Promosi September 2016 – Set Kulit Cantik Berseri

Bulan September 2016 sudah masuk hari ke 8, rasa-rasanya masih belum terlambat untuk saya membuat hebahan pasal promosi bulan ni kan. Shaklee ni memang terbaik dan sangat memahami tau! Setiap kali promosi mesti kena dengan tema dan waktunya. Bulan ini bulan untuk kita mencantikkan diri, dalam masa yang sama mengawal dan menstabilkan gula dalam darah.

Hebat kan? Promosi dua dalam satu! Sihat dari dalam dan cantik di luaran juga. Nak tahu produk apa? Haa.. jawapannya ada dalam gambar di bawah ūüėČ

ESP Shaklee
Beli 6 botol Dapat 7 botol / Beli 2 botol Dapat Diskaun 5%

Biar saya explain sikit tentang ESP dan SR Vita C yang boleh membantu mengawal gula dalam darah.

ESP Shaklee adalah sumber protein tumbuhan yang tulen dan semulajadi tanpa sebarang pengawet dan perasa tambahan. Ia juga mempunyai Index Glisemik yang rendah iaitu 39 sahaja. Protein adalah bahan asas dalam pembinaan sel-sel badan dan sumber penting dalam penghasilan hormon termasuklah insulin.

Vitamin C Shaklee pula adalah dari sumber jagung. Bioflavonoids yang terkandung di dalam Vitamin C Shaklee membantu meningkatkan lagi fungsi vitamin c tersebut, membantu mencegah pengoksidaan dan mencegah gula dalam sel badan bertukar menjadi sorbitol. Pengambilan Vitamin C selepas makan membantu mengawal paras gula dari naik secara mendadak.

Antara testimoni terbaik ESP Shaklee dengan ibu mengandung yang disahkan GDM pada kehamilan kedua, namun bebas dari GDM bila mengamalkan ESP pada kehamilan ketiga.

ESP Shaklee
Bacaan gula stabil dan normal dengan pengambilan ESP

———————————————————————————-

Semua orang terutama perempuan memang mahukan kulit yang bebas jerawat dan halus bersih. Maka sesuai sangatlah dengan pengambilan Dazzling Duo ni tau! ESP sebagai sumber protein asas dalam pembinaan sel baru mempercepatkan penyembuhan luka dan kesan parut akibat jerawat. Dan hasil terbaik bila hilang segala kulit kusam dan tona tak sekata. Sel =sel baru dan sihat ini juga akan lebih cepat menyerap segala vitamin yang diperlukan tubuh. Maka tak hairanlah kesannya nampak lebih jelas dan ketara kan.

Saya kongsikan testimoni beberapa ibu-ibu yang secara tak sengaja memiliki kulit lebih cantik apabila mengamalkan ESP untuk tujuan lain..hihihi. Best kan? Kesan dua dalam satu.

ESP Shaklee
Kulit kelihatan cerah dan licin. Nampak lebih sihat.
ESP Shaklee
Dulu kulit kusam dan berparut. Kini tidak lagi!

 

Selain untuk kulit yang cantik, ESP amatlah sesuai untuk ibu-ibu samada yang bekerjaya atau suri rumah bekerja yang memerlukan tenaga segera, energy booster agar segala urusan harian dapat dilaksanakan dengan baik.

14233845_10209126125643320_1742238216_o

Hubungi saya untuk pembelian kedua-dua produk hot ini ya. Penghantaran (COD) di sekitar Sunway, Subang Jaya, Shah Alam dan Puchong dan pengeposan di seluruh Malaysia!

signature

mamavogue

selfpromo

Tempat Riadah Terbaik Untuk Sekeluarga – EnerZ Indoor Extreme Park

EnerZ Indoor Extreme Park and Sports Arena adalah tempat beriadah yang sangat sesuai untuk seisi keluarga.

Baru-baru ni saya dijemput oleh seorang blogger famous ke pelancaran pembukaan semula EnerZ Indoor Extreme Park. Actually EnerZ ni hanya sekangkang kera je dari rumah sebab tu la macam tiada alasan dah nak menolak ajakan itu..haha (bajet superbusy la konon). Ianya terletak betul-betul dipersimpangan antara USJ14 dengan USJ 8, Persiaran Subang Indah. Kalau jalan kaki dari stesen LRT Taipan tu lebih kurang 10minit je.

EnerZ Indoor Extreme Park, berkeluasan 80,000kaki persegi is one of Asia’s Largest Indoor Extreme Park and Sports Arena. Its quite big right? Memang puas la bermain dan beraktiviti kat sini. Selain trampoline, ada berjenis lagi permainan yang boleh kita cuba iaitu Gladiator, Wall Climbing, Dodge Ball, Sky Rope dan ruang permainan untuk anak-anak kecil.

Masa hari pelancaran tu saya pergi bersama bodyguard kecil, memang puas la dia bermain dan melompat! Payah sungguh nak ajak balik!

Harga tiket/pass masuk ada beberapa pakej.

  1. Universal + Return Ticket Special RM39 for 3 hours (return ticket + RM10)- Off Peak / RM46 for 2 hours (return ticket + RM13) – Peak
  2. Family Pass (2 adult + 2 children) RM117 for 3 hours – Off Peak
  3. Family Pass (2 adult + 2 children) RM138 for 2 hours – Peak
  4. 20 Multi Group Pass (20 passes) RM560 for 3 hours – Off Peak / RM680 for 2 hours – Peak
  5. 8 Multi Group Pass (8 passes) RM240 for 3 hours – Off Peak / RM288 for 2 hours – Peak

Saya kongsikan gambar di sekitar majlis pada 25 Ogos 2016 yang lepas..

 

EnerZ Indoor Extreme Park
Pic 1 – (from left to right) Cik Wan Salwani Binti Wan AB Ghani, Director of EnerZ Indoor Extreme Park, Dato’ Wan AB Ghani Bin Wan Yusuf, Director of EnerZ Indoor Extreme Park, Mr Alvin Tey, Managing Director of EnerZ Indoor Extreme Park and Mr Peter Tey, Chief Operating Officer (COO) of EnerZ Indoor Extreme Park, officiating the reopening of EnerZ Indoor Extreme Park – one of Asia’s largest indoor extreme park and sports arena.

 

EnerZ Indoor Extreme Park
Game baru – GLADIATOR

 

Diary Nutrisi Mama
Yours Truly.. Kemain seronok dapat melompat kat sini kann.. Sampai takmo balik!

 

EnerZ Indoor Extreme Park
Suasana ketika majlis pelancaran dari lensa handphone mamavogue

 

Selain sesuai dijadikan tempat riadah sekeluarga, EnerZ juga menawarkan tempat untuk Team Building dan Majlis Sambutan Hari Jadi. Haa.. bestkan? Nak tau best ke tak korang kena pergi dan  cuba segala jenis permainan dalam EnerZ ni dulu. Pastinya berpuas hati lah! Ops! Lupa nak ingatkan sesuatu. Dalam pada korang berseronok-seronok melompat dan melakukan aktiviti, jangan dilupa langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak EnerZ. Safety first okey.. Dan korang tak perlu bimbang kalau tak reti sebab nanti akan ada coach-coach yang dilatih khas untuk membantu korang melakukan apa-apa aktiviti.

Bila dah penat melompat, dah kehausan, di bahagian luar bangunan EnerZ ni ada tempat untuk chillax tau. So tak perlu keluar pergi jauh-jauh.

Bagi yang dah terpedaya dengan entry ni, dah tak sabar-sabar nak enjoy melompat kat trampoline silalah ke alamat kat bawah ni. Nak beli passs masuk secara online pun boleh!

 

EnerZ Indoor Extreme Park

Lot 791, Persiaran Subang Indah

47500 Subang Jaya

011 1500 0066 ( For Extreme Park & Events)

011 1500 0055 (Badminton Court Bookings)

www.enerz.my

Boleh Waze atau Gmaps je EnerZ Subang Jaya. Kedudukan dia betul-betul sebaris dengan Kilang Mamee dan Showroom Honda. Selamat berjimba!!

signature

5 Kelebihan Mendaftar Shaklee Bersama Team Magnifique

Dah bersedia nak mendaftar sebagai salah seorang ahli Shaklee? Masih mencari-cari mentor dan upline yang akan sentiasa bersama-sama korang apabila diperlukan? Tak perlu fikir lama-lama, apa kata terus mesej saya di 018-2835 816. Saya akan listkan di sini 5 kelebihan yang boleh korang dapat apabila menyertai team Shaklee saya, Team Magnifique.

Yang pertama, kelebihan kami adalah pada kumpulan sokongan (support group). Dari team Magnifique ke Titanium, Naila Superpower dan seterusnya group terbesar master kami, iReach. Di dalam group ini, sokongan bukan sahaja datang dari upline dari setiap peringkat tetapi juga sidelines yang tak jemu-jemu berkongsi tips dan motivasi. Ukhwah kami bagaikan sebuah keluarga besar.

Kedua, coaching dan guidelines yang berterusan. Jika korang sertai kami, proses pembelajaran dilakukan secara berperingkat dan berterusan. Setiap ahli akan diajar cara membuat marketing, cara menjawab soalan customer dan info-info mengenai produk dalam Shaklee. Perkongsian ilmu dan idea juga sentiasa di update dan di upgrade mengikut keadaan semasa.

Ketiga, mengenai product sharing dari kalangan ahli Shaklee. Setiap ahli yang sudah mengamalkan produk tertentu akan berkongsi kesan dan hasil pengambilannya bagi satu tempoh masa. Live testimonial yang dikongsi bagi membuktikan kebaikan produk-produk Shaklee. Sebagai contoh, ada yang mengamalkan Set Menurunkan Berat Badan dan Set Detox Shaklee. Setelah beberapa lama mengambil set-set tersebut, mereka akan berkongsi kesan dan hasil yang diperolehi bersama ahli lain.

Yang keempat, program-program menarik dari group iReach untuk semua ahli yang berdaftar. Baru-baru ini diadakan Superstar Award bagi meraikan mereka yang berjaya di dalam group. Di dalam majlis itu mereka juga berkongsi tips dan amalan yang dilakukan untuk mencapai kejayaan tersebut. Tiada rahsia antara sesama ahli kerana kami umpama sebuah keluarga yang besar. Banyak lagi aktiviti dan program yang telah dirancang dan sudah dilaksanakan. Aktiviti yang terakhir adalah Walk For Humanity yang dijalankan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Yang kelima dan terakhir, walaupun kami menjual produk yang sama dari Shaklee, persaingan antara kami berlaku dengan sihat! Kami bersama-sama berniat membantu meningkatkan tahap kesihatan pengguna Shaklee agar dapat menjalani kehidupan yang lebih baik. Kami sentiasa berganding bahu dalam usaha menyelesaikan masalah dan memberi perkhidmatan terbaik buat semua pengguna Shaklee.

Bisnes Shaklee memang mudah dan senang kerana kita mempunyai produk yang bena-benar diperakui dan diiktiraf. Hanya yang perlu adalah semangat yang tinggi, jiwa yang kental, sifat tak mudah putus asa dan sukakan cabaran. Jika anda ada ciri-ciri yang saya sebutkan itu dan suka mencari kenalan dan ilmu baru, cepat-cepat hubungi saya Raha Mohd Iskak di nombor 018-2835816.

signature

mamavogue

selfpromo

Peluang Menjalankan Bisnes Dari Rumah Dengan Shaklee

Bila dengar perkataan Shaklee, apa yang bermain di fikiran semua? Sebelum klik tajuk ni, apa yang korang harap dari artikel ini? Adakah korang harap agar ada satu bisnes yang boleh dijalankan dari rumah dengan mudah dan mendapat keuntungan dengan pantas? Atau adakah korang dah bersedia untuk melakukan apa sahaja dan berusaha sehabis baik untuk memulakan bisnes dari rumah?

Pertama sekali, Shaklee adalah MLM. Ya, perniagaan jenis networking tetapi bukan bergantung kepada head hunting semata-mata. Shaklee mempunyai produk yang terbukti boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan dan memelihara alam sekitar. Setiap produk Shaklee telah menjalani ujian klinikal dan diiktiraf. Produk-produk Shaklee terdiri daripada supplemen, penjagaan muka dan rambut, produk penjagaan rumah (serbuk pencuci, pencuci pinggan, pencuci serbaguna) dan penapis air mudah alih.

Shaklee adalah satu bisnes yang mobile sebenarnya. Ia boleh dijalankan di mana-mana sahaja kita berada. Sebagai contoh, ketika artikel ini ditaip saya sedang bercuti bersama keluarga. Bisnes Shaklee memberi kita kebebasan untuk berada di samping keluarga dalam masa yang sama menjana pendapatan. Itulah salah satu perkara yang buat saya jatuh cinta dengan Shaklee.

Bisnes Shaklee juga adalah sangat mudah dijalankan kerana ianya tidak memerlukan modal yang besar, hanya bayaran pendaftaran RM69 seumur hidup atau tanpa sebarang modal langsung. Ianya sangat sesuai buat surirumah yang tiada kenderaan atau tidak tahu memandu, tak perlu ke HQ untuk membeli stok. Segala urusan pembelian stok dan penghantaran boleh dibuat secara online di laman web Shaklee.

Dari segi pendapatan, Shaklee membayar bonus pada 15haribulan setiap bulan. Segala usaha yang dicurahkan dan segala jualan yang direkodkan pada bulan semasa akan dibayar sepenuhnya oleh Shaklee di bulan berikutnya. Bonus juga terdapat beberapa jenis iaitu bonus hasil jualan, bonus kepimpinan (leadership) dan juga bonus kereta bagi yang berkelayakan.

Selain bonus, Shaklee juga meraikan setiap ahli yang berkelayakan dengan pakej pelancongan dalam dan luar negara, juga trip umrah ziarah. Setiap tahun, ramai di kalangan ahli yang berkelayakan membawa bersama ahli keluarga menyertai pakej pelancongan 5 bintang dan menikmati layanan yang terbaik.

Shaklee adalah bisnes yang paling sesuai buat mereka yang baru ingin menceburkan diri dalam dunia bisnes kerana ia mempunyai produk yang terbaik dan diiktiraf dan sokongan kuat dari pihak Shaklee sendiri. Walaupun kelihatan mudah dan senang, namun proses menjalankan bisnes tetap memerlukan usaha yang berterusan, kerja keras dan semangat yang tinggi.

Hubungi saya jika anda ingin mengintai peluang berbisnes dengan Shaklee. Peluang sentiasa ada untuk mereka yang bersedia! Call, whatsapp atau sms di 018-2835816

signature

mamavogue

selfpromo

 

Impian Memiliki Kulit Bebas Jerawat dan Kesan Parut

Saya akui, saya bukan jenis yang sangat menjaga kulit muka sejak zaman sekolah lagi. Saya tidak memiliki ritual penjagaan yang sempurna iaitu dengan penggunaan pencuci muka, toner, krim siang dan malam apetah lagi serum atau masker. Sejak tingkatan tiga, kulit saya mula berminyak dan berjerawat terutama ketika datang bulan. Bila mula bekerja, saya ada juga mencuba beberapa jenis produk kecantikan kulit namun hasilnya hampa. Maka, niat untuk memiliki kulit bebas jerawat seakan tidak kesampaian.

Kulit saya jenis yang berminyak, keseluruhannya. Menjelang tengahari, kulit saya akan menjadi lebih berminyak dan mudah kotor. Setiap hari, saya akan mencuci muka dan menggunakan krim pelembap sahaja. Jika berbedak, jerawat akan menjadi lebih parah!

Dipendekkan cerita, awal tahun 2016 hari tu upline Shaklee kongsikan satu ilmu untuk membersihkan dan mencantikkan kulit dalam masa 1 bulan bersama Sustained Released Vita C Plus Shaklee. Hanya dengan Vitamin C je tau. Beliau kongsikan cara pengambilan yang betul dan jadual yang sepatutnya untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Cuba perhatikan testimoni-testimoni yang saya kongsikan ni. Teruja kan tengok kesan Vitamin C pada kulit diorang! Syaratnya cuma satu, konsisten dan disiplin!

testi_vita C1

 

testi_vita _C2

Maka pada bulan Februari, bermula la projek mencantikkan kulit dengan Vitamin C ni. Kami buat secara berkumpulan, barulah sentiasa bersemangat dan bermotivasi, kan. Itulah kelebihan mendaftar Shaklee bersama kami..hihihi. Dan hasilnya setelah 2 bulan, kulit saya kurang berminyak dan susah dihinggapi jerawat. Ini baru 2 bulan tau! Saya akan teruskan pengambilan mengikut jadual sehingga mendapat hasil yang memuaskan hati.

testimoni_vita_C
Inilah wajah tuan tanah Diary Nutrisi Mama

Sekarang ini, kulit saya kelihatan lebih bersih dan cerah. Takde la kusam, tak sekata dan berminyak macam dulu-dulu. Kalau pun nak datang bulan, hanya jerawat kecil yang muncul dan tak kekal lama. Sekejapan je dah kecut! Alhamdulillah.. akhirnya impian saya nak memiliki kulit bebas jerawat dan kesan parut bakal menjadi nyata. Banyak rupanya kebaikan Vitamin C ni selain untuk kulit. Salah satunya, sebagai ejen detoks. Haa.. yang tu tak dapat la nak cerita semua kat sini. Nanti saya sambung di entry akan datang.

Buat yang berminat untuk ketahui rahsia mencantikkan kulit dengan Vitamin C Shaklee ni, bole lah whatsapp atau sms saya di 018-2835816. Insya Allah saya akan cuba guide sehingga berjaya.

signature

mamavouge

selfpromo

Ceritera Mak Mak; Had Umur Untuk Tempat Permainan Kanak-kanak ‘Indoor’

kacamata

Sebenarnya, sudah beberapa kali saya membawa anak yang berusia 5 tahun bermain di Kidzoona, salah satu tempat permainan kanak-kanak yang terletak di dalam sebuah shopping mall. Walaupun dalam hati rasa serba tak kena terutama bab kebersihan, namun terpaksa rela juga membenarkan si anak bermain dengan gembira. Saya memang seorang ibu yang paranoid! Mungkin juga sebab pernah bekerja di sebuah klinik kesihatan dan melihat bermacam jenis penyakit berjangkit depan mata sendiri. Jadi saya sentiasa bawa bersama hand sanitizer dan tisu basah pembasmi kuman.

Berbalik kepada hal indoor kids play area ni, kadang-kadang saya yang rasa seram dan takut bila melihat ada makpak yang membawa anak di bawah 2 tahun ke sana. Alangkah beraninya mereka mengambil risiko! Bagi saya kawasan tersebut sangatlah tak sesuai untuk anak di bawah 2 tahun. Imun badan anak-anak ini masih belum cukup kuat untuk melawan 1001 jenis penyakit yang mungkin boleh tersebar dengan mudah. Bayangkan lah berapa ramai kanak-kanak bercampur dan bermain dalam satu kawasan tertutup sebegitu.

Anak sebesar 2 tahun biasanya masih lagi cenderung memasukkan mainan ke dalam mulut. Aduhaiiii.. tak sanggup saya melihatnya! Membayangkan segala jenis kuman dan bakteria di tangan saja pun dah buat saya seriau, inikan pula yang dimasukkan ke dalam mulut.

Satu lagi sebab saya tidak menyokong tindakan makpak yang membawa anak di bawah 2 tahun ini adalah kerana permainan yang tidak sesuai untuk mereka. Kanak-kanak yang lebih besar badannya akan berebut-rebut dan berlari-lari berkejaran sesama sendiri. Bagaimana si kecil yang baru belajar bertatih ini nak mengelak sekiranya dilanggar? Kesian saya tengok bila mereka menangis akibat terkejut dan kesakitan apabila terjatuh. Itu belum kes berebut mainan jenis kenderaan dengan kanak-kanak lain.

Saya sedar, ada makpak yang cuba menggembirakan hati si anak (atau hati sendiri?) dengan membawa anak keluar berjalan-jalan. Namun, dalam apa jua keadaan sekalipun janganlah ambil risiko atas kesihatan si anak. Sedangkan di rumah sendiri pun belum tentu bersihnya, inikan pula tempat yang bercampur baur dengan peluh, air liur, batuk dan bersin kanak-kanak lain. Masih ada banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak tanpa perlu ke indoor play area seperti itu.

Akhir kata, ini hanyalah pendapat saya sendiri sahaja. Semoga semua anak-anak syurga membesar sihat dan sempurna serta menjadi anak yang soleh dan solehah.

signature

-mamavogue-

Disclaimer : Penulis artikel adalah seorang ibu yang tidak mempunyai sebarang kelulusan mahupun pengiktirafan dalam bidang keibubapaan secara profesional. Segala huraian adalah dari pendapat dan pemerhatian penulis sebagai admin di dalam sebuah group yang berkongsi permasalahan berkaitan mendidik anak-anak. 

Kurangkan Gastrik dan Tambahkan Tenaga Sekaligus..!

Alkisah nak ceritakah perihal jatuh cinta kali yang entah ke berapa dengan produk yang tak asing lagi dalam hidup saya ni..hihihi.. Nak cerita bagaimana kali pertama mencuba, saya mendapat hasil yang lebih dari jangkaan tau! Kalau ikut tajuk, mesti dah boleh agak apa yang mahu saya kongsikan tetapi kali ni memang berbaloi untuk baca sampai habis..

Satu ketika dulu saya selalu diserang gastrik terutama bulan puasa, klise sangat kan? Macam sengaja nak ponteng puasa pulak..huhu. Tapi memang itulah masalahnya. Setiap kali terkena serangan gastrik ni, pedihnya umpama dicucuk-cucuk dengan pisau tajam! Sesiapa yang menderita penyakit yang sama, pasti tahu macam mana siksanya menahan pedih perut dan ulu hati..

Dulu-dulu sebelum ada anak pun, saya seorang yang mudah letih! Sepanjang bulan puasa bersama suami selama hampir 5 tahun, tak pernah sekali saya masak untuk berbuka. Apabila kali pertama berpuasa bersama anak, saya risau saya akan menjadi lebih letih dari biasa. Jenuh fikir macam mana nak pastikan saya boleh bekerja dan menguruskan anak yang sedang membesar aktif sambil berpuasa. Pulang dari kerja, saya kena ambil anak di taska dan dukung dia NAIK TANGGA ke rumah di tingkat 4!!

Entah macam mana Allah gerakkan hati saya untuk try set Mighty 3 Gems ni iaitu ESP, Mealshakes dan Performance Orange Drinks. Saya terpikat nak cuba set berpuasa ini bila terbaca testimoni-testimoni yang mengatakan mereka berasa lebih bertenaga, ibu menyusukan juga tetap bersemangat meneruskan penyusuan dan ibu mengandung merasa lebih segar dan kuat.

Set Berpuasa
Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas

Inilah rupa set yang bertanggungjawab mengurangkan kesakitan gastrik saya tu. Setiap satu memainkan peranan masing-masing dan sangat penting. Hari pertama berpuasa dengan set ini, Alhamdulillah bukan sahaja gastrik beransur pulih malah terasa lebih bertenaga dan kurang haus juga. Saya dengan tenang dapat mendukung anak naik ke rumah, bermain seketika dengan dia dan kemudian memasak untuk berbuka. Encik suami pun terkejut tengok saya masak tau! Hahaha.. kemudian malamnya saya dapat menunaikan solat terawih bersendirian di rumah.

Saya sendiri terkejut dengan perubahan diri sendiri. Walaupun dah malam, masih bersisa tenaga untuk saya teruskan beribadat. Saya bersyukur sangat kerana dipertemukan dengan Shaklee. Alhamdulillah Ya Allah..

BlogMealShakes
Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas

Selepas itu, set berpuasa atau Mighty 3 Gems ini sentiasa menajdi teman bersahur saya dan suami. Jika ada di antara kalian yang nak mencuba, jangan segan silu hubungi saya di 018-2835 816. Insya Allah konsultasi sepenuhnya dan akan saya kongsikan resepi-resepi lazat set ini.

signature

mamavogue

 

Pengalaman Pertama Amalkan GLA Complex Shaklee

Sebenarnya, memang dah lama teringin nak kongsikan pengalaman pertama amalkan Shaklee sejak Oktober 2012 lagi. Produk pertama yang saya cuba adalah GLA Complex. Nak tahu kenapa saya mulakan dengan GLA Complex? Meh sini nak cerita skit.. hihihi.. Kena cerita betul-betul, baru senang nak paham..

Dari zaman anak dara, saya ni memang jenis senggugut teruk kalau time datang bulan. Lepas kahwin, sama je takde sebarang perubahan pun. Tiap kali datang bulan, hari pertama dan kedua mesti MC sebab tak boleh nak bangun langsung. Perut cramp, kaki cramp, sakit pinggang, sakit belakang.. dah macam ape dah tiap kali pun. Nak baring ke nak duduk ke nak makan ke semua serba tak kena. Lagi satu yang paling menyampah, jerawat besar-besar muncul kat muka!

Lepas ada anak tahun 2010, datang pula masalah lain.. seminggu sebelum datang bulan saya akan mula sakit pinggang dan perut. Sakitnya sampai la sehari sebelum datang bulan, saya mula migrain. Sakitnya tuhan sahaja yang tahu, sakit kepala dan muntah-muntah. Ada sekali ketika masih bekerja, saya pergi ke site dan tiba-tiba sakit kepala menyerang. Dalam keadaan separuh sedar sebab dah telan 4 biji panadol, saya drive balik office dan terus muntah-muntah. Mujur lah ketika tu dah selamat masuk parking. Telefon encik suami dan dia datang naik teksi untuk bawa saya balik.

Rasanya ada tiga atau empat kali suami datang ke tempat kerja untuk ambil saya balik. Kesian dia.. Mujurla waktu kerja dia mengizinkan masa tu. Lepas tu, macam-macam cara saya cuba agar perkara ni tak berulang lagi. Bayangkan setiap bulan kena hadapi perkara yang sama, datang bulan pulak tempohnya panjang kadang-kadang sampai 14 hari. Akhirnya Allah pertemukan saya dengan seorang sahabat yang memperkenalkan saya dengan GLA Complex ni. Dia sendiri seorang pesakit endometriosis dan dah merasai kesan baik dari mengamalkan GLA.

GLA Complex

Bulan pertama datang bulan selepas amalkan GLA Complex, saya dah tak senggugut teruk sampai kena ambil MC. Bulan seterusnya sakit pinggang berkurangan. Segala simptom PMS berkurangan sedikit demi sedikit. Ye la saya pun tak expect boleh hilang terus, kan.. Dah bertahun saya menderita, tak mungkin boleh hilang begitu sahaja.

Namun berkat bersabar dan konsisten mengamalkan GLA Complex ni, saya akhirnya bebas dari sebarang simptom dan kesakitan apabila nak datang bulan. Malah ianya begitu lancar tanpa sebarang sakit pinggang atau perut dan part paling best, ia datang tetap setiap bulan selama 7 hari. Kitaran normal dan tetap memang diimpikan selama ini! Kulit muka pun dah kurang berminyak dan berjerawat besar-besar..hihihi

Alhamdulilah..saya memang lega sangat-sangat. Tanya la mana-mana wanita yang mengalami simptom PMS yang teruk, mesti semua bersetuju ngan saya betapa seksanya kena lalui perkara macam tu setiap bulan. Saya lega akhirnya saya bebas dari masalah ni. GLA Complex memang sahabat baik semua wanita!

signature

mamavogue

Panduan Mudah Mengajar Anak Membaca/Mengaji Di Rumah

Beberapa hari lepas, saya terpandang status seorang sahabat di Facebook beliau bertanyakan soalan bagaimana cara terbaik untuk mengajar anak membaca di rumah. Katanya juga, proses mengajar itu hampir membuatkan beliau bertukar hijau! Hahahah.. Sabar mak mak. Mengajar sendiri anak di rumah tak kira la membaca, mengaji atau mengira memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Saya juga sedang melalui proses yang sama di rumah bersama anak lelaki yang berumur 5 tahun.

Mula-mula saya juga mengalami kesukaran untuk memastikan si anak fokus dan mengdengar arahan dari kita, namun ada beberapa teknik yang saya amalkan akhirnya membuahkan hasil. Yang pastinya bukanlah secara mengejut, step by step gitu.. Try and error beberapa cara agar anak lebih fokus ketika membaca. Maka hari ini, saya sangat-sangat teruja nak berkongsi rahsianya bersama mak mak semua!

#1 Wujudkan suasana membaca/belajar

Dalam usaha memastikan anak fokus, mak mak mesti wujudkan suasan belajar itu sendiri. Kita memang tak bole ajar dalam keadaan sambil-sambil lipat kain ataupun kerja-kerja lain. Sebaiknya kita duduk di meja kecil mengadap anak dan sama-sama fokus pada bahan bacaan.

#2 Tetapkan tempoh masa yang sesuai

Bagi minggu pertama, mungkin mak mak boleh mulakan dengan 10 minit setiap sesi. Setelah itu, baru lah kita panjangkan tempoh kepada 20 minit dan seterusnya setiap sesi. Anak-anak ni mudah bosan jika disuruh buat satu perkara dalam tempoh masa yang panjang secara mengejut.

#3 Tentukan jadual dan tepatinya

Buat jadual harian untuk membaca dan pastikan kita tepatinya. Sebagai contoh, 10 minit di waktu pagi, 10 minit sebelum tidur tengahari dan 10 minit selepas solat isyak. Bagi mak mak bekerjaya, boleh mulakan dengan 10 minit selepas makan malam atau selepas solat isyak dan lebihkan masa membaca di hujung minggu. Kata kuncinya ialah tepati jadual yang dibuat.

#4 Tenang dan tiada paksaan

Berikan anak ruang waktu untuk membaca dengan lancar. Jangan paksa atau beri tekanan untuk anak mencapai sesuatu tahap dalam tempoh masa tertentu. Mak dan anak juga haruslah dalam keadaan tenang dan bersedia untuk memulakan sesi membaca supaya sesi pembelajaran berjalan dengan baik.

#5 Sistem ganjaran

Salah satu sistem ganjaran adalah reward chart. Mak mak boleh membeli atau menghasilkan sendiri stiker-stiker yang comel untuk ditampal pada reward chart tersebut. Selain itu juga, mak mak boleh berkreativiti dan memberi ganjaran mengikut kesukaan anak. Sebagai contoh, anak saya suka makan gula-gula ribena maka saya akan berikan sebiji setiap kali dia fokus dan berperangai baik ketika sesi membaca.

Setiap anak lain ragamnya kan.. maka mak mak kena cuba jaya mana-mana teknik yang saya kongsikan ini. Jangan lupa doa banyak-banyak agar Allah permudahkan dan lembutkan hati anak kita. Insya Allah proses belajar akan jadi lebih mudah buat kita dan anak. Bila kita sendiri yang mengajar, hubungan antara mak dan anak akan jadi lebih rapat dan erat. Inilah masanya kita nak luangkan masa bersama, kan..

Semoga bermanafaat buat semua!

signature

mamavogue

Ceritera Mak Mak ; Umpama Mencorak Sehelai Kain Putih

kacamata

Salam Ahad mak mak sekelian. Walaupun hari Ahad, hari cuti hujung minggu namun saya amat pasti yang ketika ini mak mak sedang sibuk uruskan baju sekolah anak dan baju kerja suami untuk seminggu. Bagi mak mak yang bekerja, tambah lagi koleksi tudung dan baju kerja sendiri untuk seminggu. Good job mak mak! Kita memang insan terpilih untuk menguruskan kain baju yang takkan berkesudahan tu..hihihi.

Sebenarnya, sejak si anak masuk taska awal tahun hari tu saya dah perasan tentang seorang ibu dan anaknya. Ibunya bekerja di taska tersebut, sangat sopan dan mesra dengan mak mak pelajar di sana. Saya gantikan nama ibu ini dengan nama Puan A. Sesekali Puan A membawa anaknya yang berumur lebih kurang 5 atau 6 tahun bersama. Nampak macam suasana biasa namun apa yang saya nak jelaskan di sini ialah saya tak pasti tentang jantina anak tersebut!

Terkejut?? Iya saya juga.. tapi akhirnya baru saya tahu jantina Puan A apabila di majlis sambutan Hari Raya yang lepas, dia memakai sepasang baju melayu dan bersampin. Kenapa saya katakan saya tak pasti? Apa yang membuatkan saya keliru dengan jantina seorang budak?

Semua ini adalah disebabkan anak Puan A memiliki rambut panjang mengurai, kembang ¬†dan ‘curly’ di bahagian bawah. Jika dilihat dari belakang, memang pasti saya katakan dia seorang kanak-kanak perempuan. Mukanya juga putih melepak dan berbibir merah. Muka anak syurga tanpa sepalit dosa, mestilah kelihatan suci dan mulus. Dari segi pemakaian, memang anak itu berseluar panjang dan kadang-kadang seluar pendek paras bawah lutut tetapi gaya seluarnya sedikit ketat di bahagian bawah/kaki.

Mak mak, tiada salahnya kita mahu si anak kelihatan bergaya dan ‘stylo’ namun, bagi saya biarlah ada batasannya. Kita yang mencorak kehidupan peribadi si anak ketika mereka kecil dan ianya akan mempengaruhi personaliti mereka apabila besar nanti. Pendapat peribadi saya, anak lelaki lebih kemas dengan potongan rambut pendek dan berkemeja manakala anak perempuan lebih manis jika memakai blouse atau bergaya muslimah agar aurat mereka terjaga. Bak kata pepatah ‘Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya’.

Anak-anak umpama sehelai kain putih yang bakal dicorakkan oleh ibu bapa, maka pilih lah corak yang cantik dan baik supaya ianya kekal bersama anak apabila mereka besar nanti. Di zaman internet tanpa batasan ini, sebaiknya kita bekalkan anak-anak dengan jatidiri yang kuat dan kukuh agar mereka tidak mudah dipengaruhi dan terjebak dengan perkara yang tidak sepatutnya.

Mungkin ada mak mak yang tidak sependapat dengan saya, anak masing-masing terpulang la kepada ibu bapa nak gayakan macam mana. Tak mengapa. Ini cuma pendapat peribadi saya sendiri. Saya juga setiap hari masih belajar untuk menjadi seorang ‘pencorak’ yang baik. Amanah dan tanggungjawab yang berat ini bagi menentukan siapakah anak kita di masa akan datang.

Insya Allah semoga usaha kita mencorak dan mendidik anak-anak syurga menjadi khalifah di muka bumi ini diberkati Allah SWT.

signature

mamavogue

Disclaimer : Penulis artikel adalah seorang ibu yang tidak mempunyai sebarang kelulusan mahupun pengiktirafan dalam bidang keibubapaan secara profesional. Segala huraian adalah dari pendapat dan pemerhatian penulis sebagai admin di dalam sebuah group yang berkongsi permasalahan berkaitan mendidik anak-anak.