah segar di rumah. Bukan jus buah dalam botol atau kotak yang dibeli dari pasaraya. Kedua-duanya adalah dua minuman yang berbeza walaupun tercatat pada botol atau kotak berkenaan perkataan SEGAR. Jus buah segar yang saya maksudkan adalah yang dikisar kemudian ditapis ataupun diperah menggunakan juicer dan tidak dicampur dengan sebarang penambah perisa seperti gula, stevia ataupun madu.

Contoh juicer yang boleh digunakan untuk membuat jus segar
Contoh juicer yang boleh digunakan untuk membuat jus segar

 

Jika anda sedang mengamalkan pemakanan yang sihat, memang sesuai sangatlah amalkan juga minum jus segar ini. Ianya membantu memenuhi keperluan nutrisi dan sumber antioksidan semulajadi yang diperlukan oleh tubuh badan. Ada beberapa jenis buah boleh dicampur bersama dan bertindak dengan lebih baik. Sebagai contoh, jika dicampur jus nenas, epal dan oren, ia boleh menjadi penggalak tenaga (energy booster).

Ada satu lagi tips yang perlu kita ikut sekiranya kita nak dapatkan khasiat terbaik dari jus buah yang diminum iaitu waktu minum jus. Waktu terbaik minum jus buahan segar adalah ketika perut kosong, kebiasaannya waktu pagi iaitu ketika sarapan. Kenapa kena minum waktu perut kosong? Kerana perut yang kosong mampu menyerap segala nutrien dengan lebih baik berbanding perut yang sudah dipenuhi makanan.

Minum jus buah ketika perut kosong juga bagus untuk sistem penghadaman. Ini kerana jus buah mengandungi serat dan pelbagai jenis enzim untuk membantu penghadaman yang baik. Maka takde lah kita dera perut kita setiap hari untuk bekerja keras menghadamkan makanan berat yang selalunya kita ambil seawal pagi (contoh nasi lemak, nasi kerabu dll)

Sedapnya jika dapat menikmati jus buahan segar setiap hari
Sedapnya jika dapat menikmati jus buahan segar setiap hari

Apabila kita memulakan hari dengan segelas jus buah segar setiap hari ketika perut kosong, ia akan menyerap segala nutrien dan antioksida yang baik untuk tubuh badan kita dengan lebih efisyen. Ia juga membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk memulakan tugasan harian.

Ada satu lagi tips penting yang wajib anda buat sekiranya nak memulakan hari dengan jus buah, iaitu cuba elakkan minum jus buah-buahan sitrus atau berasid. Ada sesetengah orang, memang tak tahan minum jus oren seawal pagi dan perut akan memulas atau rasa tak selesa! Mulakan dengan segelas kecil dahulu atau buat jus yang dicampur dengan beberapa jenis buah. Insya Allah saya akan kongsikan resepi jus buah-buahn segar yang boleh dibuat sendiri dirumah di entry seterusnya untuk rujukan saya dan semua.

Ingat tau! Nikmati jus buah-buahan ketika perut kosong sebaiknya di awal pagi ataupun gantikan dengan air teh/kopi di waktu minum petang. Atau sekurang-kurangnya 2 jam selepas waktu makan.

signature

mamavogue

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge