Azam Di Tahun Baru 2018

Azam tahun baru? Dah masuk bulan Februari dah akak oii..hahah. Nak buat macam mana kan. Bulan Januari dah berlalu dengan kemain laju meninggalkan daku. Tapi tak salah pun kalau daku masih memasang azam di hari kesepuluh bulan Februari ni.

Yang pertama sekali, nak update VISION BOARD. Ada banyak impian yang perlu diatur dan disusun sebaiknya agar ianya terlaksana. Vision Board bukan lagi sekadar tampalan gambar di atas sehelai kertas tetapi disertai dengan doa dan usaha untuk merealisasikannya. Part paling utama ialah nak travel merata dunia.

Sebagai seorang surirumah yang menguruskan segala hal rumah dan anak, daku juga mengisi masa dengan membuat bisnes online. Apalagi kalau bukan bisnes yang rendah risiko ni kan. Bisnes Shaklee ni memang sesuai sangat buat ibu-ibu yang baru bermula nak cuba berbisnes sebab ia tak memerlukan modal yang tinggi. Tak sampai RM100 pun. Tak perlu beli stok dan kalau bijak lagi tak perlu bayar yuran pendaftaran pun dah boleh buat Shaklee.

Maka tahun ini daku memasang azam untuk menjadi inspirasi kepada mak mak sekelian alam yang mahu berbisnes dari rumah. Termasuk juga mak-mak bekerjaya yang mahu mencari wang saku tambahan secara part time. Berapa nilai wang sakunya, anda sendiri yang tentukan 3 atau 4 angka.

Menjadi surirumah ni memang best sebab dapat menjaga dan melihat perkembangan anak-anak setiap hari. Tetapi ianya akan menjadi lagi best kalau sambil-sambil jaga anak, sambil-sambil duit dalam bank beranak pinak. Zaman sekarang ni memang suami isteri perlu saling membantu dalamĀ  menjana ekonomi keluarga yang sihat. Jadi tak salah kan sesekali kita reward encik suami yang dah bersusah payah bekerja 5 hari seminggu dengan percutian ringkas 2 malam dengan duit hasil berbisnes kita dari rumah? Waahhh..

Zaman sekarang ni ada banyak ruang dan peluang untuk kita memajukan diri walau hanya duduk di rumah. Tak perlu risau tentang gaya berpakaian dan tudung. Tak perlu punch in tepat jam 8.00 pagi di pejabat. Kita tentukan masa bekerja dan kita tulis sendiri berapa gaji yang kita mahu. Apa yang penting adalah usaha yang berterusan. Apa yang penting, urusan anak-anak tetap kita laksanakan sebaiknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.