Bekerja Dari Rumah Sambil Dodoikan Anak

Bila perbelanjaan melebihi pendapatan sekarang ni, mampu lagi ke kita nak berjimat-cermat? Tang mana lagi agak-agaknya yang boleh dijimatkan? Ada tak yang boleh berkongsi idea berjimat-cermat?

Perbelanjaan sekolah anak dah tetap, belanja dapur dah tetap, minyak tol untuk ke tempat kerja, bil-bil dan ansuran rumah serta kereta lagi.

Pada pendapat peribadi saya, tambahlah income keluarga. Nak tambah macam mana kalau boss tak naikkan gaji kan? Tambah dengan cara cari income tambahan, bisnes secara online atau bisnes kecil-kecilan. Tapikan korang, kalau buat bisnes pek makanan di rumah pun sekarang ni orang dah online kan supaya mudah customer nak cari.

Yang kreatif dan inovatif boleh la gunakan apa yang ada untuk buat kraf, buat hantaran kahwin, buat ‘diaper cake’ (hispter sangat hadiah baby, tak main la hamper bagai dah zaman ni)

Yang agak-agak kurang modalnya boleh sangat jadi ejen jual produk orang. Tapi kena pastikan produknya bagus, selamat dan tidak memudaratkan pengguna. Buat sedikit research sendiri. Janganlah pula menjual hanya kerana produk tu glamer atau sebab keuntungan semata-mata. Besar tanggungjawab kita untuk memastikan produk yang kita jual bagus dan memberi manafaat kepada pengguna.

Apa yang pasti, income kedua ni memang dah wajib untuk setiap isi rumah. Usah peningkan kepala fikir benda yang tak boleh kita ubah seperti kenaikan harga barang, tapi mula gunakan akal anugerah Allah swt ni untuk fikirkan bagaimana kita boleh tambah income agar dapat menggembirakan keluarga dan lagi baik bantu lebih ramai lagi orang di luar sana.

Bagi yang masih lagi tercari-cari bisnes apa yang boleh dilakukan di rumah tanpa perlu selalu keluar dan simpan stok melambak-lambak, saya ada jawapan yang paling tepat.

Paling best, ianya sangat sesuai bagi surirumah yang ada masalah transport sebab semua order boleh dilakukan hanya dari rumah. Klik-klik di website, pihak syarikat yang tolong urus dan poskan. Mudah ke mudah? Semuanya hanya di hujung jari.

Apa yang saya sangat pasti, produk Shaklee adalah produk yang dijamin selamat kerana ia telah menjalani beratus malah beribu ujian klinikal sebelum sampai ke pengguna. Malah ada landmark study juga.

Dengan Shaklee, tak perlu nak keluarkan modal yang besar pun. Malah saya dengan berbesar hati akan guide dan ajar langkah demi langkah cara untuk menambah pendapatan keluarga seterusnya berjaya dalam Shaklee.

Pengedar_Shaklee_Subang_Jaya

 

Jangan segan silu hubungi saya supaya kita boleh bercerita lebih lanjut bagaimana nak bekerja dari rumah sambil jaga anak dan keluarga.

Tips Urus Bisnes Sambil Uruskan Rumah

Bekerja dari rumah, memang tak mudah sebenarnya. Perkara paling penting adalah pengurusan masa supaya segala tugasan kerja dan urusan rumah berjalan lancar. Saya akui beberapa kali dah terbabas apabila melebihkan salah satu daripadanya. Jika terlebih masa kerja, maka urusan rumah tertangguh dan begitu juga sebaliknya.

Saya nak kongsikan di sini beberapa tips yang saya amalkan agar tugasan bisnes lancar, rumah pun tak terabai. Selain pengurusan masa, disiplin diri juga sangat penting.

tipsbisnes

Tips PERTAMA ialah TO DO LIST – Senaraikan semua urusan dan tugasan yang akan dilakukan secara harian ataupun mingguan. Asingkan mengikut kepentingan dan yang mana perlu dilaksanakan segera. To do list ini sebaiknya dibuat sebelum tidur atau awal pagi sebelum memulakan apa-apa tugasan.

Tips KEDUA ialah LAKSANAKAN SEKURANG-KURANGNYA 80% – Seboleh-bolehnya habiskan semua tugasan dalam to do list yang telah dibuat. Jika benar-benar tidak berkesempatan, cuba sebaiknya selesaikan 80% daripada senarai tersebut.

Tips KETIGA ialah UTAMAKAN KELUARGA – Jangan dilupa jawatan utama kita adalah seorang suri rumah, isteri dan ibu kepada anak-anak yang comel. Maka jika berada dalam keadaan yang berbelah bagi, utamakan urursan bersama keluarga. Pastikan kita dah luangkan masa secukupnya dengan suami dan anak-anak. Bila mereka gembira, baru lah senang hati nak berbisnes.

Tips KEEMPAT ialah CATAT NOTA/ILHAM/IDEA – Idea aau ilham ni kadang-kadang muncul pada waktu tak terduga. Tengah suap anak, tengah menyapu atau tengah sidai kain pun boleh datang ilham yang meletops kan.. Maka mak mak berbisnes ni kena sentiasa standby buku nota kecil dan pen atau paling senang handphone. Dalam smartphone tu, pastikan ada aplikasi NOTES, EVERNOTE atau apa-apa aplikasi yang mudah untuk menyimpan nota.

Tips KELIMA ialah SCHEDULE POSTS – Facebook dan Blog adalah platform biasa untuk berbisnes. Kedua-dua ini boleh dijadualkan lebih awal dan mengikut waktu tertentu. Kita boleh siap-siap jadualkan semua post dan duduk diam-diam suap anak sambil tunggu customer mesej..hihi! Untuk personal profile di Facebook, ada aplikasi yang boleh digunakan untuk setkan status kita contohnya Buffer dan Hootsuite.

Semua orang boleh cuba tips ini sebenarnya, tidaklah terbatas pada ibu ibu suri rumah sepenuh masa yang bekerja dari rumah saja. Kata kuncinya adalah disiplin dan komited. Apabila kita suka dengan apa yang kita lakukan dengan secara tak langsung segalanya jadi lebih mudah dan teratur.

Suka dengan tips yang saya kongsikan? Jangan lupa subscribe blog ini dan like Page Diary Nutrisi Mama untuk mendapatkan tips-tips serta informasi tentang bisnes dari rumah.

signature

mamavogue

selfpromo