Tsunami Shaklee – Kepentingan Menjaga Kesihatan Keluarga

Selain menjaga makan minum dan pakaian keluarga, mak mak ni ada satu lagi perkara yang sangat dia ambil berat. Bab kesihatan suami dan anak anak. Mak mak ni kalau boleh sentiasa nak pastikan kesihatan suami dan anak anak berada di tahap terbaik. Bila salah seorang ahli keluarga tak sihat, mula la mak mak ni tak senang duduk.

Maka di rumah kecilku ini (eh takde kena mengena) memang selalu standby NUTRIFERON, SR VITA C, VITA C CHEW (untuk si anak) & ZINC COMPLEX ni untuk memastikan tahap imuniti badan suami dan anak sentiasa dalam keadaan paling optimum. Set ini perlu sentiasa ada dirumah umpama first aid kit.

Nutriferon ini adalah dalam bentuk serbuk dan sangat mudah ditelan. Ada sedikit rasa manis, so tak perlu rasa takut nak telan je. Anakku selamba je telan sepeket, siap tanya boleh ambil lebih tak!

photogrid_1468759752931

Ramai yang tak perasan kepentingan Zinc Complex. Ia membantu fungsi kelenjar thymus yang mengeluarkan T-Cell untuk menentang kanser dan menghalang jangkitan penyakit. Ia juga membantu mengekalkan fungsi insulin. Banyak lagi sebenarnya fungsi zinc dalam tubuh badan manusia. Zinc adalah salah satu mineral yang sangat penting untuk mengekalkan fungsi badan.

Sejak ada set first aid kit ini, takde dah saya simpan ubat jenama P lagi. Kalau dulu, mesti nak buat stok berkotak-kotak. Sejak mengamalkan Shaklee, dah bertahun tak beli dah. Lebih baik buat pilihan bijak, yang lebih selamat dan semulajadi.

Shaklee Subang Jaya
Si anak yang sangat sukakan Nutriferon! Yang penting, ianya membantu mencegah dari jangkitan selsema dan batuk

Bila sistem imun keluarga kita kuat, nak pergi bercuti atau majlis mana-mana pun tak risau. Saya dah lama tak risau pasal si anak lagi, nak berendam lama-lama dalam pool ke, nak bermain bergolek kat taman permainan ke.. Sebab saya tau badan dia dilindungi dari dalam 😉

Mak mak ni kan superwoman! Kalau boleh semua kita nak jaga & protect. Kalau ada di kalangan mak mak sekelian yang mahukan sesuatu yang selamat, semulajadi dan terbaik untuk keluarga, jangan segan-segan mesej saya okey!

signature

mamavogue

selfpromo

Promosi September 2016 – Set Kulit Cantik Berseri

Bulan September 2016 sudah masuk hari ke 8, rasa-rasanya masih belum terlambat untuk saya membuat hebahan pasal promosi bulan ni kan. Shaklee ni memang terbaik dan sangat memahami tau! Setiap kali promosi mesti kena dengan tema dan waktunya. Bulan ini bulan untuk kita mencantikkan diri, dalam masa yang sama mengawal dan menstabilkan gula dalam darah.

Hebat kan? Promosi dua dalam satu! Sihat dari dalam dan cantik di luaran juga. Nak tahu produk apa? Haa.. jawapannya ada dalam gambar di bawah 😉

ESP Shaklee
Beli 6 botol Dapat 7 botol / Beli 2 botol Dapat Diskaun 5%

Biar saya explain sikit tentang ESP dan SR Vita C yang boleh membantu mengawal gula dalam darah.

ESP Shaklee adalah sumber protein tumbuhan yang tulen dan semulajadi tanpa sebarang pengawet dan perasa tambahan. Ia juga mempunyai Index Glisemik yang rendah iaitu 39 sahaja. Protein adalah bahan asas dalam pembinaan sel-sel badan dan sumber penting dalam penghasilan hormon termasuklah insulin.

Vitamin C Shaklee pula adalah dari sumber jagung. Bioflavonoids yang terkandung di dalam Vitamin C Shaklee membantu meningkatkan lagi fungsi vitamin c tersebut, membantu mencegah pengoksidaan dan mencegah gula dalam sel badan bertukar menjadi sorbitol. Pengambilan Vitamin C selepas makan membantu mengawal paras gula dari naik secara mendadak.

Antara testimoni terbaik ESP Shaklee dengan ibu mengandung yang disahkan GDM pada kehamilan kedua, namun bebas dari GDM bila mengamalkan ESP pada kehamilan ketiga.

ESP Shaklee
Bacaan gula stabil dan normal dengan pengambilan ESP

———————————————————————————-

Semua orang terutama perempuan memang mahukan kulit yang bebas jerawat dan halus bersih. Maka sesuai sangatlah dengan pengambilan Dazzling Duo ni tau! ESP sebagai sumber protein asas dalam pembinaan sel baru mempercepatkan penyembuhan luka dan kesan parut akibat jerawat. Dan hasil terbaik bila hilang segala kulit kusam dan tona tak sekata. Sel =sel baru dan sihat ini juga akan lebih cepat menyerap segala vitamin yang diperlukan tubuh. Maka tak hairanlah kesannya nampak lebih jelas dan ketara kan.

Saya kongsikan testimoni beberapa ibu-ibu yang secara tak sengaja memiliki kulit lebih cantik apabila mengamalkan ESP untuk tujuan lain..hihihi. Best kan? Kesan dua dalam satu.

ESP Shaklee
Kulit kelihatan cerah dan licin. Nampak lebih sihat.
ESP Shaklee
Dulu kulit kusam dan berparut. Kini tidak lagi!

 

Selain untuk kulit yang cantik, ESP amatlah sesuai untuk ibu-ibu samada yang bekerjaya atau suri rumah bekerja yang memerlukan tenaga segera, energy booster agar segala urusan harian dapat dilaksanakan dengan baik.

14233845_10209126125643320_1742238216_o

Hubungi saya untuk pembelian kedua-dua produk hot ini ya. Penghantaran (COD) di sekitar Sunway, Subang Jaya, Shah Alam dan Puchong dan pengeposan di seluruh Malaysia!

signature

mamavogue

selfpromo

Impian Memiliki Kulit Bebas Jerawat dan Kesan Parut

Saya akui, saya bukan jenis yang sangat menjaga kulit muka sejak zaman sekolah lagi. Saya tidak memiliki ritual penjagaan yang sempurna iaitu dengan penggunaan pencuci muka, toner, krim siang dan malam apetah lagi serum atau masker. Sejak tingkatan tiga, kulit saya mula berminyak dan berjerawat terutama ketika datang bulan. Bila mula bekerja, saya ada juga mencuba beberapa jenis produk kecantikan kulit namun hasilnya hampa. Maka, niat untuk memiliki kulit bebas jerawat seakan tidak kesampaian.

Kulit saya jenis yang berminyak, keseluruhannya. Menjelang tengahari, kulit saya akan menjadi lebih berminyak dan mudah kotor. Setiap hari, saya akan mencuci muka dan menggunakan krim pelembap sahaja. Jika berbedak, jerawat akan menjadi lebih parah!

Dipendekkan cerita, awal tahun 2016 hari tu upline Shaklee kongsikan satu ilmu untuk membersihkan dan mencantikkan kulit dalam masa 1 bulan bersama Sustained Released Vita C Plus Shaklee. Hanya dengan Vitamin C je tau. Beliau kongsikan cara pengambilan yang betul dan jadual yang sepatutnya untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Cuba perhatikan testimoni-testimoni yang saya kongsikan ni. Teruja kan tengok kesan Vitamin C pada kulit diorang! Syaratnya cuma satu, konsisten dan disiplin!

testi_vita C1

 

testi_vita _C2

Maka pada bulan Februari, bermula la projek mencantikkan kulit dengan Vitamin C ni. Kami buat secara berkumpulan, barulah sentiasa bersemangat dan bermotivasi, kan. Itulah kelebihan mendaftar Shaklee bersama kami..hihihi. Dan hasilnya setelah 2 bulan, kulit saya kurang berminyak dan susah dihinggapi jerawat. Ini baru 2 bulan tau! Saya akan teruskan pengambilan mengikut jadual sehingga mendapat hasil yang memuaskan hati.

testimoni_vita_C
Inilah wajah tuan tanah Diary Nutrisi Mama

Sekarang ini, kulit saya kelihatan lebih bersih dan cerah. Takde la kusam, tak sekata dan berminyak macam dulu-dulu. Kalau pun nak datang bulan, hanya jerawat kecil yang muncul dan tak kekal lama. Sekejapan je dah kecut! Alhamdulillah.. akhirnya impian saya nak memiliki kulit bebas jerawat dan kesan parut bakal menjadi nyata. Banyak rupanya kebaikan Vitamin C ni selain untuk kulit. Salah satunya, sebagai ejen detoks. Haa.. yang tu tak dapat la nak cerita semua kat sini. Nanti saya sambung di entry akan datang.

Buat yang berminat untuk ketahui rahsia mencantikkan kulit dengan Vitamin C Shaklee ni, bole lah whatsapp atau sms saya di 018-2835816. Insya Allah saya akan cuba guide sehingga berjaya.

signature

mamavouge

selfpromo

Kebaikan Minum Jus Oren Segar Setiap Hari

Bila kita menginap di hotel, kita selalu perasan jus oren akan dihidangkan ketika waktu bersarapan bersama-sama kopi, teh dan susu. Selain jus oren, kadang-kadang ada juga jus buah-buahan segar yang lain. Sebenarnya banyak kebaikan bila kita minum jus buah-buahan di waktu pagi. Antaranya mengelakkan sembelit dan melancarkan sistem penghadaman. Tapi kali ni saya nak fokus pada jus oren segar sahaja.

Banyak sangat kebaikan kalau kita minum jus oren setiap hari lebih-lebih lagi jika disediakan segar dirumah. Biasanya yang dalam kotak tu, dah dicampur bahan pengawet ataupun gula yang berlebihan. Jadi saya nak kongsikan dengan semua betapa bagusnya kita minum jus oren setiap hari!

~ Vitamin C – Rasanya ramai sedia maklum bahawa oren memang kaya dengan Vitamin C. Ianya adalah sebahagian dari keluarga buah sitrus yang boleh membantu meningkatkan imun sistem supaya badan dapat menentang infeksi dan penyakit dengan lebih baik. Selain daripada itu, Vitamin C juga dapat memastikan tubuh badan menyerap kalsium dan zat besi dengan baik.

~ Hesperidin – atau dikenali sebagai bioflavonoid (macam biasa dengar je pasal bioflavonoid ni kan? hihihi). Fungsinya adalah untuk membantu fungsi saluran darah dalam badan, mengawal tekanan darah yang normal dan mengelakkan masalah penyakit kardiovaskular.

~ Asid folik – sangat penting untuk wanita yang ingin hamil dan sedang hamil. Ibu yang hamil memerlukan asid folik agar dapat mengelakkan masalah pada saraf tunjang dan otak bayi.

Jus Oren

~ Masalah kulit – ianya membantu membersih dan mengecilkan pori di kulit. Jus oren juga dipercayai dapat mengelakkan kedut dan garisan halus di muka.

~ Kolagen – kandungan Vitamin C yang tinggi dalam jus oren adalah sangat baik untuk penghasilan kolagen. Ianya bukan sahaja untuk kulit malah kolagen adalah struktur penting dalam tulang, sendi, ligamen dan saluran darah.

Selain dari yang saya kongsikan di atas, sebenarnya ada banyak lagi kebaikan jus oren. Namun, dalam kebaikannya, jus oren mengandungi kadar gula yang tinggi meskipun yang diperah secara semulajadi. Pengambilan yang berlebihan tanpa diseimbangkan dengan air masak mungkin akan mendatangkan keburukan.

Jika kalian ingin mendapatkan kebaikan jus oren tanpa merisikokan tahap gula dalam badan, saya ada penyelesaiannya di SINI.

Semoga bermanafaat!

signature

mamavogue