Kebaikan Menyediakan Makanan Bayi Di Rumah

Khas buat ibu-ibu yang ada bayi berumur 6 bulan ke atas, mesti teruja nak bagi makan buat kali pertama kan? Dalam fikiran dah terbayang segala jenis menu dan makanan untuk dicuba. Tapi kan ibu-ibu walau sesibuk mana pun kalian, menyediakan sendiri makanan bayi di rumah ada banyak kebaikannya. Dan si anak, buat pertama kali merasai hasil air tangan ibunya sendiri.

Saya tahu kebanyakan ibu-ibu bekerjaya agak sibuk dengan urusan kerja dan rumahtangga yang sepertinya tak pernah habis. Macam mana pulak nak selitkan sedikit masa untuk menyediakan sendiri makanan untuk bayi kan? Tapi saya jamin apabila ibu-ibu habis baca artikel ini, pastinya akan berfikir dua tiga kali untuk memberi anak makanan bijirin segera yang banyak dijual di pasaran.

Makanan_bayi
Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas

5 Kebaikan Menyediakan Makanan Bayi Di Rumah

#1 – Diyakini Bersih dan Segar – ┬áDah tentu bahan-bahannya kita sendiri yang pilih dan beli jadi, dah tentulah kita pilih yang masih elok dan segar. Lepas beli, kita sendiri yang cuci dan bersihkan, pastilah diyakini tahap kebersihannya.

#2 – Bahan Semulajadi – Kalau nak buat puree buah-buahan, kita beli buah-buahan segar di pasaraya. Khasiat dan kandungan vitaminnya pasti dari sumber semulajadi. Bukan dari bahan sebarangan yang hanya ditambah seperti makanan-makanan segera.

#3 – Tiada Perasa dan Perisa Tiruan – Bila dah semulajadi, tiada isu ditambah perasa atau perisa tiruan. Jika kita mahu buat puree epal, maka kita gunakan buah epal. Bukan sekadar tambah perasa epal dalam makanan.

#4 – Tiada Bahan Pengawet – Biasanya bahan pengawet ditambah ke dalam makanan untuk memastikan ianya tahan lama. Mana lah kita tahu, kot-kot anak kita alergik dengan bahan tu, kan dah satu hal pula. Kesian pada si anak yang terpaksa menanggung akibatnya.

#5 – Pelbagai Jenis dan Rasa Makanan – Jika kita yang sediakan sendiri makanan buat si anak, kita boleh buat dalam kuantiti yang sedikit tetapi pelbagai jenis. Contohnya dalam seminggu ada puree epal, kurma dan mangga. Jika kita beli bijiran segera, kita terpaksa habiskan satu perasa sahaja dalam masa dua atau tiga minggu (bergantung kepada saiz).

Yang paling penting, air tangan si ibu mengikat kasih dengan anak. Kata seorang mentor, jika anak makan hasil usaha ibunya memasak maka si anak menjadi lebih rapat, mendengar kata dan hormat pada ibunya. Sama juga macam kita yang dah dewasa ni kan, bila dapat makan masakan mak mesti bertambah-tambah nasinya!

Jadi apa kata ibu-ibu? Sempena hujung minggu ni, kita ke pasaraya dan penuhkan peti sejuk dengan stok makanan buat anak tersayang. Anak sihat dan gembira, ibu pun senang hati nak bekerja!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge