Bagaimana Shaklee Mengubah Hidup Saya 360°

Saya mengenali Shaklee ketika masih bekerja di bangunan Empire Subang jaya satu ketika dulu. Masa tu Home Office Shaklee terletak di tingkat 3A dan pejabat saya di tingkat 12. Memang setiap kali turun naik akan terserempak dan ternampak Shaklee ni. Tapi entah kenapa hati masih belum terbuka nak mengenali lebih rapat dengan Shaklee.

Sejak tahun 2011 saya telahpun mula aktif berblogging dan menemui ramai kawan baru dalam dunia blog. Tahun 2012, salah seorang sahabat blog memberitahu yang dia sudahpun menjadi pengedar sah Shaklee dan hati saya terus terpikat nak sign up dengan dia dan mula mengambil produk Shaklee.

 

Maka sejak Oktober 2012, bermula lah kisah cinta saya bersama Shaklee. Saya hanya amalkan satu jenis produk je masa tu iaitu GLA Complex. Dan saya juga mula berbisnes bermula dengan hanya satu produk. Sehingga tahun 2017 ni, saya dah amalkan hampir semua produk Shaklee yang ada. Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal, pasti tak boleh lupa.

GLA Complex

GLA Complex dan Shaklee benar-benar mengubah hidup saya selepas itu. Dari seorang yang selalu sakit senggugut dan migrain ketika haid, akhirnya saya bebas dari semua tu. Bayangkan bertahun saya menderita sakit perut berguling-guling, pendarahan berlebihan, hormon yang tak stabil. Namun selepas amalkan GLA Complex dengan konsisten dan beberapa suplemen lain, Alhamdulillah akhirnya saya rasa lebih sihat bertenaga.

Itu dari segi kesihatan. Shaklee juga mengubah kehidupan dan pandangan saya terhadap dunia dan akhirat. Saya bertuah kerana menyertai kumpulan dan mentor yang betul. Sepasang suami isteri pengasas iReach banyak mengajar saya tentang kehidupan kita bukan sekadar mencukupi untuk kita sekeluarga sahaja.

Mereka berdua berjaya menyerlahkan potensi diri yang selama ini tidak saya sedari. Jika sebelum ni selalu rasa seperti tak mampu, tak boleh dan tak dapat, kini saya rasa lebih positif dan yakin. Saya juga belajar untuk bergantung sepenuhnya kepada Allah swt selepas kita berusaha sehabis baik. Allah Maha Baik, saya kini sentiasa meletakkan keredhaan Allah dalam setiap perbuatan.

Banyak lagi yang mahu saya kongsikan tentang bagaimana Shaklee mengubah kehidupan saya 100%. Saya benar-benar bersyukur kerana Allah pertemukan saya dengan kumpulan Shaklee yang sangat awesome ni! insya Allah saya akan sambung penulisan ini di masa akan datang.

mamavogue

Pengalaman Pertama Amalkan GLA Complex Shaklee

Sebenarnya, memang dah lama teringin nak kongsikan pengalaman pertama amalkan Shaklee sejak Oktober 2012 lagi. Produk pertama yang saya cuba adalah GLA Complex. Nak tahu kenapa saya mulakan dengan GLA Complex? Meh sini nak cerita skit.. hihihi.. Kena cerita betul-betul, baru senang nak paham..

Dari zaman anak dara, saya ni memang jenis senggugut teruk kalau time datang bulan. Lepas kahwin, sama je takde sebarang perubahan pun. Tiap kali datang bulan, hari pertama dan kedua mesti MC sebab tak boleh nak bangun langsung. Perut cramp, kaki cramp, sakit pinggang, sakit belakang.. dah macam ape dah tiap kali pun. Nak baring ke nak duduk ke nak makan ke semua serba tak kena. Lagi satu yang paling menyampah, jerawat besar-besar muncul kat muka!

Lepas ada anak tahun 2010, datang pula masalah lain.. seminggu sebelum datang bulan saya akan mula sakit pinggang dan perut. Sakitnya sampai la sehari sebelum datang bulan, saya mula migrain. Sakitnya tuhan sahaja yang tahu, sakit kepala dan muntah-muntah. Ada sekali ketika masih bekerja, saya pergi ke site dan tiba-tiba sakit kepala menyerang. Dalam keadaan separuh sedar sebab dah telan 4 biji panadol, saya drive balik office dan terus muntah-muntah. Mujur lah ketika tu dah selamat masuk parking. Telefon encik suami dan dia datang naik teksi untuk bawa saya balik.

Rasanya ada tiga atau empat kali suami datang ke tempat kerja untuk ambil saya balik. Kesian dia.. Mujurla waktu kerja dia mengizinkan masa tu. Lepas tu, macam-macam cara saya cuba agar perkara ni tak berulang lagi. Bayangkan setiap bulan kena hadapi perkara yang sama, datang bulan pulak tempohnya panjang kadang-kadang sampai 14 hari. Akhirnya Allah pertemukan saya dengan seorang sahabat yang memperkenalkan saya dengan GLA Complex ni. Dia sendiri seorang pesakit endometriosis dan dah merasai kesan baik dari mengamalkan GLA.

GLA Complex

Bulan pertama datang bulan selepas amalkan GLA Complex, saya dah tak senggugut teruk sampai kena ambil MC. Bulan seterusnya sakit pinggang berkurangan. Segala simptom PMS berkurangan sedikit demi sedikit. Ye la saya pun tak expect boleh hilang terus, kan.. Dah bertahun saya menderita, tak mungkin boleh hilang begitu sahaja.

Namun berkat bersabar dan konsisten mengamalkan GLA Complex ni, saya akhirnya bebas dari sebarang simptom dan kesakitan apabila nak datang bulan. Malah ianya begitu lancar tanpa sebarang sakit pinggang atau perut dan part paling best, ia datang tetap setiap bulan selama 7 hari. Kitaran normal dan tetap memang diimpikan selama ini! Kulit muka pun dah kurang berminyak dan berjerawat besar-besar..hihihi

Alhamdulilah..saya memang lega sangat-sangat. Tanya la mana-mana wanita yang mengalami simptom PMS yang teruk, mesti semua bersetuju ngan saya betapa seksanya kena lalui perkara macam tu setiap bulan. Saya lega akhirnya saya bebas dari masalah ni. GLA Complex memang sahabat baik semua wanita!

signature

mamavogue