Trusted Pengedar Vivix Shaklee USJ Subang Jaya

Ada yang mencari-cari di mana nak beli Vivix? Bagi kawasan USJ Subang Jaya, Sunway, Shah Alam, Puchong dan sekitarnya boleh la dapatkan daripada saya. Saya akan pastikan uolls dapat Vivix yang fresh dari HQ Shaklee.

Saya seorang trusted seller dan juga pengamal tegar Vivix Shaklee ni. So jangan risau sebarang persoalan tentang Vivix insya Allah akan saya jawab. Kalau tak dapat jawab, saya akan rujuk kepada pakar nutrisi yang bertauliah dari HQ.

..

Kenapa kena beli Vivix dari saya?

  1. Saya sudah mula menjadi pengedar Shaklee yang aktif sejak tahun 2013
  2. Saya mengamalkan vitamin Shaklee sejak 2012
  3. Saya mula mengamalkan Vivix Shaklee pada 2015
  4. Jarak rumah saya dengan HQ Shaklee kurang dari 5km, memudahkan saya mendapatkan vitamin dan Vivix fresh untuk uolls.

Pembelian Vivix juga boleh dibuat melalui online. Hanya klik-klik di laman web shaklee2u, Vivix akan sampai ke rumah uolls serata Malaysia TANPA sebarang kos pos. Memang berbaloi kan? Nak tahu rahsia dapat beli dengan harga ahli? Saya kongsikan di bawah.

..

Dengan pembelian Twin Pack Vivix iaitu 2 botol Vivix, uolls boleh dapat KEAHLIAN PERCUMA maka secara automatik uolls dapat beli dengan HARGA AHLI. Bulan hadapannya akan dapat bonus tunai dari Shaklee. Penjimatan berbaloi-baloi kan? Tak perlu bayar yuran pendaftaran, tak perlu bayar kos pos dan tak perlu bersusah payah nak survey harga lagi sebab dah tentu dapat beli dengan harga ahli.

So tunggu apa lagi?

..

Hubungi saya

..

Testimoni Vivix dengan Diabetes

Testimoni Vivix dengan Vertigo

Testimoni Vivix sebagai Anti-penuaan

Testimoni Vivix sebagai Energy Booster

Testimoni Vivix dengan Darah Tinggi

mamavogue

Pengedar Shaklee Yang Aktif di Subang Jaya

Assalamualaikum dear readers!

First of all, biar saya kenalkan diri dahulu. Saya, Raha Mohd Iskak atau uolls boleh panggil mamavogue adalah Shaklee Independent Distributor tersohor di Subang Jaya. Buat yang memang dah lama follow blog Diary Nutrisi Mama ni of kos korang tahu mamavogue adalah seorang pengedar Shaklee.

Saya mula join Shaklee pada Oktober 2012 dan pada masa tu saya cuma amalkan satu jenis produk je iaitu GLA COMPLEX. Bila dah amal dan dah rasa kebaikannya, masa tu terus rasa nak kongsikan dengan semua orang sebab saya tahu ramai wanita di luar sana mengalami masalah yang sama dengan saya.

Di tengah-tengah kemeriahan Shaklee National Convention 2018

Saya adalah seorang surirumah sepenuh masa dan menjalankan bisnes Shaklee ini hanya dari rumah. Apa yang menariknya bisnes Shaklee ini, kita tak perlu bersusah payah menyimpan stok dan mengeluarkan modal yang besar. Lokasi saya dengan HQ Shaklee yang terletak di Sunway Geo hanya lah 6km sahaja so kalau uolls memerlukan vitamin atau produk Shaklee, saya boleh mendapatkannya fresh dari HQ dengan segera.

Selain COD di rumah pelanggan sekitar USJ dan Subang Jaya, lokasi biasa COD saya adalah di perkarangan Masjid Al Falah USJ9. Yang di luar kawasan COD pun tak perlu risau, hanya beberapa klik di web Shaklee2u, insya Allah barang uolls selamat sampai ke tangan masing-masing.

Sebagai seorang pengedar Shaklee yang berwibawa, semestinya saya bertanggungjawab untuk memberi konsultasi dan nasihat tentang nutrisi dan vitamin yang diambil oleh pelanggan saya. Pihak Shaklee menyediakan kelas-kelas nutrisi dan kesihatan buat semua pengedarnya. Jadi jangan risau kami semua ni bukan sekadar pandai-pandai, tetapi mendapatkan nasihat dari pakar nutrisi Shaklee.

Akhir sekali buat semua pelanggan dan bakal pelanggan saya, uolls boleh menghubungi saya di

FB : Raha Mohd Iskak

IG : mamahakim_vogue

Atau klik di icon Whatsapp untuk terus mesej saya bila-bila masa.

mamavogue

Hanya Stress Atau Benar-benar Depresi..

Pernah satu ketika daku membuat pengakuan terbuka pada beberapa orang kawan rapat tentang depresi yang melanda diri. Antara respon mereka, ada yang cuba menasihati, ada yang sekadar mengiyakan, ada yang bertanya dan ada juga yang benar-benar prihatin.

“Banyakkan berzikir, Raha. Ingat Allah. Jangan bersendirian nanti dihasut syaitan”

“Oh iye? Tak nampak macam Raha ada depression pun”

“Raha OK? Banyak fikir ke ni?”

“Raha jangan bersendirian OK. Cari kitorang bila rasa ada masalah. Kalau rasa tak boleh sangat, cepat pergi hospital”

Its okay.. Sekurang-kurangnya mereka memberi respon dan membalas mesejku. I was diagnosed by psychiatrist, bukan suka-suka mengaku depresi.

Satu perkara yang paling ketara ialah kadang-kadang diri sendiri pun tak perasan yang emosi sedang terganggu dan stress. Biasanya nanti susah nak tidur, sakit-sakit badan, perut bloating, rasa ketengangan di kawasan tengkuk dan juga period kelewatan. Pernah lewat sampai 2 minggu pun. Dan pastinya, jerawat naik dengan meriah di muka.

Kalau diri sendiri pun kadang tak perasan, atau sebenarnya dah imun dengan ‘rasa’ depresi tu apetah lagi kawan-kawan. Zaman serba serbi canggih ni biasanya kita ambil tahu hal sekeliling kita dengan hanya dari media sosial. Apa yang kawan kita update, itulah yang kita terima dan percaya. Ataupun hanya berbual gembira di dalam whatsapp group. Bukan nampak muka pun kan. Thats why I said depression has no face.

Usually, by the time I realize that I am actually emotionally depressed is when I started to get easily annoyed and irritated even by smallest issue in the world. Kadang-kadang terkena juga tempiasnya pada si anak. Kesian sangat tengok muka si anak bila dia tak tahu macam mana nak respon pada emosi turun naik maknya ni.

Tapi Allah Maha Baik.

Asbab anak ini juga daku sedaya upaya mengawal emosi sendiri. Insya Allah setakat ni kasih sayang terhadap si anak berjaya mengatasi semuanya. Stress masih mampu di lipat kemas dan disorok di lubuk hati paling dalam bila si anak memerlukan maknya. Sebab tu juga Allah beri anak yang clingy ni supaya maknya tak berapa nak ada masa memikirkan pasal emosi yang menentu.

Why am I writing all this? Macam membuka pekung di dada rasanya. Atau sekadar meminta simpati. Taklah.. sebenarnya saat menaip setiap patah perkataan ini terasa seperti ada sedikit perasaan lega sebab dapat meluahkannya. Even its only just 1% of it. Umpama sebutir pasir dari timbunan pasir yang besar terbang dibawa angin.

Terima kasih sebab sudi baca sampai habis. and I would appreciate very much if you share this or any article about depression from my blog to anyone you know who had depression. Just to remind them that they are not alone.

mamavogue

Shaklee Business Leader National Conference 2018

Sejujurnya daku tak dapat jemputan pun untuk menghadiri Shaklee Business Leader National Conference ni. Ianya satu jeputan eksklusif untuk mereka yang naik rank dan kekal efektif dan ada beberapa syarat yang lain. Conference yang diadakan hari Sabtu lepas (3.2.2018) di Sunway Convention Centre ni adalah untuk meraikan para business leader dan juga memperkenalkan produk kecantikan terbaru dalam Shaklee iaitu YOUTH.

My big iReach Family

Tujuan asal ke Sunway Piramid petang tu adalah memenuhi undangan geng G7 yang bakal berlepas ke Osaka, Jepun pada 18 Mac 2018 akan datang. Nama daku juga ada dalam senarai tetapi masih mengharapkan sebuah keajaiban agar dapat turut serta.

Sebelum datang, otak dah fikir 100 kali nak pergi atau tak. Hati berbolak balik nak batalkan je pertemuan tu. Atau janji terus jumpa di mall. Tapi mereka yang terlibat masih ada di convention centre. Maka petang tu daku melangkah dengan penuh debaran di dada menuju ke dewan. Tahu dah ada beribu keluarga Shaklee ku di sekitar dewan. Mata terus mengelak dari memandang tepat ke arah mereka.

G7 Jejak Jepun bersama Master Norita

I was too scared to see them. I was feeling down. I was so nervous that i kept avoiding people even though I know them. I just make a quick hi and hugs the ones who recognize me. I don’t really want to meet those beautiful souls who always care about me unconditionally. I feel like I don’t belong in their league.

Anywhere anytime.. asal boleh asal jadi..hihi

But then Allah is The Best Planner after all. Daku ‘terpaksa’ juga berjumpa dengan mereka sebab Allah dah aturkan macam tu. Allah Knows Best.

Rupa-rupanya those beautiful souls still recognize me. They still care about me. Their hugs still the same as before, their words always soothe my aching heart. They never judge. They never ask. They just want the best for me. They always be there for me. How come I forget all that? Macam mana daku boleh lupa nikmat Allah yang satu ni? Nikmat sahabat yang sangat ku hargai.

One of those beautiful souls who never let me down

Thank you Allah

Thank you Shaklee. Because of you, I get to know these beautiful inside out friends.

Thank you sisters for the sister hugs, for the love and care. I will treasure our friendship till the end of my life. Love you Lillahi Taala.

mamavogue

Depression is Real It Has No Face

Depression? Ada yang seram dengar perkataan ni kan. Macam ‘taboo’ pulak rasanya. Sesuatu yang tak patut disebut-sebut apetah lagi dihebahkan kepada orang disekeliling.

I’m here to write about depression from my very own point of view. Menulis sebagai seorang yang pernah dan sedang mengalami depresi. Menulis dari pengalaman sendiri, bukan dari sudut pandangan profesional mahupun pakar psikiatri. Idea menulis pengalaman sendiri ni muncul ketika event Shaklee pada hari Sabtu (3.2.2018)  yang lepas ketika memandang wajah mentor kesayangan (you know who you are dear)

Firstly, I never knew I was depressed. All I know was I need to take sleeping pills since I started feeling lonely, anxiety and had insomnia. That was when I was 18 years old. I started seeing doctors on my own and they prescribed me with sleeping pills. Dan sejak itu lah daku bergantung pada sleeping pills. Asal habis je terus gi jumpa doktor.

Daku tahu ramai kawan-kawan akan terkejut bila baca pasal ni. That’s why I said, depression has no face. I can laugh all day when I’m with friends, I can be your shoulder to cry on and I can also be a good listener but deep down inside I had a demon that secretly hiding in my heart. Oh..do I really have a heart? Because sometimes I don’t feel it beating inside me.

Jujurnya daku tak boleh duduk bersendirian. Walaupun ketika depresi daku lebih suka duduk seorang diri. Tetapi ketika itulah segala macam berita, ramalan cuaca mahupun imaginasi pelik akan berlegar-legar di fikiran. Daku masih ingat ketika masih di sekolah menengah, daku biasa duduk berkurung sendirian dalam bilik. Rasa takut nak hadapi dunia. Ingatkan masa tu cuma akibat perubahan fasa masa remaja.

Agak-agak apa yang buatkan daku depres ye? Sebenarnya diri sendiri pun takde jawapan yang tepat. I’m not sure what really trigger that emotional feeling. Kadang-kadang rasa macam loser! Rasa macam kelahiranku atas dunia ni takde fungsi dan hanya akan menyusahkan orang di sekeliling. Feels like I don’t belong in the society, I don’t have any story to share, I don’t have anyone to talk to. Feels like no one will understand me. So I choose to be alone but then again all sort of things and imagination will run wild in my head.

What should I do then? Should I go out and talk to someone? Should I just sit in the park where there are lots of people and watch them? Tak tahu.. Serius tak tahu nak buat apa. Dan bukan kali pertama si anak ‘tangkap’ mama nya yang tiba-tiba mengalirkan airmata. Dengan muka pelik dia akan tanya ‘Mama kenapa nangis?’

This is just the beginning.. you guys will read a lot more story about my depression later. I finally decided to blog about it to keep track of how many time do I feel like this. For the sake of my family, for my son. I need a healthy mind and body so I can take care of my family for the rest of my life. And I don’t want to be a burden to them.  If you are reading this till the end, please pray for me. It really means a lot to me.

mamavogue

Kenangan 2017 Yang Takkan Luput Diingatan

Penghujung 2017 agak menyakitkan untuk dikenang. Malah bulan Januari 2018 pun seakan tak sedar ianya berlalu meninggalkan daku. Tetapi siapa lah kita nak menidakkan takdir Allah. Ku pasti segalanya ada hikmah di sebalik segala yang berlaku,

Alkisahnya 28 Disember 2017 jam 9.30 malam kami sekeluarga ke Main Place untuk mencari thermal wear buat encik suami yang akan outstation ke negara eropah beberapa hari lagi. Dengan tak diduga, si anak terjatuh ketika seronok berlari dan separuh tangannya terkulai ketika diangkat. Panik!! Kami suami isteri sangat panik. Terus dukung dia ke kereta dan berpusing dua kali di jalan yang sama sambil fikir ke hospital mana yang harus kami tuju. Akhirnya kami ke Emergency Department Hospital Serdang.

Setelah di x-ray, terbuktilah tangan kanan si anak patah dan sikunya teralih (dislocated). Pasrah dan redha mama menerima berita dari doktor Ortho. Setelah confirm anak akan ke wad, mama drive kereta balik ke rumah untuk ambil baju dan kelengkapan lain. Encik suami yang teman anak ke wad. Allah..perasaan masa tu tak boleh nak fikir dah. Blank terus rasanya. Lebih kurang jam 3 pagi mama sampai kembali ke hospital dan bermulalah ‘percutian’ kami di hospital semalam 14 hari.

Sepanjang 2 minggu di hospital, banyak perkara yang membuka mata sebenarnya. Banyak benda yang Allah nak tunjukkan dan memberi pengajaran. Walaupun kurang selesa tidur di wad tetapi daku dapat solat awal waktu setiap kali sebab tiada gangguan dan urusan kerja yang lain. Masa juga lebih terluang untuk membaca dan mengaji. Mujur juga encik suami masih disisi. Tarikh oustation ditangguh ke pertengahan Januari.

Sakit pun senyum.. terima kasih sebab awak kuat, maka mama pun kuat

Selain menguji tahap kesabaran dengan sikap beberapa orang lain yang sama-sama duduk di wad, daku belajar untuk lebih bertoleransi dan bertolak ansur. Belajar untuk lebih memahami dan tidak menghakimi. Belajar mendidik hati supaya lebih merendah diri. Dan juga menghargai kesihatan yang dianugerahkan Ilahi.

Allah Maha Baik. Allah Maha Mengetahui. Alhamdulillah doa yang tak putus-putus dari kawan-kawan dimakbulkan Allah. Mereka ini yang tak henti-henti bertanya khabar dan memberi sokongan dan semangat.

Selepas keluar dari wad, bermula lah rutin rawatan susulan di hospital. Mohon doakan daku terus kuat. Dan terima kasih kerana sentiasa mendoakan anakku terus sihat.

mamavogue

Bagaimana Shaklee Mengubah Hidup Saya 360°

Saya mengenali Shaklee ketika masih bekerja di bangunan Empire Subang jaya satu ketika dulu. Masa tu Home Office Shaklee terletak di tingkat 3A dan pejabat saya di tingkat 12. Memang setiap kali turun naik akan terserempak dan ternampak Shaklee ni. Tapi entah kenapa hati masih belum terbuka nak mengenali lebih rapat dengan Shaklee.

Sejak tahun 2011 saya telahpun mula aktif berblogging dan menemui ramai kawan baru dalam dunia blog. Tahun 2012, salah seorang sahabat blog memberitahu yang dia sudahpun menjadi pengedar sah Shaklee dan hati saya terus terpikat nak sign up dengan dia dan mula mengambil produk Shaklee.

 

Maka sejak Oktober 2012, bermula lah kisah cinta saya bersama Shaklee. Saya hanya amalkan satu jenis produk je masa tu iaitu GLA Complex. Dan saya juga mula berbisnes bermula dengan hanya satu produk. Sehingga tahun 2017 ni, saya dah amalkan hampir semua produk Shaklee yang ada. Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal, pasti tak boleh lupa.

GLA Complex

GLA Complex dan Shaklee benar-benar mengubah hidup saya selepas itu. Dari seorang yang selalu sakit senggugut dan migrain ketika haid, akhirnya saya bebas dari semua tu. Bayangkan bertahun saya menderita sakit perut berguling-guling, pendarahan berlebihan, hormon yang tak stabil. Namun selepas amalkan GLA Complex dengan konsisten dan beberapa suplemen lain, Alhamdulillah akhirnya saya rasa lebih sihat bertenaga.

Itu dari segi kesihatan. Shaklee juga mengubah kehidupan dan pandangan saya terhadap dunia dan akhirat. Saya bertuah kerana menyertai kumpulan dan mentor yang betul. Sepasang suami isteri pengasas iReach banyak mengajar saya tentang kehidupan kita bukan sekadar mencukupi untuk kita sekeluarga sahaja.

Mereka berdua berjaya menyerlahkan potensi diri yang selama ini tidak saya sedari. Jika sebelum ni selalu rasa seperti tak mampu, tak boleh dan tak dapat, kini saya rasa lebih positif dan yakin. Saya juga belajar untuk bergantung sepenuhnya kepada Allah swt selepas kita berusaha sehabis baik. Allah Maha Baik, saya kini sentiasa meletakkan keredhaan Allah dalam setiap perbuatan.

Banyak lagi yang mahu saya kongsikan tentang bagaimana Shaklee mengubah kehidupan saya 100%. Saya benar-benar bersyukur kerana Allah pertemukan saya dengan kumpulan Shaklee yang sangat awesome ni! insya Allah saya akan sambung penulisan ini di masa akan datang.

mamavogue

Pengedar Shaklee Jelita di Sekitar USJ Subang Jaya

Assalamualaikum semua…!

Kemain tajuk kan.. ye la siapa lagi yang nak puji kalau bukan diri sendiri. Saya tahu, peminat Shaklee ni ramai sangat kat luar sana tu. Korang memang dah tahu kebaikan dan manafaat mengamalkan Shaklee secara konsisten. Tapi kadang-kadang terlalu asyik makan vitamin sampai terlupa nak order yang baru. Maka kalutlah korang mencari pengedar Shaklee yang berdekatan untuk order vitamin supaya terus dapat.

Untuk kawasan USJ Subang Jaya ni korang jangan risau. Mamavogue will come to the rescue! Anytime nak order dan COD, just contact saya ye. Dijamin bersama perkhidmatan dan konsultasi terbaik buat pelanggan saya.

Let me introduce myself first.. Haa gittew. Nama penuh saya Raha Mohd Iskak. FB saya juga menggunakan nama yang sama, search je confirm jumpa. Saya seorang surirumah sepenuh masa yang mempunyai seorang anak lelaki yang sangat aktif. Saya dah bersama dengan Shaklee sejak penghujung 2012 lagi.

Selain memberikan konsultasi terbaik, saya sebagai Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya juga boleh menjadi mentor bagi sesiapa yang nak mulakan berbisnes dari rumah terutama surirumah. Jangan risau, bisnes Shaklee tak perlu keluar meeting sampai larut malam. Semuanya hanya di hujung jari je sekarang ni.

Korang akan di guide dari A sampai Z mengenai produk, marketing dan juga beberapa ilmu tambahan seperti cara membuat poster yang cantik-cantik, cara mengambil gambar hanya menggunakan telefon pintar masing-masing dan macam-macam lagi. Jangan tunggu lama-lama tau! Kalau berminat, hubungi terus saya di talian 018-2835 816.

mamavogue

Keberkatan Apabila Kita Mengurus Masa Dengan Sebaiknya

Minggu lepas, masa duk dating bersarapan berdua dengan encik suami tetiba kami bersembang isu yang serius. Selalunya jarang sangat nak sembang gitu. Tetapi kebetulan masa tu di sekeliling kami kelihatan semua orang terkejar-kejar dengan urusan masing-masing. Macam tak cukup masa je semuanya.

Sebenarnya kan semua orang ada masa yang sama, 24 jam sehari. Tapi saya ade seorang mentor yang buat kerja macam dia ada 48jam sehari. Dia seorang mak anak 4, 3 daripadanya dah sekolah. Yang bongsu pula masih duk melekat macam gam gajah.

Sebenarnya dulu-dulu sebelum jadi mak, memang respect abis dengan mak mak sekelian alam. Macam mana dorang urus anak-anak, suami dan rumah dari pagi sampai malam. Saya selalu perhatikan macam mana dorang susun masa. Lepas solat, doa ringkas dan terus bangun sambung selesaikan kerja seharian.

Bila sendiri dah jadi mak, ya ampunnn.. letih yakmat!! Nak pula saya ni ada insomnia, berganda letih sebab tak cukup tido.

Tapi tu dulu-dulu.. jaman dahulu kala..

Lepas kenal ngan mentor ni, korek rahsia dia macam mana dia buat kerja macam ada 48jam sehari. Jawapannya mudah sangat, minta dengan Allah. Aduh!! Macam mana pulak nak minta-minta ni? Nak doa macam mana? Boleh dapat ke 48jam sehari?

Mentor saya ni memang seorang yang sangat hebat! Dia seorang suri rumah tanpa maid dan uruskan semuanya sendiri. Termasuklah bisnes Shaklee. Bukan sikit-sikit tau anak bisnes dia, ribu-ribu lemon okeh!

Selain uruskan rumahtangga dia tetap ada masa untuk sediakan projek untuk anak bisnes (bukan 1 group tau, tapi 10 group agaknya), coaching, travel lagi, fikirkan strategi, planning bisnes dan macam-macam lagi lah. Serius! Macam dia seorang yang ada 48jam sehari.

Selalu terfikir, superwoman kah dia? Tak perlu tidur kah? Memasak guna kayu magic kah?

Awal tahun ni, saya bangun awal setengah jam untuk siapkan bekal anak ke sekolah. Tapi tak sempat tahajjud. Cer bayangkan??

Bangun tido je terus masuk dapur. Tapi still rasa kelam kabut, tak cukup masa. Terkejar-kejar nak siapkan semuanya. Si anak pula suka la buat drama pepagi. Tak boleh buka mata lah, tak boleh berdiri lah, tangan lembik lah.. Padahal bila dah siap elok je seronok nak ke sekolah.

Lepas tu saya usaha juga tahajjud dulu baru masuk dapur. Tak lari pun dapur tu kann.. elok je boleh masak lepas solat. Tapi rasa lain sangat-sangat. Rasa lebih lapang, rasa lebih teratur. Padahal sama je rutin tiap pagi memasak.

Masa tu baru saya faham dan jelas dengan kata-kata mentor ni. Minta dengan Allah. Jaga hubungan dengan Allah. Solat awal waktu, solat sunat setiap hari dan mengaji. Insya Allah yang lain-lain akan lebih lancar.

Tapi sekali lagi saya fikir, mak mak ni tak boleh nak duk lama-lama atas sejadah lepas solat. Kerja banyak lagi ni. Lagi-lagi lepas asar, terus kelam-kabut siapkan dinner pulak (asek kelam kabut je ko ni pun). So macam mana nak zikir panjang-panjang? Nak baca Almathurat? Cane nak mengaji?

Kita ni kannn.. belum buat dah kata susah! Sape macam saya sila mengaku 🙈

Sambil masak pun boleh zikir, sambil potong bawang pun boleh mengaji.. aduhhh.. kenapa nak susahkan benda yang senang? Yang penting kita buat. Takde syarat pun kena duduk atas sejadah baru boleh baca quran.

Yang paling manis, pahala kita dapat, masakan kita pun lebih lazat sebab ditambah zikir dan ayat Alquran 😍

Setuju tak mak mak?

mamavogue

Tips Mendapatkan Vitamin Shaklee Secara Percuma

Selama berbisnes Shaklee ni kan ada juga suara berkata-kata ke saya yang produk ni harga agak mahal. Tak mampu nak menten beli tiap-tiap bulan. Lagi-lagi suri rumah yang takde pendapatan, hanya bergantung kepada wang yang diberi oleh suami.

Tetapi sebenarnya ada cara yang lebih baik untuk mak mak ni menten sihat dan cantik dengan Shaklee. Ini la peluang yang Shaklee beri pada saya dan semua orang. Peluang untuk mengamalkan vitamin Shaklee, berkongsi dengan semua dan seterusnya menambah pendapatan. Sebagai seorang surirumah, saya ada pendapatan sendiri dan tetapkan sebahagian daripadanya untuk beli suplemen setiap bulan.

Almaklum, kita mak mak ni memang kena sentiasa sihat dan bertenaga supaya kita boleh jaga keluarga. Kalau tak sihat pun, takde la terbaring lemah je. Masih lagi boleh uruskan anak ke sekolah dan suami ke tempat kerja. Masih mampu selesaikan urusan rumahtangga.

Semuanya bermula dengan 1 produk yang kita dah cuba (macam saya bermula dengan GLA Complex) dan kita kongsikan kebahagiaan kita tu dengan semua orang. Kongsikan apa yang kita rasa dan kesan pengambilan vitamin tu dengan semua. Lepas tu insya Allah kita akan berpeluang untuk menambah pendapatan di samping menikmati produk-produk Shaklee lain yang memang ohsem tu!

Shaklee_Subang_Jaya

Sejujurnya saya dah cuba hampir semua suplemen Shaklee tau! Kecuali DTX, Phytocol ST dan Advanced Joint Tablet. Semua pun saya suka dan mendapat hasil yang sangat positif. Kalau di suruh pilih mana satu suplemen yang paling saya suka, memang tak tahu nak pilih yang mana.

Selain suplemen, ada juga set penjagaan kulit muka, set penjagaan rambut, jag penapis air, krim serbaguna Herbal Blend, set Get Clean (sabun pencuci baju, pencuci pinggan, pelembut dan Basic H). Pilih saja yang mana satu pilihan hati.

Rugi sangat jadi Shaklee Independent Distributor kalau tak rebut semua peluang yang diberi dan cuba semua produk. Apa yang pasti semua produk Shaklee adalah selamat, semulajadi dan diyakini keberkesanannya. Pastikan saja korang dapatkan dari pengedar yang bertauliah macam saya 😉