Tsunami Shaklee – Basic H Pencuci Serbaguna dan Serbaboleh

Basic H si pencuci serbaguna Shaklee, tanpa bahan kimia, selamat dan semulajadi. Ianya diperbuat daripada ekstrak kelapa dan jagung.

Apa yang membuatkan saya suka sangat dengan Basic H ni ialah ;

  1. Sangat Mudah Digunakan – Cairkan setitik Basic H dengan 300ml air dan masukkan dalam botol spray. Semburkan saja di mana ada habuk atau kekotoran lepas tu lap sahaja dengan kain. Mudah dan ringkas
  2. Jimat – Satu botol Basic H boleh bertahan sehingga enam bulan! kadang-kadang ada yang lajak ke setahun pun.
  3. Tak Perlu Dibilas – Bila kita semburkan pada perabut, kemudian lapkan sahaja dengan kain. Itu sudah memadai. Tak perlu dibilas lagi dengan air bersih. Sama juga situasinya jika mengemop lantai. Selepas menggunakan Basic H, tak perlu dibilas lagi sekali. Jimat masa kan!
  4. Selamat – Sebab apa? Sebab ia tiada bahan kimia. Sangat sesuai digunakan oleh mak mak yang ada anak kecil yang sedang seronok merayap ke sana-sini dalam rumah.
  5. Serbaguna – Sebotol Basic H boleh digunakan untuk membersih dan mencuci pelbagai jenis pakaian, kasut sekolah, mencuci tandas, mencuci kereta/motor, membersihkan hasil seni anak di dinding, membersihkan peti sejuk, dapur dan banyak lagi lah. Asal saja ada benda nak dicuci, Basic H lah pilihan utama.
Basic H Shaklee
Sembur-sembur sikit, lap dan terus bersih!

Selalunya saya akan standby larutan Basic H dalam botol spray supaya bila ada kesan tumpahan atau habuk, sembur je dan lap. Terus bersih. Mudah, senang, ringkas dan jimat masa. Basic H memang pembantu yang baik untuk mak mak yang selalu sibuk dan tak cukup tangan menguruskan kerja-kerja rumah.

signature

mamavogue