Tiga Sebab Kenapa Wajib Join Shaklee Bersama #TeamMamavogue

Dalam banyak-banyak team Shaklee seluruh Malaysia ni, saya nak senaraikan kenapa korang semua wajib join dengan Team Mamavogue. Pentingnya kumpulan yang saling membantu dan menyokong antara satu sama lain. Samada untuk bisnes atau makan sendiri, korang memang dialu-alukan sangat join dengan Team Mamavogue ni tau.

Saya senaraikan dulu kenapa anda wajib join Shaklee ;

Sebab yang PERTAMA – Shaklee mempunyai sistem yang sangat best. Tiada istilah upline goyang-goyang kaki dapat duit. Kalau nak goyang juga maka makan angin aje lah ye. Malah dah terbukti dalam susur galur kumpulan saya yang mana downline naik rank lebih tinggi dari upline.

Sebab yang KEDUA – tiada paksaan untuk memulakan Shaklee dengan modal ribu-ribu. Saya sendiri bermula dengan 1 produk sahaja iaitu GLA Complex.

Sebab yang KETIGA – Shaklee sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang mahu membuat bisnes dari rumah. Sangat sesuai untuk geng mak mak yang ada smartphone dan internet. Tak perlu keluar beli barang pun, hanya order dari shaklee2u.com je. Ia juga sangat sesuai untuk student-student universiti yang nak cari duit tambahan tanpa perlu ke sana sini.

Ok dah jelas semuanya? Perkara paling penting yang perlu korang ingat ialah modalnya sangat rendah kurang dari RM100 je. Nak bermula tanpa modal pun boleh!


Tiga (3) sebab kenapa kena join Shaklee dengan Team Mamavouge yang best ni;

Shaklee Subang Jaya
Hi new Business Leader! Selamat Datang ke Team Mamavogue ­čÖé

Sebab yang PERTAMA – Kami bernaung dibawah group yang sangat hebat. Team iReach yang telah mencetus idea #korangtautak dan #tsunamishaklee. Group yang sangat aktif dan kreatif ini dinaungi oleh pasangan suami isteri yang sangat dedikasi dn komited.

Sebab yang KEDUA – personal coach secara bertentang mata. Yang ini khas untuk mak mak yang susah nak keluar dan pergi ke kelas. Saya boleh datang ke tempat korang dan menyampaikan ilmu tentang bisnes dan Shaklee. Saya akan didik dan gilap korang hingga menjadi seorang leader juga, dengan syarat korang sangat bersemangat dan berjiwa kental.

Sebab yang KETIGA – kumpulan kami sangat aktif dan penuh dengan informasi. Kami sentiasa updated dengan pelbagai ilmu dari segi marketing, sharing, ilmu tentang produk dan tak lupa ilmu berkaitan hubungan dengan Yang Maha Pencipta. Dalam apa jua usaha dan ikhtiar kita, jangan pernah lupa mohon rahmat dan keredhaan Allah swt. Berbisnes kerana Allah itu manis hasilnya.

Sudah habis baca semuanya? Sudah bersedia untuk belajar dan mengajar? Sudah bersedia menjana pendapatan dari rumah dengan Shaklee? Hubungi saya untuk pertanyaan terhadap sebarang keraguan. Whatsapp saja atau boleh juga tetapkan masa untuk bertemu dan beramah mesra.

signature

mamavogue

selfpromo

Kenapa Lebih Mudah Ambil Shaklee Untuk Memenuhi Keperluan Nutrisi

Produk Shaklee telah terbukti semulajadi dan selamat untuk diamalkan untuk jangka masa yang panjang.

Dalam usaha menjaga kesihatan diri sendiri dan keluarga, emak adalah contoh terbaik bagi saya. Sejak kecil lagi saya nampak bagaimana emak sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat di samping pengambilan supplemen harian. Emak memang suka makan ulam-ulaman. Setiap hari, emak mesti menyediakan sekurang-kurangnya dua jenis ulaman sebagai hidangan makan tengahari atau  malam. Kesannya, emak mampu melahirkan sepasang anak kembar secara normal pada umur 39 tahun!

Dahulu, kebanyakan daripada emak kita menanam sendiri ulam-ulaman dan sayuran di belakang rumah. Terutama yang duduk di kawasan kampung, ada je ruang tanah mesti dimanafaatkan sepenuhnya menjadi kebun sayuran. Bila ditanam sendiri, sudah pasti tiada sebarang baja atau semburan bahan kimia berbahaya. Kalau setakat serai, daun pandan, daun limau, daun kari. daun kunyit tu memang petik je bila nak guna.

Shaklee Subang Jaya
Ulaman vs Supplemen Shaklee

Zaman sekarang, hatta nak guna daun limau purut sekeping dua pun kena beli kat kedai. Sayuran dan ulaman yang organik pula agak susah nak cari di kedai-kedai runcit biasa. Hanya boleh didapati di pasaraya dengan harga yang agak mahal!

Jadi, untuk meneruskan legasi emak yang sangat menjaga kesihatan, saya memilih Shaklee. Kenapa Shaklee? Kerana setiap pil yang dihasilkan mengandungi vitamin dan mineral yang cukup untuk memenuhi keperluan nutrisi harian tubuh badan kita. Kerana Shaklee terbukti memberikan kesan yang terbaik dan positif untuk kesihatan keluarga saya.

Ulam-ulaman masih menjadi amalan keluarga, cuma agak susah nak dapatkan setiap hari. Dan jika kita makan selalu pun, kita masih tidak mampu memenuhi keperluan nutrisi badan. Mana mungkin kita boleh belek satu persatu daun ulam tersebut untuk mengetahui kandungan vitamin dan mineralnya. Berapa kilo daun alfafa yang perlu kita ambil supaya setanding dengan sebiji pil alfafa Shaklee? Berapa banyak biji jagung yang perlu kita makan supaya sama dengan sebiji Vitamin C Shaklee?

Shaklee Subang Jaya
Bukti kesan mengamalkan Shaklee secara konsisten selama 19tahun

Maka Shaklee dah pun memudahkan jalannya untuk kita. Ianya terbukti selamat dan semulajadi. Ianya telah melalui beratus-ratus kajian saintifik bagi memastikan kualitinya sentiasa dalam keadaan terbaik. Hanya terpulang kepada kita sahaja untuk mengamalkannya secara konsisten supaya kesihatan kita sentiasa dalam keadaan yang baik.

Kita nak buat apa pun biarlah dengan ilmu. Makan juga perlu ilmu supaya kita boleh bezakan makanan yang baik ataupun yang sudah rosak, minum juga perlu ilmu agar air yang masuk ke dalam tubuh memberi manafaat. Begitu juga nak amalkan supplemen dan vitamin. Ilmu penting agar kita mendapat kesan yang terbaik dan tidak tersalah pilih jenis vitamin. Sebaiknya pastilah vitamin yang semulajadi, bukan yang sintetik, ada pewarna dan perasa tambahan!

signature

mamavogue

Shaklee Subang Jaya

 

Ada Apa Sebenarnya Dengan Shaklee

Setelah hampir 5 tahun dengan Shaklee, rasa hati ini makin sayang dan makin jatuh cinta pula.

Saya mula berkenalan dengan Shaklee dengan hanya 1 produk sahaja iaitu GLA Complex. Namun setelah sekian lama ni, rasanya hampir kesemua produk saya dah cuba. Semakin cuba, semakin jatuh cinta. Sebab apa? Sebab semua produk Shaklee terbukti semulajadi dan selamat.

Satu lagi perkara yang buat saya makin sayangkan Shaklee adalah ukhwah yang terbina di sebalik bisnes ini. Tiada langsung istilah hasad dan dengki sesama kami walaupun kami jual produk yang sama. Malah kami sentiasa berkongsi idea dan strategi.

Kalau dulu, saya seorang yang introvert. Saya susah nak tegur orang dan mulakan perbualan. Tetapi bila dah mula kenal Shaklee, saya terpaksa berkawan terpaksa bergaul dengan semua ahli lain dan terpaksa beramah mesra dengan semua. Semuanya bermula dengan terpaksa yang akhirnya menjadi suatu yang sangat manis.

Alhamdulillah saya berada dalam kumpulan yang betul. Tiada rahsia antara sideline sekalipun. Mereka tak pernah lokek berkongsi ilmu dan idea yang bernas. Semua saling menyokong sesama sendiri. Maka saya pun telah terjebak menjadi lebih ramah dari biasa.Suka bila dapat kawan baru, suka bila dapat berkongsi idea dengan sesiapa saja, suka bila orang terima dan gunapakai ilmu yang kita sampaikan. Saya suka bila orang lain sama-sama berkongsi pendapat dan tegur-menegur.

Shaklee Subang Jaya
Sahabat dunia akhirat.. Insya Allah

Dengan Shaklee, saya dapat lebih ramai kawan baru. Bukan sahaja ramai malah kawan-kawan yang sangat berkualiti dan sangat dihargai. Saya dikelilingi kawan-kawan yang positif dan kuat semangat. Kawan-kawan yang sama tolong menarik tangan saya bila tersungkur, yang sama-sama hulurkan telinga dan bahu bila memerlukan.

Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah. Syukur kerana dipertemukan dengan mereka. Semoga ukhwah ini kekal hingga ke syurga.

signature

mamavogue

Tsunami Shaklee – Cara Mudah Elak Sembelit dan Kembung Perut Ketika Berhari Raya

Sembelit dan kembung perut ketika hari raya adalah sangat menyeksakan

Dah namanya hari raya, tentulah berjenis-jenis juadah terhidang. Selain makanan, minuman manis-manis pun menjadi pilihan di kebanyakan rumah yang dikunjungi. Bayangkanlah sedang seronok dan gembira berhari raya, menziarahi saudara dan jiran tiba-tiba rasa tak selesa pada perut.

Leka bersembang dan makan sehingga lupa nak menjamah air masak secukupnya. Maka ‘merontalah’ perut meminta simpati tuannya..hihi. Bila balik rumah, perut terasa senak dan sebu. Bangun tidur pula ada ‘urusan’ yang tidak terlangsai dan menjadi semakin tertangguh. Maka perut terasa semakin kembung dan tidak selesa.

Penyelesaian terbaik tentulah ada! Yang pasti, ianya semulajadi dan selamat. Jangan ambil ubat sebarangan tau..bahaya nanti. Solusi yang saya bagi ini sangat berkesan dan bertindak secara lembut kepada usus. Dengan syarat minum air masak/air kosong/air jarang secukupnya.

13576860_10208616421141026_588877783015783577_o

~ Herblax – mengandungi Daun Senna yang merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak. Ia juga mengandungi biji Fennel yang membantu pencernaan dan masalah sembelit serta kembung perut

~ Peppermint Ginger Plus – mengandungi gabungan daun Pudina, halia, Adas dan Cekur Manis. Ia membantu melegakan kembung perut, loya dan mual. Halia juga membantu merangsang enzim untuk pencernaan makanan dengan sempurna.

~ Ostematrix – bukan sekadar pil kalsium biasa. Ia mwngandungi magnesium yang membantu mengekalkan kandungan air di dalam usus dan melembutkan najis.

Gabungan ketiga-tiga supplemen ini akan memberikan kelegaan segera tanpa mendatangkan sebarang kesan buruk kepada usus. Ianya bertindak secara lembut tetapi berkesan.

Hubungi saya untuk penerangan yang lebih details dan konsultasi sepenuhnya!

signature

mamavogue

selfpromo

Tsunami Shaklee – Basic H Pencuci Serbaguna dan Serbaboleh

Basic H si pencuci serbaguna Shaklee, tanpa bahan kimia, selamat dan semulajadi. Ianya diperbuat daripada ekstrak kelapa dan jagung.

Apa yang membuatkan saya suka sangat dengan Basic H ni ialah ;

  1. Sangat Mudah Digunakan – Cairkan setitik Basic H dengan 300ml air dan masukkan dalam botol spray. Semburkan saja di mana ada habuk atau kekotoran lepas tu lap sahaja dengan kain. Mudah dan ringkas
  2. Jimat – Satu botol Basic H boleh bertahan sehingga enam bulan! kadang-kadang ada yang lajak ke setahun pun.
  3. Tak Perlu Dibilas – Bila kita semburkan pada perabut, kemudian lapkan sahaja dengan kain. Itu sudah memadai. Tak perlu dibilas lagi dengan air bersih. Sama juga situasinya jika mengemop lantai. Selepas menggunakan Basic H, tak perlu dibilas lagi sekali. Jimat masa kan!
  4. Selamat – Sebab apa? Sebab ia tiada bahan kimia. Sangat sesuai digunakan oleh mak mak yang ada anak kecil yang sedang seronok merayap ke sana-sini dalam rumah.
  5. Serbaguna – Sebotol Basic H boleh digunakan untuk membersih dan mencuci pelbagai jenis pakaian, kasut sekolah, mencuci tandas, mencuci kereta/motor, membersihkan hasil seni anak di dinding, membersihkan peti sejuk, dapur dan banyak lagi lah. Asal saja ada benda nak dicuci, Basic H lah pilihan utama.
Basic H Shaklee
Sembur-sembur sikit, lap dan terus bersih!

Selalunya saya akan standby larutan Basic H dalam botol spray supaya bila ada kesan tumpahan atau habuk, sembur je dan lap. Terus bersih. Mudah, senang, ringkas dan jimat masa. Basic H memang pembantu yang baik untuk mak mak yang selalu sibuk dan tak cukup tangan menguruskan kerja-kerja rumah.

signature

mamavogue

Tsunami Shaklee – Rumah Idaman Hati

Rumah idaman hati saya kalau boleh biarlah yang dibina atas tanah sendiri, mempunyai 5 bilik dan ruang laman yang luas. Banglo 5 bilik ini akan mempunyai ruang solat atau surau kecilnya sendiri. Di bahagian luar pula akan ada taman bunga-bungaan yang terjaga rapi.

Kenapa nak banyak-banyak bilik sedangkan saya sekeluarga hanya 3 orang? Takkan nak dibiarkan berhabuk saja kan.. Sebenarnya bilik yang banyak tu untuk memudahkan mertua, mak ayah dan adik beradik ku yang ramai merasa selesa dan tenang bila bertandang ke rumah.

Watak utama dalam sebuah rumah adalah master bedroom. Bilik utama ini akan menghadap ke arah taman bunga yang akan dapat dilihat terus melalui pintu kaca. Bangun pagi je dah boleh terus nampak ciptaan Allah swt.

Satu lagi watak penting dalam sebuah rumah pastilah dapurnya! Ruang peribadi mak mak sekelian alam. Tempat menghasilkan karya dan melakarkan kreativiti dalam masakan. Bila ruang dapur cantik teratur, mood nak masak pun berbunga-bunga je. Saya suka ruang dapur yang jenis terbuka macam dalam poster. Cantik kan?

13495568_10208545977899989_5147168098175699307_o

Kawan-kawan dijemput datang dengan hati dan pintu yang terbuka luas. Tapi sebelum tu, mohon doakan rumah impian ini siap terbina dengan cantiknya pada tahun 2020.

signature

mamavogue