Insomnia Mengganggu Keharmonian Rumahtangga

Pernah tak sesiapa di antara anda merasa sukar untuk tidur pada waktu malam dan bangun pagi dalam keadaan yang lebih letih? Mungkin anda dalam keadaan stress, tertekan ataupun mengalami insomnia.

Insomnia atau sleeping disorder adalah keadaan di mana badan kita terasa letih dan mengantuk tetapi tidak dapat tidur dengan baik. Antara simptom yang biasa adalah kesukaran untuk tidur di waktu malam, terjaga di tengah-tengah malam dan tidak oleh tidur semula dan juga bangun pagi dalam keadaan yang lebih letih.

tak-boleh-tidur

Antara perkara-perkara yang menyebabkan insomnia ini adalah

  • Tekanan dalam hidup (contohnya kerja, kehilangan yang tersayang, putus cinta)
  • Ketidakselesaan emosi atau fizikal
  • Faktor sekeliling (cahaya, bising, suhu)
  • Kesan daripada ubat yang diambil
  • Jadual tidur yang berubah (jetlag)

Bila tidak cukup tidur, badan kita akan menjadi lebih letih dan tidak dapat berfungsi dengan baik kerana tidak cukup rehat. Otak juga akan menjadi kurang fokus terhadap apa jua yang kita lakukan. Bagi seorang ibu, ianya boleh mengundang bahaya dan seterusnya boleh mengganggu keharmornian seisi rumah. Bayangkan jika kita selalu merasa letih, bagaimana kita nak uruskan hal rumah dengan baik? Lepas tu akan jadi lebih stress dan akhirnya si anak yang memerlukan perhatian yang jadi mangsa keadaan.

Saya adalah salah seorang yang menderita dengan insomnia ini. Mungkin juga akibat stress dengan kerja dan keadaan di sekeliling. Ketika itu saya masih bekerja di sebuah pejabat developer, yang mana semua kerja perlu disiapkan segera dan sentiasa mengejar masa. Letihnya badan, jangan cakaplah! Balik kerja, selesaikan urusan rumah dan melayan si anak yang ketika itu masih menyusu badan. Sampaikan kadang-kadang nak makan pun dah tak berselera.

ostematrix-shaklee

Selepas itu, saya cuba cari beberapa penyelesaian agar perkara ini tidak berlarutan. Saya kongsikan di sini agar boleh jadi rujukan mak mak lain pula. Ingat tau, insomnia ini boleh jadi mudarat jika dibiarkan berlarutan.

  • Cuba tidur pada waktu yang sama setiap hari. Tinggalkan semua kerja dan tidur apabila tiba masanya.
  • Elakkan kafein di waktu petang dan malam. Cuba tukar minum petang tu dengan sesuatu yang lebih berkhasiat
  • Jangan makan yang berat-berat sebelum tidur. Sebaiknya, elakkan makan nasi 3jam sebelum tidur. Jika lapar, ambil snek ringan je.
  • Jadikan bilik tidur kita lebih selesa, cahaya yang malap mungkin juga boleh letak wangian seperti lavender.
  • Bersenam. Yang ini terbukti membantu kita tidur dengan lebih baik. Buat senaman ringan 15minit setiap hari pun dah cukup membantu.
  • Jika kita terjaga kerana otak masih ligat berfikir, ambil pen dan buku dan catatkan semuanya. Buat to-do-list atau jadual untuk keesokan hari.
  • Jangan buat aktiviti lain di sebelum tidur terutama melihat handphone atau ipad. Cahaya dari gajet ini akan mengganggu dan mengelirukan otak anda yang ketika itu sepatutnya berehat.

Kerjaya sebagai ibu ni memang kena cukup rehat pada waktu malam agar lebih produktif di siang hari. Semoga perkongsian saya ini memberi manafaat kepada semua. Bila ibu sihat dan ceria, keluarga pastinya lebih bahagia.

signature

mamavogue

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge