Filem Upin dan Ipin Jeng Jeng Jeng Santai Tetapi Bermesej

Pada hari Rabu 23 November 2016 yang lepas, saya mendapat jemputan untuk menyaksikan sneak peek filem Upin dan Ipin Jeng Jeng Jeng di GSC IOI City Mall Putrajaya. Yang menjadikan ianya lebih istimewa, jemputan dari Denaihati Network ini turut hadir bersama adalah Menteri Petanian dan Industri Asas Tani Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek, Tuan Haji Burhanuddin (Pengarah Urusan Les Copaque) dan warga kerja Les Copaque Production sendiri.

Saya datang bersama peminat Upin Ipin nombor satu iaitu anak saya yang berusia 6 tahun. Bagi saya, jalan ceritanya ringkas dan santai serta mudah difahami oleh seorang kanak-kanak. Walaupun santai, ianya mempunyai mesej dan pengajaran yang boleh diambil iktibar. Part paling best, setiap kali kemunculan Upin dan Ipin, mereka akan sebut ‘Jeng Jeng Jeng’.. maka bersahutan juga la suara anak anak yang teruja turut sama sebut ‘Jeng Jeng Jeng’.

Saksikan di pawagam berdekatan anda semua bermula 24 November 2016
Saksikan di pawagam berdekatan anda semua bermula 24 November 2016

Kisahnya bermula dengan seorang anak yatim bernama Aqish yang tinggal di Rumah Kasih Darul Makmur bersama beberapa anak-anak yatim yang lain. Rumah anak yatim ini diusahakan oleh Haji Makmur sendiri dan setelah dia meninggal dunia, dia menyerahkan amanah itu kepada anak perempuannya yang bernama Noreen. Noreen pula, seorang gadis yang mempunyai cita-citanya sendiri.

Yang lain tu, korang saksikan lah sendiri bagaimana Noreen tergamak meninggalkan rumah anak yatim amanah arwah ayahnya di saat mereka mengalami masalah kewangan dan bagaimana kemunculan Upin dan Ipin menyelamatkan konsert charity yang telah dirancang untuk mendapatkan dana untuk rumah anak yatim serta membayar wang pinjaman Zaman. Eh? Siapa pula Zaman ni kan? Jeng Jeng Jeng!!

Sempena musim cuti sekolah ni memang berbaloi-baloi bawa anak-anak ke pawagam untuk menyaksikan Upin Ipin Jeng Jang Jeng ni tau! Lebih-lebih lagi kalau anak-anak memang meminati budak kembar botak yang bijak ni. Pasti mereka teruja bila nampak kemunculan Upin dan Ipin setiap kali Aqish bersedih atau memanggil mereka. Jangan lupa saksikan bersama keluarga!

Budak yang sangat teruja dengan Upin Ipin!
Budak yang sangat teruja dengan Upin Ipin!

 

With my gorgeous blogger friend
With my gorgeous blogger friend

 

With Hajah Ainon a.k.a Opah yang sangat sporting
With Hajah Ainon a.k.a Opah yang sangat sporting

 

signature

One thought on “Filem Upin dan Ipin Jeng Jeng Jeng Santai Tetapi Bermesej

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge