Tsunami Shaklee – Tingkatkan Metabolisma dan Lenyapkan Rasa Lesu

Cinch Tea Mix dan Omegaguard membantu memberikan tenaga dan meningkatkan metabolisma badan. Gandingan kedua-duanya juga membantu menurunkan berat badan.

Dalam banyak-banyak produk Shaklee, ada beberapa yang sangat sesuai digandingkan berdua dan memberikan kesan yang optimum. Pasangan produk ini biasanya dinamakan Dazzling Duo. Antaranya Cinch Tea dan Performance Drinks, Alfafa dan Lecithin, Omegaguard dan Garlic dan beberapa produk lagi. Kali ini saya cuma nak ceritakan tentang kebaikan Cinch Tea Mix dan kelebihannya bila digabungkan bersama Omegaguard.

Teh Kurus Shaklee
Dazzling Duo yang sangat mantap!

Satu ketika dulu, ketika masih bekerja saya selalu mengalami rasa letih dan lesu yang melampau. Apabila pulang dari kerja, kadang-kadang saya tak mampu untuk melakukan tugasan di rumah dan memasak untuk makan malam. Rasa letih ini ditambah lagi apabila si anak yang akan menuntut haknya sepanjang malam. Maka tidur malam juga menjadi terganggu dan menyebabkan prestasi harian saya menurun.

Disebabkan tak mahu berterusan menghadapi perkara yang sama setiap hari maka saya cuba amalkan Cinch Tea Mix ini. First time rasa, sedap sangat walaupun tidak ditambah gula, madu atau apa-apa perisa tambahan. Cinch Tea Mix ini sebenarnya terdiri dari 3 jenis teh iaitu Green Tea, White Tea dan Rooibos Red Tea.

  1. Green Tea – mempunyai antioksida yang sangat tinggi dan bertindak sebagai energy booster. Ia juga membantu membakar kalori sehingga 4 kali ganda.
  2. White Tea – mampu membakar lemak berlebihan dan menghalang penghasilan lemak tidak perlu. Ia juga membantu meningkatkan metabolisma
  3. Rooibos Red Tea – membantu melarutkan lemak dan juga meningkatkan metabolisma, Ia juga bertindak sebagai ejen detoks.
  4. Taurina – membantu menggalakkan metabolisma dan menghasilkan otot yang bersih tanpa lemak berlebihan

Cinch Tea Mix sangat sesuai diamalkan oleh mereka yang mempunyai masalah penghadaman dan mengalami keletihan melampau. Ia juga amat digalakkan diambil oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Omegaguard adalah minyak ikan tulen yang diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan Jepun. Ia mempunyai rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 termasuklah EPA, DHA, ALA dan HDA. Omegaguard membantu menyingkirkan lemak dalam salur darah dan menstabilkan tekanan darah. Ia juga memelihara fungsi jantung dan meningkatkan keupayaan otak.

Gabungan kedua-dua produk ini mampu memberikan kesan terbaik dan optimum. Pengambilan secara konsisten setiap hari akan membuatkan anda berasa lebih cergas, lebih bertenaga dan lebih ceria. Mood happy akan menguasai sebab segala tugas dapat diselesaikan dengan baik, tak kira lah di pejabat atau di rumah. Yang paling menggembirakan, saiz pinggang juga akan mengecil!

Nak cuba dan merasai sendiri kesan terbaik dari set ini? Hubungi saya untuk konsultasi penuh dan cara pengambilan yang betul. Saya akan guide anda sehingga mendapat result yang diidamkan.

signature

mamavogue

Shaklee Subang Jaya