Hanya Stress Atau Benar-benar Depresi..

Pernah satu ketika daku membuat pengakuan terbuka pada beberapa orang kawan rapat tentang depresi yang melanda diri. Antara respon mereka, ada yang cuba menasihati, ada yang sekadar mengiyakan, ada yang bertanya dan ada juga yang benar-benar prihatin.

“Banyakkan berzikir, Raha. Ingat Allah. Jangan bersendirian nanti dihasut syaitan”

“Oh iye? Tak nampak macam Raha ada depression pun”

“Raha OK? Banyak fikir ke ni?”

“Raha jangan bersendirian OK. Cari kitorang bila rasa ada masalah. Kalau rasa tak boleh sangat, cepat pergi hospital”

Its okay.. Sekurang-kurangnya mereka memberi respon dan membalas mesejku. I was diagnosed by psychiatrist, bukan suka-suka mengaku depresi.

Satu perkara yang paling ketara ialah kadang-kadang diri sendiri pun tak perasan yang emosi sedang terganggu dan stress. Biasanya nanti susah nak tidur, sakit-sakit badan, perut bloating, rasa ketengangan di kawasan tengkuk dan juga period kelewatan. Pernah lewat sampai 2 minggu pun. Dan pastinya, jerawat naik dengan meriah di muka.

Kalau diri sendiri pun kadang tak perasan, atau sebenarnya dah imun dengan ‘rasa’ depresi tu apetah lagi kawan-kawan. Zaman serba serbi canggih ni biasanya kita ambil tahu hal sekeliling kita dengan hanya dari media sosial. Apa yang kawan kita update, itulah yang kita terima dan percaya. Ataupun hanya berbual gembira di dalam whatsapp group. Bukan nampak muka pun kan. Thats why I said depression has no face.

Usually, by the time I realize that I am actually emotionally depressed is when I started to get easily annoyed and irritated even by smallest issue in the world. Kadang-kadang terkena juga tempiasnya pada si anak. Kesian sangat tengok muka si anak bila dia tak tahu macam mana nak respon pada emosi turun naik maknya ni.

Tapi Allah Maha Baik.

Asbab anak ini juga daku sedaya upaya mengawal emosi sendiri. Insya Allah setakat ni kasih sayang terhadap si anak berjaya mengatasi semuanya. Stress masih mampu di lipat kemas dan disorok di lubuk hati paling dalam bila si anak memerlukan maknya. Sebab tu juga Allah beri anak yang clingy ni supaya maknya tak berapa nak ada masa memikirkan pasal emosi yang menentu.

Why am I writing all this? Macam membuka pekung di dada rasanya. Atau sekadar meminta simpati. Taklah.. sebenarnya saat menaip setiap patah perkataan ini terasa seperti ada sedikit perasaan lega sebab dapat meluahkannya. Even its only just 1% of it. Umpama sebutir pasir dari timbunan pasir yang besar terbang dibawa angin.

Terima kasih sebab sudi baca sampai habis. and I would appreciate very much if you share this or any article about depression from my blog to anyone you know who had depression. Just to remind them that they are not alone.

mamavogue

Depression is Real It Has No Face

Depression? Ada yang seram dengar perkataan ni kan. Macam ‘taboo’ pulak rasanya. Sesuatu yang tak patut disebut-sebut apetah lagi dihebahkan kepada orang disekeliling.

I’m here to write about depression from my very own point of view. Menulis sebagai seorang yang pernah dan sedang mengalami depresi. Menulis dari pengalaman sendiri, bukan dari sudut pandangan profesional mahupun pakar psikiatri. Idea menulis pengalaman sendiri ni muncul ketika event Shaklee pada hari Sabtu (3.2.2018)  yang lepas ketika memandang wajah mentor kesayangan (you know who you are dear)

Firstly, I never knew I was depressed. All I know was I need to take sleeping pills since I started feeling lonely, anxiety and had insomnia. That was when I was 18 years old. I started seeing doctors on my own and they prescribed me with sleeping pills. Dan sejak itu lah daku bergantung pada sleeping pills. Asal habis je terus gi jumpa doktor.

Daku tahu ramai kawan-kawan akan terkejut bila baca pasal ni. That’s why I said, depression has no face. I can laugh all day when I’m with friends, I can be your shoulder to cry on and I can also be a good listener but deep down inside I had a demon that secretly hiding in my heart. Oh..do I really have a heart? Because sometimes I don’t feel it beating inside me.

Jujurnya daku tak boleh duduk bersendirian. Walaupun ketika depresi daku lebih suka duduk seorang diri. Tetapi ketika itulah segala macam berita, ramalan cuaca mahupun imaginasi pelik akan berlegar-legar di fikiran. Daku masih ingat ketika masih di sekolah menengah, daku biasa duduk berkurung sendirian dalam bilik. Rasa takut nak hadapi dunia. Ingatkan masa tu cuma akibat perubahan fasa masa remaja.

Agak-agak apa yang buatkan daku depres ye? Sebenarnya diri sendiri pun takde jawapan yang tepat. I’m not sure what really trigger that emotional feeling. Kadang-kadang rasa macam loser! Rasa macam kelahiranku atas dunia ni takde fungsi dan hanya akan menyusahkan orang di sekeliling. Feels like I don’t belong in the society, I don’t have any story to share, I don’t have anyone to talk to. Feels like no one will understand me. So I choose to be alone but then again all sort of things and imagination will run wild in my head.

What should I do then? Should I go out and talk to someone? Should I just sit in the park where there are lots of people and watch them? Tak tahu.. Serius tak tahu nak buat apa. Dan bukan kali pertama si anak ‘tangkap’ mama nya yang tiba-tiba mengalirkan airmata. Dengan muka pelik dia akan tanya ‘Mama kenapa nangis?’

This is just the beginning.. you guys will read a lot more story about my depression later. I finally decided to blog about it to keep track of how many time do I feel like this. For the sake of my family, for my son. I need a healthy mind and body so I can take care of my family for the rest of my life. And I don’t want to be a burden to them.  If you are reading this till the end, please pray for me. It really means a lot to me.

mamavogue

Kenangan 2017 Yang Takkan Luput Diingatan

Penghujung 2017 agak menyakitkan untuk dikenang. Malah bulan Januari 2018 pun seakan tak sedar ianya berlalu meninggalkan daku. Tetapi siapa lah kita nak menidakkan takdir Allah. Ku pasti segalanya ada hikmah di sebalik segala yang berlaku,

Alkisahnya 28 Disember 2017 jam 9.30 malam kami sekeluarga ke Main Place untuk mencari thermal wear buat encik suami yang akan outstation ke negara eropah beberapa hari lagi. Dengan tak diduga, si anak terjatuh ketika seronok berlari dan separuh tangannya terkulai ketika diangkat. Panik!! Kami suami isteri sangat panik. Terus dukung dia ke kereta dan berpusing dua kali di jalan yang sama sambil fikir ke hospital mana yang harus kami tuju. Akhirnya kami ke Emergency Department Hospital Serdang.

Setelah di x-ray, terbuktilah tangan kanan si anak patah dan sikunya teralih (dislocated). Pasrah dan redha mama menerima berita dari doktor Ortho. Setelah confirm anak akan ke wad, mama drive kereta balik ke rumah untuk ambil baju dan kelengkapan lain. Encik suami yang teman anak ke wad. Allah..perasaan masa tu tak boleh nak fikir dah. Blank terus rasanya. Lebih kurang jam 3 pagi mama sampai kembali ke hospital dan bermulalah ‘percutian’ kami di hospital semalam 14 hari.

Sepanjang 2 minggu di hospital, banyak perkara yang membuka mata sebenarnya. Banyak benda yang Allah nak tunjukkan dan memberi pengajaran. Walaupun kurang selesa tidur di wad tetapi daku dapat solat awal waktu setiap kali sebab tiada gangguan dan urusan kerja yang lain. Masa juga lebih terluang untuk membaca dan mengaji. Mujur juga encik suami masih disisi. Tarikh oustation ditangguh ke pertengahan Januari.

Sakit pun senyum.. terima kasih sebab awak kuat, maka mama pun kuat

Selain menguji tahap kesabaran dengan sikap beberapa orang lain yang sama-sama duduk di wad, daku belajar untuk lebih bertoleransi dan bertolak ansur. Belajar untuk lebih memahami dan tidak menghakimi. Belajar mendidik hati supaya lebih merendah diri. Dan juga menghargai kesihatan yang dianugerahkan Ilahi.

Allah Maha Baik. Allah Maha Mengetahui. Alhamdulillah doa yang tak putus-putus dari kawan-kawan dimakbulkan Allah. Mereka ini yang tak henti-henti bertanya khabar dan memberi sokongan dan semangat.

Selepas keluar dari wad, bermula lah rutin rawatan susulan di hospital. Mohon doakan daku terus kuat. Dan terima kasih kerana sentiasa mendoakan anakku terus sihat.

mamavogue

Keberkatan Apabila Kita Mengurus Masa Dengan Sebaiknya

Minggu lepas, masa duk dating bersarapan berdua dengan encik suami tetiba kami bersembang isu yang serius. Selalunya jarang sangat nak sembang gitu. Tetapi kebetulan masa tu di sekeliling kami kelihatan semua orang terkejar-kejar dengan urusan masing-masing. Macam tak cukup masa je semuanya.

Sebenarnya kan semua orang ada masa yang sama, 24 jam sehari. Tapi saya ade seorang mentor yang buat kerja macam dia ada 48jam sehari. Dia seorang mak anak 4, 3 daripadanya dah sekolah. Yang bongsu pula masih duk melekat macam gam gajah.

Sebenarnya dulu-dulu sebelum jadi mak, memang respect abis dengan mak mak sekelian alam. Macam mana dorang urus anak-anak, suami dan rumah dari pagi sampai malam. Saya selalu perhatikan macam mana dorang susun masa. Lepas solat, doa ringkas dan terus bangun sambung selesaikan kerja seharian.

Bila sendiri dah jadi mak, ya ampunnn.. letih yakmat!! Nak pula saya ni ada insomnia, berganda letih sebab tak cukup tido.

Tapi tu dulu-dulu.. jaman dahulu kala..

Lepas kenal ngan mentor ni, korek rahsia dia macam mana dia buat kerja macam ada 48jam sehari. Jawapannya mudah sangat, minta dengan Allah. Aduh!! Macam mana pulak nak minta-minta ni? Nak doa macam mana? Boleh dapat ke 48jam sehari?

Mentor saya ni memang seorang yang sangat hebat! Dia seorang suri rumah tanpa maid dan uruskan semuanya sendiri. Termasuklah bisnes Shaklee. Bukan sikit-sikit tau anak bisnes dia, ribu-ribu lemon okeh!

Selain uruskan rumahtangga dia tetap ada masa untuk sediakan projek untuk anak bisnes (bukan 1 group tau, tapi 10 group agaknya), coaching, travel lagi, fikirkan strategi, planning bisnes dan macam-macam lagi lah. Serius! Macam dia seorang yang ada 48jam sehari.

Selalu terfikir, superwoman kah dia? Tak perlu tidur kah? Memasak guna kayu magic kah?

Awal tahun ni, saya bangun awal setengah jam untuk siapkan bekal anak ke sekolah. Tapi tak sempat tahajjud. Cer bayangkan??

Bangun tido je terus masuk dapur. Tapi still rasa kelam kabut, tak cukup masa. Terkejar-kejar nak siapkan semuanya. Si anak pula suka la buat drama pepagi. Tak boleh buka mata lah, tak boleh berdiri lah, tangan lembik lah.. Padahal bila dah siap elok je seronok nak ke sekolah.

Lepas tu saya usaha juga tahajjud dulu baru masuk dapur. Tak lari pun dapur tu kann.. elok je boleh masak lepas solat. Tapi rasa lain sangat-sangat. Rasa lebih lapang, rasa lebih teratur. Padahal sama je rutin tiap pagi memasak.

Masa tu baru saya faham dan jelas dengan kata-kata mentor ni. Minta dengan Allah. Jaga hubungan dengan Allah. Solat awal waktu, solat sunat setiap hari dan mengaji. Insya Allah yang lain-lain akan lebih lancar.

Tapi sekali lagi saya fikir, mak mak ni tak boleh nak duk lama-lama atas sejadah lepas solat. Kerja banyak lagi ni. Lagi-lagi lepas asar, terus kelam-kabut siapkan dinner pulak (asek kelam kabut je ko ni pun). So macam mana nak zikir panjang-panjang? Nak baca Almathurat? Cane nak mengaji?

Kita ni kannn.. belum buat dah kata susah! Sape macam saya sila mengaku 🙈

Sambil masak pun boleh zikir, sambil potong bawang pun boleh mengaji.. aduhhh.. kenapa nak susahkan benda yang senang? Yang penting kita buat. Takde syarat pun kena duduk atas sejadah baru boleh baca quran.

Yang paling manis, pahala kita dapat, masakan kita pun lebih lazat sebab ditambah zikir dan ayat Alquran 😍

Setuju tak mak mak?

mamavogue

Syawal Yang Dirai, Kemaafan Yang Dicari

Salam 19 Syawal buat semua yang sudi membaca blog Diary Nutrisi Mama ni..

Pejam celik pejam celik masa seakan laju berlari meninggalkan kita. Rasanya macam baru je dengar pengumuman bermulanya Ramadhan, tahu-tahu je dah hampir habis Syawal dah pun. Alhamdulillah masih sihat dan bertenaga untuk menunaikan ibadah sepanjang Ramadhan selain berpuasa. Saya doakan kita semua sampai ke Ramadhan yang seterusnya.

Seperti biasa di pagi 1 Syawal, kita akan bersalam-salaman memohon ampun dan maaf dari ibu bapa, adik beradik dan saudara mara. Ada yang mengambil peluang berjumpa setahun sekali ini berkongsi rasa dan cerita. Masa ini lah ikatan yang dah hampir terlerai dikukuhkan kembali. Namun ada juga yang seakan tak mahu ikatan itu disimpul erat malah dibiar terlerai begitu sahaja. Pandangan mata dielak dari bertembung, bahu juga seakan berselisih dengan orang asing walaupun berada di bawah bumbung yang sama.

Syawal

Apa sebenarnya pengertian bermaafan di pagi raya? Adakah ianya satu kewajipan memohon maaf setahun sekali? Atau sekadar salah satu acara wajib yang hanya dibuat atas dasar ‘tak mahu orang kata sombong’ walaupun tiada keikhlasan dihati? Atau tanda kemaafan yang dihulur adalah benar-benar dari lubuk hati yang menyesali segala kesilapan lalu?

Saya sendiri masih tercari-cari jawapan disebalik senyuman dan salam yang dihulur ini. Masih tertanya-tanya adakah kata-kata maaf yang dizahirkan di mulut seiring dengan niat di hati. Kerana ucapan di mulut tak selalu sekata dihati dan minda.

Akhir kata dari saya yang serba kekurangan ini, mohon ampun dan maaf dari lubuk hati paling dalam andai ada kata-kata penulisan saya dalam blog ini yang menyinggung hati mana-mana pihak. Pemahaman setiap orang memang berbeza, intonasi pembacaan juga berbeza. Mana mungkin saya mengharapkan semua orang memahami apa yang saya maksudkan sepenuhnya.

Salam perkenalan dari saya insan kecil dibumi Allah.

signature

mamavogue

Ujian Keikhlasan Di Bulan Ramadhan

Sesekali mata si isteri melirik ke dalam bilik melihat si suami yang khusyuk membaca Al Quran. Hatinya sedikit terusik dan cemburu kerana di jam 4.30 pagi dia di dapur menyediakan juadah bersahur. Mana mungkin dia sempat menatap kalimah Allah itu seperti mana suaminya. Selesai bersahur, si suami ke masjid untuk solat berjemaah meninggalkan dia sekali lagi terkontang kanting di dapur mengemas dan menyediakan sarapan untuk anak-anak.

 

Sebelah petang ketika dia sibuk di dapur menyediakan makanan berbuka, si suami menyambung bacaannya selepas solat asar. Sekali lagi hati si isteri terusik. Selepas berbuka, sekali lagi si suami bersiap untuk menunaikan solat isyak dan terawih berjemaah. Si isteri terus melayan kerenah anak-anak syurga yang meminta terus perhatian. Jika badan tidak terlalu letih, maka sempatlah si isteri bersolat terawih sendirian di rumah. Jika tidak, selepas solat isyak, dia sama-sama terlena di samping anak-anak.

 

Hatinya cemburu.. Hatinya terusik.. kerana dia tak bisa memeriahkan bulan Ramadhan dengan amal ibadah yang dituntut bersama ganjaran pahala yang berlipatkali ganda.

 

Tapi benarkah pahala hanya dapat diperoleh dengan bacaan Al Quran dan solat terawih berjemaah? Benarkah si isteri tak dapat mengumpulkan walau sedikit pun pahala dan kebaikan di bulan Ramadhan?

 

Wahai isteri, ketahuilah bahawa menyediakan juadah untuk orang berbuka puasa itu juga pahala.

Mengorbankan waktumu untuk menunaikan tanggungjawab terhadap anak-anak dan suami itu juga pahala.

Melayani kerenah anak-anak syurga itu juga pahala.

Zikir dan selawat yang tak putus di bibirmu setiap masa itu juga pahala.

Mengingati Allah setiap ketika itu juga pahala.

woman-cooking-clipart-Busy-Mom-and-Housewife

Maka ikhlaskan lah dirimu dalam menunaikan tanggungjawab seharian. Semuanya kerana Allah Taala. Niatkan hatimu melakukan semuanya demi keredhaan Allah semata-mata. Serahkah resah dan gelisah kepada Allah, mohon dan berdoa agar diberi ruang waktu untuk mengaji dalam jadual harianmu yang padat.

 

Allah Maha Mengetahui..

Allah tahu keletihan mu demi keluarga.

Allah tahu titik peluhmu demi tanggungjawab.

 

Maka IKHLAS LAH.. REDHA LAH..

Insya Allah.. ada ganjarannya.