Cabaran Ibu-ibu Yang Bekerja Dari Rumah

Bekerja dari rumah memang sangat trending zaman sekarang ni. Mak-mak ramai yang memilih untuk bekerja dari rumah sambil menjaga dan mendidik anak. Namun cabaran bekerja dari rumah ni sangat besar sebenarnya. Tanpa hati yang kental dan disiplin yang tinggi, memang agak susah untuk fokus dan menjadi lebih produktif.

Cabaran pertama adalah bab pengurusan masa. Mentor saya memang sangat menekankan hal pengurusan masa yang efisyen dan teratur. Yang paling penting adalah to-do-list atau senarai kerja yang boleh dilaksanakan sepanjang hari. Senarai ni penting supaya jadual harian kita teratur, semua task dapat dilaksanakan dengan baik dan tiada yang tertinggal atau terlupa.

To-do-list biasanya kita tulis sebelum tidur untuk keesokan harinya. Bermula dari awal pagi, termasuklah urusan sekolah anak, kerja-kerja harian di rumah dan juga kerja atau bisnes yang perlu dilakukan pada hari itu. Susun jadual sebaiknya dan bahagikan kerja di antara yang perlu dilakukan segera, penting dan kurang penting. Kerja-kerja rumah juga ada yang boleh dilakukan tiga atau empat kali seminggu mengikut keperluan kita.

Cabaran kedua semestinya ragam anak. Walau sehebat mana pun to-do-list kita, hal anak tetap paling utama. Ada masanya anak nak melekap sahaja dan tak mahu ditinggalkan bermain sendiri. Ada masanya anak kurang sihat dan memerlukan perhatian yang lebih. Hal ini memang boleh membuat mak-mak lari fokus jika tidak diatasi dengan sebaiknya.

Cabaran paling tak dijangka adalah hal-hal yang berlaku diluar kawalan kita. Sebagai contoh, dalam jadual kita sepatutnya hantar barang ke pelanggan pada jam 2 petang namun barang yang dipos masih belum dihantar oleh pihak kurier. Ataupun kita dah janji dengan pelanggan untuk bertemu pada waktu tertentu tetapi pelanggan lambat sampai. Atau mungkin juga ada ahli keluarga yang jatuh sakit dan memerlukan perhatian.

Mak mak kena cekap untuk cover balik pengurusan masa yang dah terbazir akibat beberapa perkara yang dijangka tu. Bak kata pepatah, jika mahu seribu daya. Cabaran-cabaran ini lah yang akan menjadikan semangat kita membara untuk terus berusaha. Banyak lagi sebenarnya cabaran yang dihadapi oleh mak mak bekerja dari rumah. Yang saya nyatakan ni hanya sebahagian je.

Walau apa pun yang kita hadapi, insya Allah kita takkan mengalah. Kan?

mamavogue

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge