Derita Sembelit Semasa Dalam Pantang.. Seksanya Hanya Tuhan Yang Tahu!

Untuk ibu-ibu dalam pantang ni kan, selain kena jaga bab makan dan minum, kena jaga badan supaya tak masuk angin, kena berurut untuk melegakan urat-urat yang tegang, ada satu lagi yang sangat-sangat penting bagi memastikan tempoh berpantang adalah tempoh yang menenangkan. Iaitu sistem penghadaman yang baik supaya urusan di toilet berjalan lancar. Tak dapat nak bayangkan derita sembelit semasa berpantang! Seksa dan negerinya hanya tuhan saja yang tahu.

Saya dulu salah seorang ibu berpantang yang alami sembelit. Allahu.. mesti menangis tiap kali ke toilet. Kadang-kadang kita rasa dah minum cukup banyak air dah tapi masih lagi sembelit. Walaupun saya bersalin secara czer namun perasaan ngeri tu tetap ada. Sudahlah susah nak bergerak, sakit pinggang lagi, kaki pun kebas-kebas bila berada lama-lama dalam toilet.

Disebabkan dah tak larat nak duk lama-lama dalam toilet, siap menangis bagai maka saya usahakan mencari sesuatu yang dapat menyelesaikan masalah ni. Saya sangat teruja bila berjumpa dengan pil putih suci bersih ni..haha! Saya suka sangat sebab kali pertama makan, esoknya dah tak perlu menangis di toilet dan sakit pinggang beransur kurang. Terkejut pun ada tau.. Tak sangka saya merasa kesannya secepat itu.

Nak tahu apa nama pil putih suci bersih tu? Haa.. meh sini saya nak kongsikan. Benda baik, mesti kongsi bersama barulah sama-sama boleh dapat manafaat! Bila saya google ‘Atasi sembelit semasa dalam pantang’ maka keluarlah gambar produk ni, OSTEMATRIX

Ostematrix Shaklee

Saya nak kongsikan juga masalah sembelit yang dialami oleh seorang ibu comel semasa berpantang ni. Dalam video ni dia ada beritahu yang dia semacam SERIK NAK BERANAK lagi disebabkan sembelit ketika berpantang ni. Sampai akhirnya dia mengandung dan bersalinkan anak kedua, dia mengambil Set Berpantang Shaklee dan mengalami pengalaman yang mengujakan pulak. Langsung TAK SEMBELIT, BADAN RASA SEGAR dan TAK MUDAH MASUK ANGIN walaupun dia tak pakai baju tebal-tebal dan stokin.

Jom tonton video ni untuk tahu RAHSIA BADAN TAK LETIH dan TAK SEMBELIT semasa berpantang!

 

Best ke best? Tempoh berpantang sepatutnya adalah suatu tempoh untuk si ibu berehat dengan tenang dan selesa. Barulah badan benar-benar sihat dan cergas dan bayi pun dapat menyusu dengan baik.

Selain untuk mengelakkan sembelit, Ostematrix ini juga pil kalsium yang lengkap dengan magnesium, zinc, boron dan mangan. Umpamanya kita nak membuat dinding, wajiblah ada batu bata, simen dan pasir supaya dinding berdiri kukuh. Begitu juga dengan tulang kita, ia memerlukan semua itu supaya sentiasa sihat dan kuat.

Kalsium memang sangat penting untuk IBU BERPANTANG dan MENYUSUKAN anak. Ia juga memastikan badan kita sentiasa segar ketika bangun dari tidur. Lepas ni confirm dah takde kebas-kebas atau sakit tumit, sengal pinggang dan badan. Dah boleh ucapkan selamat tinggal pada semua tu!

Untuk sebarang pertanyaan dan KONSULTASI, saya boleh dihubungi melalui nombor talian di bawah pada bila-bila masa.

Semoga bermanafaat!

Living Better Life,

RAHA MOHD ISKAK

018-2835 816

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge