Tsunami Shaklee – Cara Mudah Elak Sembelit dan Kembung Perut Ketika Berhari Raya

Sembelit dan kembung perut ketika hari raya adalah sangat menyeksakan

Dah namanya hari raya, tentulah berjenis-jenis juadah terhidang. Selain makanan, minuman manis-manis pun menjadi pilihan di kebanyakan rumah yang dikunjungi. Bayangkanlah sedang seronok dan gembira berhari raya, menziarahi saudara dan jiran tiba-tiba rasa tak selesa pada perut.

Leka bersembang dan makan sehingga lupa nak menjamah air masak secukupnya. Maka ‘merontalah’ perut meminta simpati tuannya..hihi. Bila balik rumah, perut terasa senak dan sebu. Bangun tidur pula ada ‘urusan’ yang tidak terlangsai dan menjadi semakin tertangguh. Maka perut terasa semakin kembung dan tidak selesa.

Penyelesaian terbaik tentulah ada! Yang pasti, ianya semulajadi dan selamat. Jangan ambil ubat sebarangan tau..bahaya nanti. Solusi yang saya bagi ini sangat berkesan dan bertindak secara lembut kepada usus. Dengan syarat minum air masak/air kosong/air jarang secukupnya.

13576860_10208616421141026_588877783015783577_o

~ Herblax – mengandungi Daun Senna yang merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak. Ia juga mengandungi biji Fennel yang membantu pencernaan dan masalah sembelit serta kembung perut

~ Peppermint Ginger Plus – mengandungi gabungan daun Pudina, halia, Adas dan Cekur Manis. Ia membantu melegakan kembung perut, loya dan mual. Halia juga membantu merangsang enzim untuk pencernaan makanan dengan sempurna.

~ Ostematrix – bukan sekadar pil kalsium biasa. Ia mwngandungi magnesium yang membantu mengekalkan kandungan air di dalam usus dan melembutkan najis.

Gabungan ketiga-tiga supplemen ini akan memberikan kelegaan segera tanpa mendatangkan sebarang kesan buruk kepada usus. Ianya bertindak secara lembut tetapi berkesan.

Hubungi saya untuk penerangan yang lebih details dan konsultasi sepenuhnya!

signature

mamavogue

selfpromo

5 Pelawas Semulajadi Untuk Atasi Sembelit

Sembelit ni memang menyakitkan dan tak boleh dipandang remeh aje tau.. Lama kelamaan usus akan menjadi semakin kotor. Nanti macam-macam penyakit pula yang timbul. Satu ketika dulu saya juga pernah kena sembelit. Aduhaiiii menjadi pengalaman ngeri bila tiap kali ke toilet sampaikan kalau boleh tak mahu membuang dah..haha

Tapikan korang, lepas tu saya cuba cari penyelesaian supaya tak lagi ngeri bila ke toilet. Bila usus kotor, segala toksin tak dibuang dengan baik, mula la badan cepat berbau dan jerawat pun rajin bertandang. Mencanak-canak kat muka saya ni terutama di kawasan dahi. Nak menangis bila waktu nak sujud!

Jadi kat sini, saya nak kongsikan bersama apa yang saya buat untuk elakkan sembelit lagi secara semulajadi. Bukan apa, kalau makan ubat, waktu itu je ok tapi lepas tu sembelit lagi. Tapi, kalau dengan cara semulajadi ni, insya Allah secara berterusan sistem penghadaman kita menjadi bertambah baik.

Tips Sembelit

Yang PERTAMA, saya amalkan oat. Tak kisah la rolled oat atau instant oat. Tapi ramai orang kata tak lalu nak telan, sebenarnya diorang tak jumpa lagi resepi oat yang sedap-sedap nih..hihi. Paling sedap yang pernah saya rasa ialah overnight oat dan nak membuatnya pun tak susah. Hanya perlukan oat, susu segar, yogurt (pilihan), buah-buahan segar seperti kiwi atau strawberi, buah-buahan kering seperti kurma atau prun, bole juga nak letak badam dan walnut dan chia seed (pilihan). Campurkan semua bahan dalam satu bekas, simpan dalam peti sejuk semalaman dan siap! Sedia untuk dinikmati dengan penuh selera!

Yang KEDUA ni saya tahu ramai yang suka makan buah tapi kadang-kadang kita makan pada waktu yang salah iaitu selepas makan. Buah sepatutnya di ambil sebelum makan tau.. Dan untuk meredakan sembelit ni, amatlah digalakkan makan buah seperti betik, jambu batu dan tembikai susu.

Yang KETIGA, minum air masak juga memerlukan teknik yang betul baru la badan dapat menyerap segala khasiat dengan baik. Amalkan minum air masak sebanyak 300 ke 500ml air sebaik sahaja bangun dari tidur. Bagus tau minum air banyak waktu pagi-pagi ni, bukan je untuk melancarkan sistem penghadaman dan membantu menyingkirkan toksik, ia juga membantu menurunkan suhu badan.

Yang KEEMPAT, CHIA SEED. Rasanya ramai dah tahu kebaikan Chia seed ni kan? Selain kandungan Omega 3 yang tinggi,  ia penuh dengan serat dan juga bertindak sebagai energy booster. Rupa chia seed ni macam biji selasih, cuma campurkan sesudu kecil dalam minuman kita dan biarkan dia kembang seketika. (nak share satu rahsia ni..sshhh! Chia seed ni boleh membantu menurunkan berat badan tau!)

Yang KELIMA dan terakhir yang saya amalkan adalah yogurt tak kisah jenis minum atau makan. Saya tak minum hari-hari, cukuplah 2 kali seminggu dan ianya lebih baik diminum ketika perut kosong. Memang sangat-sangat membantu!

Pelawas Semulajadi Yang Lembut Pada Perut dan Usus

Dalam Shaklee, ada satu produk bernama Herblax yang bertindak sebagai pelawas dan julap lembut yang membantu melawaskan dan memudahkan urusan ke toilet. Herblax ini terdiri daripada 9 herba semulajadi iaitu daun Alfafa, daun Senna, biji Anise, Bunga Blue Malva, Buckhorn Bark, Akar Likuoris, Akar Rhubarb, biji Fennel dan Akar Culver.

Herblax Shaklee
Gabungan Lecithin dan Herblax bukan sahaja membantu untuk lawas malah boleh mengurangkan berat badan dengan cara yang lebih sihat

Setiap herba ini mempunyai fungsi tersendiri

  • Merangsang tindakan lembut pada usus
  • Melembutkan najis
  • Membantu proses detoksifikasi
  • Mengeluarkan toksin dan sisa yang terkumpul di dinding usus
  • Membantu sistem pencernaan
  • Membantu mengeluarkan angin berlebihan
  • Mengekalkan lembapan di dalam usus

Pengambilan Herblax hanya 3 kali seminggu memastikan usus yang lebih bersih dan proses pembuangan yang lebih lancar. Tiada lagi trauma apabila perlu ke tandas setiap hari. Malah perut juga akan kelihatan lebih kempis dan rata.

Selain Herblax, ada 2 lagi produk yang sangat membantu melancarkan sistem pencernaan dan melawaskan proses pembuangan iaitu Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus.

Ostematrix Shaklee
Ostematrix bukan sahaja sekadar kalsium untuk penjagaan tulang, malah ia mengandungi magnesium yang membantu melembutkan najis dan memudahkan proses pembuangan

 

Pelawas Perut
Peppermint Ginger membantu melegakan ketidakselesaan perut akibat angin dan sembelit

 

Usus yang bersih adalah sangat penting sebab semua penyerapan nutrien berlaku di dalamnya. Kan ke rugi je kalau kita dah amalkan macam-macam vitamin dan makanan sihat tapi usus kotor?

Hubungi saya untuk konsultasi dan maklumat produk sepenuhnya di 018-2835816

Semoga memberi manafaat!

signature

mamavogue

selfpromo