Kebaikan Minum Jus Oren Segar Setiap Hari

Bila kita menginap di hotel, kita selalu perasan jus oren akan dihidangkan ketika waktu bersarapan bersama-sama kopi, teh dan susu. Selain jus oren, kadang-kadang ada juga jus buah-buahan segar yang lain. Sebenarnya banyak kebaikan bila kita minum jus buah-buahan di waktu pagi. Antaranya mengelakkan sembelit dan melancarkan sistem penghadaman. Tapi kali ni saya nak fokus pada jus oren segar sahaja.

Banyak sangat kebaikan kalau kita minum jus oren setiap hari lebih-lebih lagi jika disediakan segar dirumah. Biasanya yang dalam kotak tu, dah dicampur bahan pengawet ataupun gula yang berlebihan. Jadi saya nak kongsikan dengan semua betapa bagusnya kita minum jus oren setiap hari!

~ Vitamin C – Rasanya ramai sedia maklum bahawa oren memang kaya dengan Vitamin C. Ianya adalah sebahagian dari keluarga buah sitrus yang boleh membantu meningkatkan imun sistem supaya badan dapat menentang infeksi dan penyakit dengan lebih baik. Selain daripada itu, Vitamin C juga dapat memastikan tubuh badan menyerap kalsium dan zat besi dengan baik.

~ Hesperidin – atau dikenali sebagai bioflavonoid (macam biasa dengar je pasal bioflavonoid ni kan? hihihi). Fungsinya adalah untuk membantu fungsi saluran darah dalam badan, mengawal tekanan darah yang normal dan mengelakkan masalah penyakit kardiovaskular.

~ Asid folik – sangat penting untuk wanita yang ingin hamil dan sedang hamil. Ibu yang hamil memerlukan asid folik agar dapat mengelakkan masalah pada saraf tunjang dan otak bayi.

Jus Oren

~ Masalah kulit – ianya membantu membersih dan mengecilkan pori di kulit. Jus oren juga dipercayai dapat mengelakkan kedut dan garisan halus di muka.

~ Kolagen – kandungan Vitamin C yang tinggi dalam jus oren adalah sangat baik untuk penghasilan kolagen. Ianya bukan sahaja untuk kulit malah kolagen adalah struktur penting dalam tulang, sendi, ligamen dan saluran darah.

Selain dari yang saya kongsikan di atas, sebenarnya ada banyak lagi kebaikan jus oren. Namun, dalam kebaikannya, jus oren mengandungi kadar gula yang tinggi meskipun yang diperah secara semulajadi. Pengambilan yang berlebihan tanpa diseimbangkan dengan air masak mungkin akan mendatangkan keburukan.

Jika kalian ingin mendapatkan kebaikan jus oren tanpa merisikokan tahap gula dalam badan, saya ada penyelesaiannya di SINI.

Semoga bermanafaat!

signature

mamavogue

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge