Cara Terbaik Miliki Kereta Idaman Hati

 

Siapa sini tak minat kereta, cer angkat tangan? Hahaa.. Kereta di zaman ini memang dah jadi satu keperluan kerana ia memudahkan kita untuk berurusan. Tetapi berapa ramai yang kuburkan aje minat tu sebab tak mampu? Bukan sahaja tak mampu bayar deposit malah bayaran bulanan pun jenuh nak cukupkan setiap bulan.

Dalam post SEBELUM ni saya ada beritahu tentang jenis-jenis bonus tunai dalam Shaklee, kali ni saya kongsikan cara nak dapatkan bonus untuk C yang kedua iaitu CAR.

Dalam Shaklee, CAR ini tak bermaksud kita dapat sebuah kereta tetapi kita dapat dalam bentuk bonus juga setiap bulan. Jadi terpulanglah kereta jenis apa yang mahu kita beli, cuma Shaklee bantu dengan bayaran bonus yang khas. Best ke best?

Untuk dapatkan bonus kereta ni, tentulah ada kelayakan dan kiraannya. Semua pengedar yang berpangkat Supervisor dan ke atas dan efektif layak untuk dapat bonus ini jika cukup syaratnya.

Satu perkara yang sangat mengujakan ialah, Shaklee akan meraikan pengedar Shaklee yang layak menerima bonus kereta ini di National Conference. Simboliknya mereka akan mendapat replika kunci kereta seperti dalam gambar di bawah. Haaa bestkan..dah la dapat bonus kereta setiap bulan, diraikan pula dengan meriah oleh Shaklee.

Dalam Shaklee, semua kemudahan berbisnes dah disediakan. Siap dengan teknik marketing, maklumat lengkap tentang produk malah maklumat kajian-kajian yang dijalankan terhadap semua produk pun mudah untuk diperolehi. Apa yang perlu kita buat hanyalah rebut peluang yang ada supaya kita dapat menikmati semua kemudahan dan kelebihan yang Shaklee sediakan.

Lagi satu, dah tentulah pilihan mentor dan kumpulan yang betul pun penting. Dalam kumpulan Team Mamavogue yang dinaungi oleh Stargazer dan iReach, kami sentiasa dibimbing dan disokong dari kiri kanan atas dan bawah supaya berhati kental dan tak mudah kalah pada rejection.

Jika uolls ada perancangan nak memiliki kereta idaman hati, jangan tunggu lama-lama untuk hubungi saya. Tak susah pun, hanya satu klik di icon Whatsapp kat bawah ni. Jom sama-sama kita capai impian kita satu persatu!

Bisnes Yang Sesuai Buat Surirumah Bekerja Dari Rumah

Bisnes Shaklee ni adalah bisnes yang paling sesuai buat surirumah sepenuh masa sebab kita hanya perlu bekerja dari rumah. Hanya perlu telefon pintar dan juga internet. Jika ada komputer riba tu dah memang bonus sangat kerana ianya lebih memudahkan urusan.

Jika dalam post sebelum ini saya ada ceritakan tentang 3C yang Shaklee TAWARKAN, kali ini saya nak fokus pada C yang pertama iaitu CASH. Bonus tunai Shaklee lebih dari sekadar bayaran mengikut peratusan pada jualan setiap bulan. Ada banyak lagi jenis bonus yang Shaklee tawarkan termasuk untung runcit dari jualan produk.

1) BONUS PERIBADI

Bonus ini adalah dari kiraan jumlah jualan dan mata UV yang dikumpul setiap bulan. Jumlah minimum UV yang diperlukan untuk melayakkan kita mendapat bonus adalah sebanyak 150uv. Setiap awal bulan mata UV  semua Pengedar akan di reset kepada 0uv dan bonus di kira dari jumlah jualan sehingga ke penghujung setiap bulan.

 

2) BONUS KEPIMPINAN

Bonus ini khas buat Pengedar Shaklee yang berpangkat Supervisor dan ke atas yang efektif setiap bulan. Peratus bonus ini meningkat mengikut kenaikan pangkat dalam Shaklee. Lebih ramai Business Leader yang efektif di dalam kumpulan kita, lebih besar kiraan bonus ini. Ianya adalah bonus dari Shaklee sebagai menghargai usaha kita menguruskan kumpulan dan membimbing pengedar di bawah kita.

3) BONUS INFINITI

Bonus ini dibayar setiap bulan kepada pengedar Shaklee yang berpangkat Coordinator dan ke atas dan kekal efektif. Peratusan bonus dikira dari jumlah jualan keseluruhan sesebuah organisasi/kumpulan pada bulan tersebut.

Apa yang penting, Shaklee tak pernah sekali pun missed bayar bonus kepada semua pengedar yang layak setiap 15 haribulan. Bagi surirumah seperti saya, ianya sangat membantu untuk membuat simpanan sendiri dan keluarga demi masa hadapan. Siapa kata surirumah tak perlu wang sendiri, kan?

Kalau dah berminat tu jangan segan silu klik saja pada icon Whatsapp di bawah ya. Saya akan jelaskan dengan lebih lanjut bagaimana membuat kiraan bonus ini supaya kita boleh tulis gaji kita sendiri setiap bulan!

mamavogue

Kelebihan Menjadi Business Leader Shaklee Yang Aktif

Dalam post sebelum ini, saya ada maklumkan tentang KELEBIHAN apabila kita memulakan bisnes bersama Shaklee. Tapi kali ni saya nak kongsikan dengan lebih jelas apa sebenarnya Pelan Perniagaan Shaklee ni. Dengan kata mudah, tawaran hebat dan bonus yg kita layak dapat sekiranya kita menjadi business leader yang aktif dan efektif.

Pertama sekali, saya nak ceritakan tentang 3C iaitu CASH, CAR AND CONVENTION. 3C ini adalah yang paling asas yang layak diterima sekiranya kita seorang pengedar Shaklee yang produktif.

1) CASH

Cash atau tunai ini terbahagi kepada beberapa jenis bonus iaitu keuntungan runcit hasil jualan produk Shaklee, bonus yang diperolehi dari jumlah kutipan UV (minimum 150uv) dan jumlah jualan setiap bulan, bonus kepimpinan dari jumlah UV kumpulan dan juga bonus kenaikan pangkat dan efektif setiap bulan.

Bonus-bonus ini akan dimasukkan ke dalam akaun pada setiap 15haribulan bulan berikutnya. Lagi banyak jualan kita, lagi besar organisasi kita, lebih banyak bonus yang kita dapat kerana bonus Shaklee adalah infiniti. Siapa buat, dia dapat!

2) CAR

Bonus kereta ini bukanlah bermakna kita dapat sebiji kereta dari Shaklee. Tetapi ia adalah Insentif berbentuk tunai yang layak diperolehi dengan memenuhi syarat yang ditetapkan.

3) CONVENTION/CONFERENCE

Insentif yang paling ditunggu-tunggu oleh semua pengedar Shaklee adalah convention atau trip melancong bersama Shaklee bertaraf 6 bintang. Trip melancong bersama Shaklee ada dua jenis iaitu INTERNATIONAL TRIP dan juga REGIONAL TRIP. Trip ini ditaja sepenuhnya oleh Shaklee termasuk duit belanja.

International Trip (trip antarabangsa) adalah pilihan di antara Global Conference di Amerika Syarikat (setiap 2 tahun sekali), melancong ke negara-negara Eropah atau Umrah-Ziarah bagi pengedar Shaklee beragama Islam. Pengedar boleh membuat pilihan salah satu daripada trip melancong atau pun umrah ziarah.

Regional Trip pula adalah trip ke negara-negara serantau seperti Jepun dan Thailand.

Tahun ini, trip antarabangsa bertaraf 6 bintang Shaklee akan berlayar dengan kapal cruise Symphony Of The Sea ke 3 buah negara Mediterranian iaitu Perancis, Itali dan Sepanyol. Menarik kan?

Satu lagi Convention/Conference ini adalah Shaklee National Convention yang diadakan setiap tahun bagi meraikan business leader yang berjaya mengembangkan empayar bisnes dan juga kenaikan pangkat di dalam Shaklee. Semua pengedar Shaklee diraikan dan majlis biasanya di sertai dengan ucapan master-master yang hebat dan penuh inspirasi.

Bersama dengan barisan Business Leader Shaklee yang hebat di Shaklee National Conference 2018

Kesemua 3C ini adalah layak untuk semua pengedar Shaklee yang bergelar Business Leader atau Pemimpin Perniagaan yang efektif dan memenuhi kriteria yang ditetapkan. Bila anda sertai Team Mamavogue, jangan risau sebab saya akan jelaskan dengan lebih terperinci setiap satu dari kelebihan di atas.

Dalam Shaklee, kami sentiasa bersaing secara sihat dan berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan di dalam bisnes ini bersama-sama. Hubungi saya bila-bila masa dengan hanya satu klik di icon Whatsapp di bawah!

mamavogue

Cara Mudah Mendapatkan Produk Shaklee Secara Percuma

Bagi surirumah sepenuh masa seperti saya, agak sukar nak berbelanja untuk diri sendiri sebab tiada pendapatan yang tetap kan? Nak tahu rahsia kekal sihat dan cergas bersama Shaklee tanpa perlu berbelanja lebih? Mari teruskan membaca artikel ini!

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mendaftarkan diri sebagai ahli Shaklee yang sah. Ada dua cara untuk mendaftarkan diri sebagai ahli Shaklee iaitu dengan bayaran RM65.00 ataupun PERCUMA dengan pembelian 200uv (jumlah mata terkumpul).

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

  • Pembelian setiap produk dengan harga yang lebih murah iaitu 15% hingga 20% dari harga jualan
  • Pembelian yang lebih berbaloi-baloi dengan setiap promosi bulanan dari Shaklee
  • Boleh membuat pembelian melalui laman web Shaklee2u dengan mudah dan cepat
  • Kos pos kadar rata yang menjimatkan seluruh Malaysia
  • Bonus tunai yang akan diberikan pada bulan berikutnya sekiranya pembelian mencapai minimum 150uv

Banyak kan kelebihan bila mendaftar sebagai ahli Shaklee yang sah? Paling utama kita dapat berjimat dan terus menikmati produk Shaklee dengan sepenuhnya. Tapi bukan setakat itu sahaja tau. Bagi yang ada perancangan untuk membuat bisnes bersama Shaklee, ada banyak lagi kelebihan yang Shaklee sediakan.

Ingin membuat bisnes Shaklee? Ini kelebihan yang perlu diketahui

  • Untung Runcit – Yang pertama dah tentulah keuntungan tunai yang kita dapat hasil jualan produk Shaklee kepada pelanggan
  • Bonus Kumpulan Peribadi – yang ini adalah bonus dari hasil jualan terkumpul selama sebulan setiap bulan.
  • Bonus Kepimpinan – apabila kita sudah ada kumpulan kita sendiri, kita bertanggungjawab ke atas anak-anak bisnes kita. Maka Shaklee dengan baik hati memberi bonus kepimpinan ini tanpa mengusik sedikitpun bonus anak bisnes kita.
  • Bonus Infiniti – iaitu bonus tanpa had. Bonus kita dibayar mengikut hasil usaha kerja keras kita setiap bulan. So jangan risau ok, tugas kita cuma berkongsi kebaikan Shaklee dengan semua orang.
  • Bonus Kereta – yang ini kita takkan dapat sebiji kereta pun dari Shaklee tetapi kita akan dapat bonus dalam bentuk tunai dan boleh la kita gunakan untuk membayar bulanan kereta sedia ada!
  • Program Duta Emas – satu program yang membolehkan kita melebarkan sayap perniagaan ke peringkat antarabangsa
  • Trip Lawatan Antarabangsa dan Umrah Ziarah – Trip melancong 6 bintang bersama Shaklee dan ditaja sepenuhnya bersama wang belanja.

Daftar Shaklee bersama Team Mamavogue

Saya yakin ada banyak team Shaklee yang hebat di luar sana termasuk juga team saya. Jadi tak usah pening memilih, saya akan senaraikan kenapa kena daftar Shaklee dengan Team Mamavogue yang terbaik ni

  • Team Mamavogue dinaungi oleh group Shaklee yang hebat iaitu iReach Group.
  • Kami mempunyai support group yang mempunyai ukhwah yang kukuh dan bersaing secara sihat. Kami sentiasa saling berkongsi dan bertukar-tukar ilmu dan kepakaran
  • Saya sebagai business leader akan membimbing dan memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak bisnes yang berminat menjana pendapatan dan memajukan diri
  • Sebagai suri rumah, saya ada masa terluang untuk berjumpa secara berdepan, coaching secara face to face dan juga secara dalam talian jika di luar kawasan
  • Saya sangat mementingkan semangat bekerjasama dalam satu pasukan
  • Kelebihan saya yang tinggal berdekatan dengan HQ Shaklee memudahkan saya untuk membeli produk dan menghadiri kelas-kelas nutrisi yang diadakan

Jadi bagaimana nak dapatkan Vitamin atau produk Shaklee secara percuma? Mudah sahaja caranya. Saya terangkan sedikit di sini, dan uolls boleh hubungi saya untuk penerangan yang lebih lanjut ya. Caranya paling mudah, promosikan sahaja vitamin atau produk Shaklee dikalangan kawan-kawan, saudara mara dan jiran tetangga. Kumpulkan order dan buat pembelian. Anda akan terkejut dengan jumlah sebenar harga barangan tersebut sehingga boleh mendapatkan vitamin anda secara percuma!

Jangan berlengah lagi. Makin lama anda tunggu makin jauh peluang nak berjaya bersama dalam Shaklee. Terus hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang bisnes yang hebat ini. Klik saja icon Whatsapp atau Contact Me di bawah ya..

 

Pengedar Shaklee Yang Aktif di Subang Jaya

Assalamualaikum dear readers!

First of all, biar saya kenalkan diri dahulu. Saya, Raha Mohd Iskak atau uolls boleh panggil mamavogue adalah Shaklee Independent Distributor tersohor di Subang Jaya. Buat yang memang dah lama follow blog Diary Nutrisi Mama ni of kos korang tahu mamavogue adalah seorang pengedar Shaklee.

Saya mula join Shaklee pada Oktober 2012 dan pada masa tu saya cuma amalkan satu jenis produk je iaitu GLA COMPLEX. Bila dah amal dan dah rasa kebaikannya, masa tu terus rasa nak kongsikan dengan semua orang sebab saya tahu ramai wanita di luar sana mengalami masalah yang sama dengan saya.

Di tengah-tengah kemeriahan Shaklee National Convention 2018

Saya adalah seorang surirumah sepenuh masa dan menjalankan bisnes Shaklee ini hanya dari rumah. Apa yang menariknya bisnes Shaklee ini, kita tak perlu bersusah payah menyimpan stok dan mengeluarkan modal yang besar. Lokasi saya dengan HQ Shaklee yang terletak di Sunway Geo hanya lah 6km sahaja so kalau uolls memerlukan vitamin atau produk Shaklee, saya boleh mendapatkannya fresh dari HQ dengan segera.

Selain COD di rumah pelanggan sekitar USJ dan Subang Jaya, lokasi biasa COD saya adalah di perkarangan Masjid Al Falah USJ9. Yang di luar kawasan COD pun tak perlu risau, hanya beberapa klik di web Shaklee2u, insya Allah barang uolls selamat sampai ke tangan masing-masing.

Sebagai seorang pengedar Shaklee yang berwibawa, semestinya saya bertanggungjawab untuk memberi konsultasi dan nasihat tentang nutrisi dan vitamin yang diambil oleh pelanggan saya. Pihak Shaklee menyediakan kelas-kelas nutrisi dan kesihatan buat semua pengedarnya. Jadi jangan risau kami semua ni bukan sekadar pandai-pandai, tetapi mendapatkan nasihat dari pakar nutrisi Shaklee.

Akhir sekali buat semua pelanggan dan bakal pelanggan saya, uolls boleh menghubungi saya di

FB : Raha Mohd Iskak

IG : mamahakim_vogue

Atau klik di icon Whatsapp untuk terus mesej saya bila-bila masa.

mamavogue

Azam Di Tahun Baru 2018

Azam tahun baru? Dah masuk bulan Februari dah akak oii..hahah. Nak buat macam mana kan. Bulan Januari dah berlalu dengan kemain laju meninggalkan daku. Tapi tak salah pun kalau daku masih memasang azam di hari kesepuluh bulan Februari ni.

Yang pertama sekali, nak update VISION BOARD. Ada banyak impian yang perlu diatur dan disusun sebaiknya agar ianya terlaksana. Vision Board bukan lagi sekadar tampalan gambar di atas sehelai kertas tetapi disertai dengan doa dan usaha untuk merealisasikannya. Part paling utama ialah nak travel merata dunia.

Sebagai seorang surirumah yang menguruskan segala hal rumah dan anak, daku juga mengisi masa dengan membuat bisnes online. Apalagi kalau bukan bisnes yang rendah risiko ni kan. Bisnes Shaklee ni memang sesuai sangat buat ibu-ibu yang baru bermula nak cuba berbisnes sebab ia tak memerlukan modal yang tinggi. Tak sampai RM100 pun. Tak perlu beli stok dan kalau bijak lagi tak perlu bayar yuran pendaftaran pun dah boleh buat Shaklee.

Maka tahun ini daku memasang azam untuk menjadi inspirasi kepada mak mak sekelian alam yang mahu berbisnes dari rumah. Termasuk juga mak-mak bekerjaya yang mahu mencari wang saku tambahan secara part time. Berapa nilai wang sakunya, anda sendiri yang tentukan 3 atau 4 angka.

Menjadi surirumah ni memang best sebab dapat menjaga dan melihat perkembangan anak-anak setiap hari. Tetapi ianya akan menjadi lagi best kalau sambil-sambil jaga anak, sambil-sambil duit dalam bank beranak pinak. Zaman sekarang ni memang suami isteri perlu saling membantu dalam  menjana ekonomi keluarga yang sihat. Jadi tak salah kan sesekali kita reward encik suami yang dah bersusah payah bekerja 5 hari seminggu dengan percutian ringkas 2 malam dengan duit hasil berbisnes kita dari rumah? Waahhh..

Zaman sekarang ni ada banyak ruang dan peluang untuk kita memajukan diri walau hanya duduk di rumah. Tak perlu risau tentang gaya berpakaian dan tudung. Tak perlu punch in tepat jam 8.00 pagi di pejabat. Kita tentukan masa bekerja dan kita tulis sendiri berapa gaji yang kita mahu. Apa yang penting adalah usaha yang berterusan. Apa yang penting, urusan anak-anak tetap kita laksanakan sebaiknya.

Cabaran Ibu-ibu Yang Bekerja Dari Rumah

Bekerja dari rumah memang sangat trending zaman sekarang ni. Mak-mak ramai yang memilih untuk bekerja dari rumah sambil menjaga dan mendidik anak. Namun cabaran bekerja dari rumah ni sangat besar sebenarnya. Tanpa hati yang kental dan disiplin yang tinggi, memang agak susah untuk fokus dan menjadi lebih produktif.

Cabaran pertama adalah bab pengurusan masa. Mentor saya memang sangat menekankan hal pengurusan masa yang efisyen dan teratur. Yang paling penting adalah to-do-list atau senarai kerja yang boleh dilaksanakan sepanjang hari. Senarai ni penting supaya jadual harian kita teratur, semua task dapat dilaksanakan dengan baik dan tiada yang tertinggal atau terlupa.

To-do-list biasanya kita tulis sebelum tidur untuk keesokan harinya. Bermula dari awal pagi, termasuklah urusan sekolah anak, kerja-kerja harian di rumah dan juga kerja atau bisnes yang perlu dilakukan pada hari itu. Susun jadual sebaiknya dan bahagikan kerja di antara yang perlu dilakukan segera, penting dan kurang penting. Kerja-kerja rumah juga ada yang boleh dilakukan tiga atau empat kali seminggu mengikut keperluan kita.

Cabaran kedua semestinya ragam anak. Walau sehebat mana pun to-do-list kita, hal anak tetap paling utama. Ada masanya anak nak melekap sahaja dan tak mahu ditinggalkan bermain sendiri. Ada masanya anak kurang sihat dan memerlukan perhatian yang lebih. Hal ini memang boleh membuat mak-mak lari fokus jika tidak diatasi dengan sebaiknya.

Cabaran paling tak dijangka adalah hal-hal yang berlaku diluar kawalan kita. Sebagai contoh, dalam jadual kita sepatutnya hantar barang ke pelanggan pada jam 2 petang namun barang yang dipos masih belum dihantar oleh pihak kurier. Ataupun kita dah janji dengan pelanggan untuk bertemu pada waktu tertentu tetapi pelanggan lambat sampai. Atau mungkin juga ada ahli keluarga yang jatuh sakit dan memerlukan perhatian.

Mak mak kena cekap untuk cover balik pengurusan masa yang dah terbazir akibat beberapa perkara yang dijangka tu. Bak kata pepatah, jika mahu seribu daya. Cabaran-cabaran ini lah yang akan menjadikan semangat kita membara untuk terus berusaha. Banyak lagi sebenarnya cabaran yang dihadapi oleh mak mak bekerja dari rumah. Yang saya nyatakan ni hanya sebahagian je.

Walau apa pun yang kita hadapi, insya Allah kita takkan mengalah. Kan?

mamavogue

Pengedar Shaklee Jelita di Sekitar USJ Subang Jaya

Assalamualaikum semua…!

Kemain tajuk kan.. ye la siapa lagi yang nak puji kalau bukan diri sendiri. Saya tahu, peminat Shaklee ni ramai sangat kat luar sana tu. Korang memang dah tahu kebaikan dan manafaat mengamalkan Shaklee secara konsisten. Tapi kadang-kadang terlalu asyik makan vitamin sampai terlupa nak order yang baru. Maka kalutlah korang mencari pengedar Shaklee yang berdekatan untuk order vitamin supaya terus dapat.

Untuk kawasan USJ Subang Jaya ni korang jangan risau. Mamavogue will come to the rescue! Anytime nak order dan COD, just contact saya ye. Dijamin bersama perkhidmatan dan konsultasi terbaik buat pelanggan saya.

Let me introduce myself first.. Haa gittew. Nama penuh saya Raha Mohd Iskak. FB saya juga menggunakan nama yang sama, search je confirm jumpa. Saya seorang surirumah sepenuh masa yang mempunyai seorang anak lelaki yang sangat aktif. Saya dah bersama dengan Shaklee sejak penghujung 2012 lagi.

Selain memberikan konsultasi terbaik, saya sebagai Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya juga boleh menjadi mentor bagi sesiapa yang nak mulakan berbisnes dari rumah terutama surirumah. Jangan risau, bisnes Shaklee tak perlu keluar meeting sampai larut malam. Semuanya hanya di hujung jari je sekarang ni.

Korang akan di guide dari A sampai Z mengenai produk, marketing dan juga beberapa ilmu tambahan seperti cara membuat poster yang cantik-cantik, cara mengambil gambar hanya menggunakan telefon pintar masing-masing dan macam-macam lagi. Jangan tunggu lama-lama tau! Kalau berminat, hubungi terus saya di talian 018-2835 816.

mamavogue

Teknologi Terkini Kuruskan Badan Tanpa Perlu Pembedahan

Baru-baru ni saya dengan rela hati nak join pelancaran Zimmer Z Lipo & Z WavePRO di Talent Lounge Damansara Perdana. Majlis ni sempena memperkenalkan generasi kedua Cryo-Lipolysis iaitu teknik terbaru mendapatkan bentuk badan idaman tanpa perlu menjalani sebarang pembedahan dan menjanjikan kesan yang lebih cepat.

Majlis dimulakan dengan ucapan dari Miss Jess Kong (General Manager Med III Division – Neoasia) dan seterusnya pelancaran dari Medical Director of Elite Laser Clinic yang berasal dari Madrid, Dr. Pablo Naranjo. Beliau menjelaskan dengan terperinci bagaimana Zimmer Z Lipo & Z WavePRO bertindak dan membantu membuang lemak dengan berkesan tanpa sebarang rasa sakit.

Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Dr. Micheal Ingargiola iaitu seorang pakar bedah plastik, rawatan ini telah menjana purata sebanyak 20% daripada pengurangan lapisan lemak selepas beberapa bulan. Dengan gabungan kedua-duanya, kesan penurunan berat badan akan lebih cepat, efektif dan tahan lama.

Saya sertakan gambar-gambar di sekitar majlis pelancaran Zimmer Z Lipo & Z WavePRO. Siap ada pelukis karikatur dan penulis tulisan kaligrafi tau.

Miss Jess Kong

The Experts
Zimmer Z Lipo & Z WavePRO Shockwave Therapy
Kaligrafi dan karikatur

Kelebihan Z LIPO & Z WAVEPRO

  • Generasi kedua Cryo-Lipolysis oleh Zimmer Z Lipo & Z WavePRO
  • Kejuruteraan Jerman
  • Diluluskan US FDA dengan kombinasi shockwave
  • Lebih dari sekadar membuang lemak! (merawat selulit dan kulit menggeleber)
  • Tiada kesan sampingan yang melampau
  • Tidak menyakitkan
  • Hanya sedikit rasa tidak selesa ketika rawatan
  • Keputusan yang ketara
  • Tempoh masa rawatan hanya 60minit
  • Bayaran minimum sebanyak RM1,500 ke RM1,800 bergantung kepada bahagian yang mahu dirawat

Kalau ada yang berminat nak dapatkan rawatan ni, boleh lah berkunjung ke klinik-klinik yang saya nyatakan di bawah :

  1. TDOX Clinic – 51B, Jalan SS21/37, Uptown 37, 47400 Petaling Jaya, Selangor (03-7733 7768)
  2. Esadsa House – Lot 51, 7th Floor Signature Office, The Boulevard Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur (03-2287 8569)
  3. Ageless Medispa & Clinic – 257, Jalan Maarof, Bangsar Park, 59000 Kuala Lumpur (03-2095 0458)
  4. RE Plastic Surgery Clinic – A4-UG1-03 Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur (03-6207 9004)
  5. The Life Clinic – Lot 6-2A Jalan Batai, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur (03-2856 9292)

Ada juga rakan blogger yang dah mencuba rawatan ini, kalau nak tahu lebih lanjut boleh la tengok link INI. Mereka diberi penerangan yang jelas sebelum melakukan rawatan ini. Seronok kan?

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi laman web ini http://zimmer-aesthetics.com.my

Tips Mendapatkan Vitamin Shaklee Secara Percuma

Selama berbisnes Shaklee ni kan ada juga suara berkata-kata ke saya yang produk ni harga agak mahal. Tak mampu nak menten beli tiap-tiap bulan. Lagi-lagi suri rumah yang takde pendapatan, hanya bergantung kepada wang yang diberi oleh suami.

Tetapi sebenarnya ada cara yang lebih baik untuk mak mak ni menten sihat dan cantik dengan Shaklee. Ini la peluang yang Shaklee beri pada saya dan semua orang. Peluang untuk mengamalkan vitamin Shaklee, berkongsi dengan semua dan seterusnya menambah pendapatan. Sebagai seorang surirumah, saya ada pendapatan sendiri dan tetapkan sebahagian daripadanya untuk beli suplemen setiap bulan.

Almaklum, kita mak mak ni memang kena sentiasa sihat dan bertenaga supaya kita boleh jaga keluarga. Kalau tak sihat pun, takde la terbaring lemah je. Masih lagi boleh uruskan anak ke sekolah dan suami ke tempat kerja. Masih mampu selesaikan urusan rumahtangga.

Semuanya bermula dengan 1 produk yang kita dah cuba (macam saya bermula dengan GLA Complex) dan kita kongsikan kebahagiaan kita tu dengan semua orang. Kongsikan apa yang kita rasa dan kesan pengambilan vitamin tu dengan semua. Lepas tu insya Allah kita akan berpeluang untuk menambah pendapatan di samping menikmati produk-produk Shaklee lain yang memang ohsem tu!

Shaklee_Subang_Jaya

Sejujurnya saya dah cuba hampir semua suplemen Shaklee tau! Kecuali DTX, Phytocol ST dan Advanced Joint Tablet. Semua pun saya suka dan mendapat hasil yang sangat positif. Kalau di suruh pilih mana satu suplemen yang paling saya suka, memang tak tahu nak pilih yang mana.

Selain suplemen, ada juga set penjagaan kulit muka, set penjagaan rambut, jag penapis air, krim serbaguna Herbal Blend, set Get Clean (sabun pencuci baju, pencuci pinggan, pelembut dan Basic H). Pilih saja yang mana satu pilihan hati.

Rugi sangat jadi Shaklee Independent Distributor kalau tak rebut semua peluang yang diberi dan cuba semua produk. Apa yang pasti semua produk Shaklee adalah selamat, semulajadi dan diyakini keberkesanannya. Pastikan saja korang dapatkan dari pengedar yang bertauliah macam saya 😉