Kelebihan Menjadi Business Leader Shaklee Yang Aktif

Dalam post sebelum ini, saya ada maklumkan tentang KELEBIHAN apabila kita memulakan bisnes bersama Shaklee. Tapi kali ni saya nak kongsikan dengan lebih jelas apa sebenarnya Pelan Perniagaan Shaklee ni. Dengan kata mudah, tawaran hebat dan bonus yg kita layak dapat sekiranya kita menjadi business leader yang aktif dan efektif.

Pertama sekali, saya nak ceritakan tentang 3C iaitu CASH, CAR AND CONVENTION. 3C ini adalah yang paling asas yang layak diterima sekiranya kita seorang pengedar Shaklee yang produktif.

1) CASH

Cash atau tunai ini terbahagi kepada beberapa jenis bonus iaitu keuntungan runcit hasil jualan produk Shaklee, bonus yang diperolehi dari jumlah kutipan UV (minimum 150uv) dan jumlah jualan setiap bulan, bonus kepimpinan dari jumlah UV kumpulan dan juga bonus kenaikan pangkat dan efektif setiap bulan.

Bonus-bonus ini akan dimasukkan ke dalam akaun pada setiap 15haribulan bulan berikutnya. Lagi banyak jualan kita, lagi besar organisasi kita, lebih banyak bonus yang kita dapat kerana bonus Shaklee adalah infiniti. Siapa buat, dia dapat!

2) CAR

Bonus kereta ini bukanlah bermakna kita dapat sebiji kereta dari Shaklee. Tetapi ia adalah Insentif berbentuk tunai yang layak diperolehi dengan memenuhi syarat yang ditetapkan.

3) CONVENTION/CONFERENCE

Insentif yang paling ditunggu-tunggu oleh semua pengedar Shaklee adalah convention atau trip melancong bersama Shaklee bertaraf 6 bintang. Trip melancong bersama Shaklee ada dua jenis iaitu INTERNATIONAL TRIP dan juga REGIONAL TRIP. Trip ini ditaja sepenuhnya oleh Shaklee termasuk duit belanja.

International Trip (trip antarabangsa) adalah pilihan di antara Global Conference di Amerika Syarikat (setiap 2 tahun sekali), melancong ke negara-negara Eropah atau Umrah-Ziarah bagi pengedar Shaklee beragama Islam. Pengedar boleh membuat pilihan salah satu daripada trip melancong atau pun umrah ziarah.

Regional Trip pula adalah trip ke negara-negara serantau seperti Jepun dan Thailand.

Tahun ini, trip antarabangsa bertaraf 6 bintang Shaklee akan berlayar dengan kapal cruise Symphony Of The Sea ke 3 buah negara Mediterranian iaitu Perancis, Itali dan Sepanyol. Menarik kan?

Satu lagi Convention/Conference ini adalah Shaklee National Convention yang diadakan setiap tahun bagi meraikan business leader yang berjaya mengembangkan empayar bisnes dan juga kenaikan pangkat di dalam Shaklee. Semua pengedar Shaklee diraikan dan majlis biasanya di sertai dengan ucapan master-master yang hebat dan penuh inspirasi.

Bersama dengan barisan Business Leader Shaklee yang hebat di Shaklee National Conference 2018

Kesemua 3C ini adalah layak untuk semua pengedar Shaklee yang bergelar Business Leader atau Pemimpin Perniagaan yang efektif dan memenuhi kriteria yang ditetapkan. Bila anda sertai Team Mamavogue, jangan risau sebab saya akan jelaskan dengan lebih terperinci setiap satu dari kelebihan di atas.

Dalam Shaklee, kami sentiasa bersaing secara sihat dan berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan di dalam bisnes ini bersama-sama. Hubungi saya bila-bila masa dengan hanya satu klik di icon Whatsapp di bawah!

mamavogue

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.