Revealing The Art of Modern Date – by Lunch Actually

Khamis lepas saya berpeluang join satu event di Talent Lounge. Ianya adalah satu event yang sangat menarik dan unik. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab ianya adalah satu program ‘matchmaking’ yang dilancarkan oleh Lunch Actually, Asia’s Premier Lunch Dating Company.

Revealing The Art Of “Modern Date”
A Matchmaking Masterclass by Lunch Actually

Ok, first of all why ‘lunch actually?’ Ms. Violet Lim, Co-Founder dan CEO Lunch Actually memilih waktu makan tengahari sebagai temujanji pertama setiap pasangan. Waktu makan tengahari ni biasanya mereka yang bekerjaya akan ada ruang waktu untuk berkenalan dalam keadaan yang lebih selesa dan tenang.

Ms. Violet juga berkongsi tentang ‘myth’ sepanjang sesi dating berlangsung. Antaranya yang menarik minat saya adalah wanita mengharapkan lelaki untuk berbelanja ketika keluar kali pertama. In my own opinion, i rather go dutch or split the bill! Hahahaa..

And then there are 7 golden rules in matchmaking. Yang pertama dah tentulah MINTA KEBENARAN dari orang yang mahu kita jodohkan. Ianya penting untuk pastikan mereka bersedia dan bekerjasama.

Yang kedua, JANGAN TERLALU MEMAKSA. Mungkin pada pandangan kita, orang yang kita nak jodohkan tu nampak sangat sepadan. Tetapi hanya tuan punya badan yang benar-benar faham apa yang dia mahukan.

Yang lain-lain..opss! Kena la jadi ‘cupid’ dulu baru boleh tahu.. saya dapat certificate tau sebab attend matchmaking masterclass ni. So i am now an honorary cupid! 😍😍

Event ni santai-santai je sebenarnya. Banyak interaksi dan sesi soal jawab dari Ms. Violet dan juga para media. Jadi, kami lebih faham isu dan perkara penting yang perlu dititikberatkan bila nak tolong seseorang mencari jodoh.

Jika uolls ada kenal sesiapa yang masih single dan bersedia nak memulakan hubungan, boleh sangat kalau nak recommend mereka ke Lunch Actually. Atau kalau uolls sendiri nak cuba nasib, jangan segan silu untuk hubungi mereka. Boleh juga layari website mereka di www.lunchactually.com.

mamavogue

Sikap Jujur Yang Sangat Dituntut

Kejujuran tu memang sangat penting, dalam perhubungan, dalam perniagaan dan juga dalam kehidupan. Tanpa kejujuran, hidup ni seolah-olah tiada arah tujuan dan paling sedih tiada keberkatan dari Allah swt. Jujur bukan saja pada orang di sekeliling kita tapi juga pada diri sendiri.

Bila berbisnes, paling utama kita kena jujur dengan diri sendiri. Kita bertanggungjawab atas apa yang kita lakukan terhadap diri sendiri. Ianya satu amanah untuk kita tunaikannya dan berlaku adil terhadap diri sendiri. Lakukan segala amalan yang wajib, gandakan segala amalan sunat dan tinggalkan perkara yang tak beri manafaat kepada kita.

Yang kedua, kita wajib jujur dengan customer. Kita berbisnes mesti nak keuntungan, tetapi yang sebaiknya untung di dunia dan di akhirat. Pastikan kita berikan konsultasi kepada customer sebaiknya, beri maklumat yang tepat dan follow up tentang customer. Bukan semberono cadangkan produk lepas tu tak ambil peduli dah apa-apa yang terjadi pada customer.

Bila kita jujur dengan diri sendiri, jujur dengan customer, insya Allah segala urusan dapat dipermudahkan. Malah hubungan antara penjual dan customer juga akan menjadi lebih baik. Dari hubungan penjual-pembeli, boleh bertukar kepada persahabatan dan mungkin juga bisnes partner!

Jadikan kejujuran sebagai salah satu etika bila berniaga. Maka rezeki juga akan terasa lebih keberkatannya. Sentiasa ingat bahawa setiap rezeki itu datangnya dengan izin Allah jua. Jangan sesekali cuba untuk merosakkan pasaran dengan menjual harga lebih rendah dan murah.

Jujur, ikhlas dan amanah dalam kehidupan dan juga perniagaan. Customer suka, Allah pun sayang.

Beza Landmark Study Shaklee dengan Kajian Lain

Apa beza Landmark Study Shaklee dengan research lain? Selalu kita dengar SID bercerita pasal Landmark Study kan.

landmark-study-shaklee

Penyakit-penyakit seperti darah tinggi, kecing manis dan penyakit kardiovaskular bukanlah penyakit ‘overnight’. Ianya mengambil masa lebih 10 ke 30 tahun untuk mula menampakkan simptom-simptomnya. Kenapa lama sangat? Sebab ianya dipengaruhi oleh gaya hidup dan amalan pemakanan harian kita. Kalau selama hari ni kita makan macam-macam dan rasa biasa je tak sakit pun sebenar penyakit tersebut sedang berkembang dalam tubuh badan kita.

landmark-study

Landmark study ke atas supplemen Shaklee dilakukan selama 20 tahun untuk mengetahui kesannya ke atas tubuh badan kita. Bukan research short term je tau.. ia di jalankan dengan teliti dan rapi agar keputusannya dapat ditentukan dengan tepat.

Itulah salah satu sebabnya saya setia sangat dengan vitamin semulajadi dan selamat ni 😉 malah ramai SID yang dah berpuluh tahun amalkan suplemen Shaklee kelihatan lebih sihat dan cergas bertenaga berbanding dahulu.

Jadi, kalau korang bercadang nak mula ambil vitamin dan suplemen, pastikan ianya menjalani kajian klinikal dan selamat diamalkan dalam jangkamasa panjang!

signature

Tsunami Shaklee – Botol-botol Shaklee Yang Kosong Buat Apa?

Bila dah masuk 5 tahun mengamalkan Shaklee, confirm botol-botol supplemen Shaklee yang kosong duk melambak kat rumah. Ada juga yang selamat masuk tong sampah tapi kebanyakannya seolah ada perasaan sayang nak buang!

So lets be more creative! Kita kitar semula, guna semula je botol-botol Shaklee yang dah habis tu. Kalau terlebih rajin, boleh hiaskan botol-botol tu supaya nampak lebih cantik. Saya kongsikan kat sini beberapa idea bernas yang boleh korang buat nanti.

Alfafa Complex
Jadikan bekas simpanan rempah ratus di dapur. Jangan lupa labelkan ok!
ESP Shaklee
Kreatif sangat kan.. Bekas ESP boleh jadi balang kuih yang cantik

 

MealShakes Shaklee
Hebat kan? Boleh buat bekas simpanan barang-barang bersaiz kecil dan juga minuman 3in1

 

Shaklee Subang Jaya
Simpan mainan dan super hero pun boleh!
Shaklee Subang Jaya
Ini yang terbaik! Buat tabung simpanan duit.

Bekas Shaklee yang dah habis buat apa? Buatlah apa saja asalkan boleh digunakan semula. Nak lagi seronok, kita bagi peluang pada anak-anak untuk mengasah bakat dan kreativiti meraka. Selamat mencuba ye mak mak sekelian alam.

signature

mamavogue

Ceritera Mak Mak; Had Umur Untuk Tempat Permainan Kanak-kanak ‘Indoor’

kacamata

Sebenarnya, sudah beberapa kali saya membawa anak yang berusia 5 tahun bermain di Kidzoona, salah satu tempat permainan kanak-kanak yang terletak di dalam sebuah shopping mall. Walaupun dalam hati rasa serba tak kena terutama bab kebersihan, namun terpaksa rela juga membenarkan si anak bermain dengan gembira. Saya memang seorang ibu yang paranoid! Mungkin juga sebab pernah bekerja di sebuah klinik kesihatan dan melihat bermacam jenis penyakit berjangkit depan mata sendiri. Jadi saya sentiasa bawa bersama hand sanitizer dan tisu basah pembasmi kuman.

Berbalik kepada hal indoor kids play area ni, kadang-kadang saya yang rasa seram dan takut bila melihat ada makpak yang membawa anak di bawah 2 tahun ke sana. Alangkah beraninya mereka mengambil risiko! Bagi saya kawasan tersebut sangatlah tak sesuai untuk anak di bawah 2 tahun. Imun badan anak-anak ini masih belum cukup kuat untuk melawan 1001 jenis penyakit yang mungkin boleh tersebar dengan mudah. Bayangkan lah berapa ramai kanak-kanak bercampur dan bermain dalam satu kawasan tertutup sebegitu.

Anak sebesar 2 tahun biasanya masih lagi cenderung memasukkan mainan ke dalam mulut. Aduhaiiii.. tak sanggup saya melihatnya! Membayangkan segala jenis kuman dan bakteria di tangan saja pun dah buat saya seriau, inikan pula yang dimasukkan ke dalam mulut.

Satu lagi sebab saya tidak menyokong tindakan makpak yang membawa anak di bawah 2 tahun ini adalah kerana permainan yang tidak sesuai untuk mereka. Kanak-kanak yang lebih besar badannya akan berebut-rebut dan berlari-lari berkejaran sesama sendiri. Bagaimana si kecil yang baru belajar bertatih ini nak mengelak sekiranya dilanggar? Kesian saya tengok bila mereka menangis akibat terkejut dan kesakitan apabila terjatuh. Itu belum kes berebut mainan jenis kenderaan dengan kanak-kanak lain.

Saya sedar, ada makpak yang cuba menggembirakan hati si anak (atau hati sendiri?) dengan membawa anak keluar berjalan-jalan. Namun, dalam apa jua keadaan sekalipun janganlah ambil risiko atas kesihatan si anak. Sedangkan di rumah sendiri pun belum tentu bersihnya, inikan pula tempat yang bercampur baur dengan peluh, air liur, batuk dan bersin kanak-kanak lain. Masih ada banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak tanpa perlu ke indoor play area seperti itu.

Akhir kata, ini hanyalah pendapat saya sendiri sahaja. Semoga semua anak-anak syurga membesar sihat dan sempurna serta menjadi anak yang soleh dan solehah.

signature

-mamavogue-

Disclaimer : Penulis artikel adalah seorang ibu yang tidak mempunyai sebarang kelulusan mahupun pengiktirafan dalam bidang keibubapaan secara profesional. Segala huraian adalah dari pendapat dan pemerhatian penulis sebagai admin di dalam sebuah group yang berkongsi permasalahan berkaitan mendidik anak-anak. 

Hashtag Korang Tau Tak Tentang Shaklee

Disebabkan ramai lagi yang belum tahu pasal Shaklee maka mentor kami lahirkan idea yang bernas ini untuk berkongsi maklumat dengan semua. Almaklumla zaman-zaman viral ni, kami pun nak ambil kesempatan menyebarkan lagi info-info tentang Shaklee yang ramai lagi tak tau. Sila la ‘Like & Share’ sekiranya ternampak poster-poster comel Korang Tau Tak di newsfeed Facebook ye.

Saya nak letak di sini juga antara poster-poster yang telah group kami kongsikan. So while reading this, scroll down till the end ok! Sambil cuci mata tengok poster comel, sambil dapat info sekali.

Yang paling menarik, Vit C Shaklee diekstrak dari jagung, bukan oren!
Bukan sahaja ketika mengandung, Omegaguard juga bagus di ambil oleh ibu yang menyusukan anak.
Pil Kalsium paling lengkap untuk kesihatan tulang yang baik

Cukup tak tiga poster? Nak lagi? Ok ok teruskan scroll sampai bawah ye..hihihi

Kalau di Facebook atau Instagram, just search #kttShaklee atau #korangtautak confirm berderet keluar poster info tentang Shaklee. Benda yang baik, mestilah dikongsikan bersama!

signature

mamavogue

Salam Perkenalan dari MamaVogue

Alhamdulillah..

Dengan izin Allah SWT maka tertubuh lah satu lagi platform untuk saya berkongsi ilmu tentang pentingnya menjaga kesihatan yang dianugerahkan Allah kepada kita. Saya seronok berkongsi ilmu dengan semua, lagi-lagi kalau boleh mendatangkan manafaat dan kebaikan.

Saya seorang WAHM (working at home mom), mempunyai seorang anak lelaki dan sangat suka membaca.

Semoga Allah merahmati usaha kita untuk sama-sama berkongsi ilmu dan berukhwah.

 

Living Better Life,

Raha Mohd Iskak

(mamavogue)