Tips Turunkan Paras Kolesterol Dengan Pantas

Tips mudah turunkan paras kolesterol dengan pantas dengan hanya 2 produk Shaklee

Dalam Shaklee memang ada banyak produk yang apabila digabungkan akan memberi kesan yang lebih optimum dan terbaik. Saya nak kenalkan salah satu daripadanya di sini, iaitu Omegaguard dan Garlic Complex. Ia memberikan kesan yang lebih ketara menstabilkan tekanan darah tinggi dan menurunkan paras kolesterol.

Set kesihatan jantung

Omegaguard adalah minyak ikan tulen yang di ekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun. Ianya telah melalui proses saringan ssebanyak 3 kali bagi memastikan tiada sebarang logam yang tertinggal di dalamnya.

Antara kelebihan Omegaguard ialah

  • Membantu menyingkirkan kolesterol dalam salir darah, menstabilkan tekanan darah tinggi, mencegah salur darah tersumbat
  • Membantu mengekalkan fungsi otak, mengelakkan Alzheimer
  • Bagus di ambil oleh ibu mengandung kerana ia membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
  • EPA yang terdapat didalamnya membantu meningkatkan sistem imun badan dan mengurangkan keradangan
  • Omega 3 yang terdapat didalamnya sangat baik digabungkan dengan Omega 6 untuk menseimbangkan hormon dan mengurangkan simptom menopaus

Garlic Complex pula telah diperakui khasiatnya sebagai antibiotik semulajadi. Apabila digabungkan kedua-dua ini kesannya

  • Mengurangkan alergi untuk pesakit sinus dan asthma
  • Antibiotik semulajadi untuk elakkan kulat, yis, candida, virus
  • Mengurangkan keradangan dan mempercepatkan penyembuhan luka untuk penyakit kulit seperti eczema dan psoriasis
  • Memelihara fungsi paru-paru dan mengurangkan serangan lelah dan bronkitis

Set ini juga memelihara kesihatan jantung dan mengurangkan risiko strok. Memang ramai antara customer saya yang amalkan set ini ialah dari golongan mak mak dan ayah kita. Mereka ni masih suka nak menikmati makanan lazat terutama ketika hari raya dan kenduri kendara.

Tetapi, harus diingatkan bahawa pengambilan set ini mesti diberitahu kepada doktor yang merawat. Kerana biasanya mak ayah kita dibekalkan doktor dengan ubat-ubatan kan. Jadi kita perlu pastikan cara pengambilan ia serasi dengan pengambilan ubatan.

Selain untuk pesakit kencing manis dan darah tinggi, set ini sebenarnya sangat sesuai diamalkan oleh sesiapa sahaja. Tak perlu tunggu sakit, tapi kekalkan kesihatan badan kita dengan baik.

Hubungi saya untuk order dan konsultasi sepenuhnya ya.

signature

mamavogue

selfpromo

Kurangkan Gastrik dan Tambahkan Tenaga Sekaligus..!

Alkisah nak ceritakah perihal jatuh cinta kali yang entah ke berapa dengan produk yang tak asing lagi dalam hidup saya ni..hihihi.. Nak cerita bagaimana kali pertama mencuba, saya mendapat hasil yang lebih dari jangkaan tau! Kalau ikut tajuk, mesti dah boleh agak apa yang mahu saya kongsikan tetapi kali ni memang berbaloi untuk baca sampai habis..

Satu ketika dulu saya selalu diserang gastrik terutama bulan puasa, klise sangat kan? Macam sengaja nak ponteng puasa pulak..huhu. Tapi memang itulah masalahnya. Setiap kali terkena serangan gastrik ni, pedihnya umpama dicucuk-cucuk dengan pisau tajam! Sesiapa yang menderita penyakit yang sama, pasti tahu macam mana siksanya menahan pedih perut dan ulu hati..

Dulu-dulu sebelum ada anak pun, saya seorang yang mudah letih! Sepanjang bulan puasa bersama suami selama hampir 5 tahun, tak pernah sekali saya masak untuk berbuka. Apabila kali pertama berpuasa bersama anak, saya risau saya akan menjadi lebih letih dari biasa. Jenuh fikir macam mana nak pastikan saya boleh bekerja dan menguruskan anak yang sedang membesar aktif sambil berpuasa. Pulang dari kerja, saya kena ambil anak di taska dan dukung dia NAIK TANGGA ke rumah di tingkat 4!!

Entah macam mana Allah gerakkan hati saya untuk try set Mighty 3 Gems ni iaitu ESP, Mealshakes dan Performance Orange Drinks. Saya terpikat nak cuba set berpuasa ini bila terbaca testimoni-testimoni yang mengatakan mereka berasa lebih bertenaga, ibu menyusukan juga tetap bersemangat meneruskan penyusuan dan ibu mengandung merasa lebih segar dan kuat.

Set Berpuasa
Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas

Inilah rupa set yang bertanggungjawab mengurangkan kesakitan gastrik saya tu. Setiap satu memainkan peranan masing-masing dan sangat penting. Hari pertama berpuasa dengan set ini, Alhamdulillah bukan sahaja gastrik beransur pulih malah terasa lebih bertenaga dan kurang haus juga. Saya dengan tenang dapat mendukung anak naik ke rumah, bermain seketika dengan dia dan kemudian memasak untuk berbuka. Encik suami pun terkejut tengok saya masak tau! Hahaha.. kemudian malamnya saya dapat menunaikan solat terawih bersendirian di rumah.

Saya sendiri terkejut dengan perubahan diri sendiri. Walaupun dah malam, masih bersisa tenaga untuk saya teruskan beribadat. Saya bersyukur sangat kerana dipertemukan dengan Shaklee. Alhamdulillah Ya Allah..

BlogMealShakes
Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas

Selepas itu, set berpuasa atau Mighty 3 Gems ini sentiasa menajdi teman bersahur saya dan suami. Jika ada di antara kalian yang nak mencuba, jangan segan silu hubungi saya di 018-2835 816. Insya Allah konsultasi sepenuhnya dan akan saya kongsikan resepi-resepi lazat set ini.

signature

mamavogue

 

Risiko Kencing Manis Semasa Hamil, Kawal Sebelum Parah

GDM atau diabetes semasa hamil ini memang boleh membuatkan ibu-ibu stress sebab terpaksa kawal pengambilan makanan seharian. Pengalaman saya sendiri semasa ditahan di hospital akibat leaking, di sebelah katil saya ada seorang cikgu yang GDM dan mengambil insulin. Juga seorang rakan berkongsi masalah kencing manis semasa hamil ini dengan saya sebab dia juga terpaksa mengambil insulin.

Apakah puncanya diabetes semasa hamil ni? Bagaimana cara terbaik untuk mengawalnya supaya tidak menjadi lebih parah?

Diabetes semasa hamil berpunca dari ketidakseimbangan hormon terutama hormon insulin. Bila tahap gula dalam badan melebihi paras insulin yang dikeluarkan oleh pankreas, maka terhasillah GDM atau Gestational Diabetes Melitus.

Jika diketahui diperingkat awal, maka lebih mudah lah bagi kita nak kawal. Tetapi kalau dah sampai kena cucuk insulin sendiri, memang MENGERIKAN! Saya tak pasti orang lain tapi saya sendiri memang penakut bab cucuk-cucuk ni..

Selain hormon, pemakanan yang tak seimbang dan berkhasiat juga punca kepada kencing manis semasa hamil. Tak percaya cakap saya? Cuba tengok balik menu harian semasa kita mengandung. Saya sendiri pun memang suka nak makan dan minum yang manis-manis je tau!

Sebaiknya, kita mencegah dari mengubati. Kan susah bila dah disahkan kencing manis. Masa mengandung adalah waktu yang sepatutnya dinikmati dengan penuh rasa gembira. Maka, ketika kawan saya yang disahkan GDM ketika kandungan mencecah 24 minggu dan dinasihatkan oleh doktor untuk mengambil suntikan insulin (ouch..!) saya cuba membantu dia sehabis baik. Saya perkenalkan kepada dia SET KEHAMILAN SHAKLEE ini. Bukan sahaja untuk mengawal kencing manis malah memberi khasiat yang cukup untuk dia dan bayi dalam kandungan.

Set Kehamilan Shaklee ni memang lengkap dah semuanya. Ibu-ibu hamil yang kencing manis tak perlu nak risau dan stress lagi sebab kena cucuk sendiri insulin ke dalam badan.

Set Kehamilan Shaklee

SET KEHAMILAN SHAKLEE UNTUK IBU HAMIL GDM

  1. ESP (Energizing Soy Protein) – Diperbuat dari soya Non-GMO (tidak diubah secara genetic) dan rendah Indeks Glisemik menjadikan ia minuman sumber tenaga yang baik untuk ibu mengandung. Kandungan protein yang lazat bagus untuk perkembangan sel-sel dan tisu bayi.
  2. Vitalea Iron Formula – Multivitamin lengkap untuk memenuhi keperluan nutrisi badan. Ia mempunyai zat besi yang boleh mencegah anemia. Ia juga mengandungi kromium yang membantu mengaktifkan sel untuk menyerap glukos dalam darah.
  3. Sustained Released Vitamin C – Selain meningkatkan imun badan agar ibu mengandung dapat mencegah demam dan selsema, ia juga membantu menurunkan paras gula dalam darah dan mengelakkan gula dari bertukar kepada sorbitol.
  4. Zinc Complex – membantu pengeluaran insulin dalam badan dan mengekalkan fungsi insulin.

Selain 4 jenis supplemen di atas, ibu-ibu hamil juga boleh mengamalkan B Complex, Ostematrix dan Omegaguard.

  1. B Complex – Lengkap bersama asid folik yang sangat diperlukan dalam perkembangan bayi dalam kandungan. Ia juga membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi badan.
  2. Ostematrix – Pil Kalsium yang saling melengkapi untuk kesihatan tulang yang baik. Copper yang terdapat di dalam Ostematrix membantu membina sel darah merah dan putih.
  3. Omegaguard – Membantu tumbesaran dan perkembangan otak bayi dalam kandungan. Ia juga membantu menstabilkan tekanan darah, merendahkan kolesterol dan mengelakkan pembekuan darah.

Pengambilan makanan yang seimbang dan supplemen yang selamat serta semulajadi membantu ibu-ibu hamil menikmati tempoh kehamilan dengan lebih bertenaga, sihat dan gembira. Secara tidak langsung, ia juga mempengaruhi emosi yang stabil dan baik.

Kalau ibu-ibu nak dapatkan SET KEHAMILAN SHAKLEE ni, memang pilihan yang sangat tepat sebab bermula bulan Mei sehingga Oktober 2015, Shaklee bermurah hati sangat-sangat bagi diskaun 5% dan pulangan wang tunai pada 15haribulan berikutnya. Dan kalau ibu-ibu mendaftar sebagai ahli, boleh terus dapatkan sebotol Vitalea Iron Formula secara PERCUMA!! Bijak tak? Sangat bijak kan?!

Ibu-ibu hamil yang berminat, bole hubungi saya Raha Mohd Iskak (018-2835 816) whatsapp boleh, call pun boleh. Konsultasi sepenuhnya, cara pengambilan dan follow up rapat-rapat eksklusif buat customer saya.

 

signature

Raha Mohd Iskak

018-2835 816