Ceritera Mak Mak ; Umpama Mencorak Sehelai Kain Putih

kacamata

Salam Ahad mak mak sekelian. Walaupun hari Ahad, hari cuti hujung minggu namun saya amat pasti yang ketika ini mak mak sedang sibuk uruskan baju sekolah anak dan baju kerja suami untuk seminggu. Bagi mak mak yang bekerja, tambah lagi koleksi tudung dan baju kerja sendiri untuk seminggu. Good job mak mak! Kita memang insan terpilih untuk menguruskan kain baju yang takkan berkesudahan tu..hihihi.

Sebenarnya, sejak si anak masuk taska awal tahun hari tu saya dah perasan tentang seorang ibu dan anaknya. Ibunya bekerja di taska tersebut, sangat sopan dan mesra dengan mak mak pelajar di sana. Saya gantikan nama ibu ini dengan nama Puan A. Sesekali Puan A membawa anaknya yang berumur lebih kurang 5 atau 6 tahun bersama. Nampak macam suasana biasa namun apa yang saya nak jelaskan di sini ialah saya tak pasti tentang jantina anak tersebut!

Terkejut?? Iya saya juga.. tapi akhirnya baru saya tahu jantina Puan A apabila di majlis sambutan Hari Raya yang lepas, dia memakai sepasang baju melayu dan bersampin. Kenapa saya katakan saya tak pasti? Apa yang membuatkan saya keliru dengan jantina seorang budak?

Semua ini adalah disebabkan anak Puan A memiliki rambut panjang mengurai, kembang  dan ‘curly’ di bahagian bawah. Jika dilihat dari belakang, memang pasti saya katakan dia seorang kanak-kanak perempuan. Mukanya juga putih melepak dan berbibir merah. Muka anak syurga tanpa sepalit dosa, mestilah kelihatan suci dan mulus. Dari segi pemakaian, memang anak itu berseluar panjang dan kadang-kadang seluar pendek paras bawah lutut tetapi gaya seluarnya sedikit ketat di bahagian bawah/kaki.

Mak mak, tiada salahnya kita mahu si anak kelihatan bergaya dan ‘stylo’ namun, bagi saya biarlah ada batasannya. Kita yang mencorak kehidupan peribadi si anak ketika mereka kecil dan ianya akan mempengaruhi personaliti mereka apabila besar nanti. Pendapat peribadi saya, anak lelaki lebih kemas dengan potongan rambut pendek dan berkemeja manakala anak perempuan lebih manis jika memakai blouse atau bergaya muslimah agar aurat mereka terjaga. Bak kata pepatah ‘Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya’.

Anak-anak umpama sehelai kain putih yang bakal dicorakkan oleh ibu bapa, maka pilih lah corak yang cantik dan baik supaya ianya kekal bersama anak apabila mereka besar nanti. Di zaman internet tanpa batasan ini, sebaiknya kita bekalkan anak-anak dengan jatidiri yang kuat dan kukuh agar mereka tidak mudah dipengaruhi dan terjebak dengan perkara yang tidak sepatutnya.

Mungkin ada mak mak yang tidak sependapat dengan saya, anak masing-masing terpulang la kepada ibu bapa nak gayakan macam mana. Tak mengapa. Ini cuma pendapat peribadi saya sendiri. Saya juga setiap hari masih belajar untuk menjadi seorang ‘pencorak’ yang baik. Amanah dan tanggungjawab yang berat ini bagi menentukan siapakah anak kita di masa akan datang.

Insya Allah semoga usaha kita mencorak dan mendidik anak-anak syurga menjadi khalifah di muka bumi ini diberkati Allah SWT.

signature

mamavogue

Disclaimer : Penulis artikel adalah seorang ibu yang tidak mempunyai sebarang kelulusan mahupun pengiktirafan dalam bidang keibubapaan secara profesional. Segala huraian adalah dari pendapat dan pemerhatian penulis sebagai admin di dalam sebuah group yang berkongsi permasalahan berkaitan mendidik anak-anak. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge