Ada Apa Sebenarnya Dengan Shaklee

Setelah hampir 5 tahun dengan Shaklee, rasa hati ini makin sayang dan makin jatuh cinta pula.

Saya mula berkenalan dengan Shaklee dengan hanya 1 produk sahaja iaitu GLA Complex. Namun setelah sekian lama ni, rasanya hampir kesemua produk saya dah cuba. Semakin cuba, semakin jatuh cinta. Sebab apa? Sebab semua produk Shaklee terbukti semulajadi dan selamat.

Satu lagi perkara yang buat saya makin sayangkan Shaklee adalah ukhwah yang terbina di sebalik bisnes ini. Tiada langsung istilah hasad dan dengki sesama kami walaupun kami jual produk yang sama. Malah kami sentiasa berkongsi idea dan strategi.

Kalau dulu, saya seorang yang introvert. Saya susah nak tegur orang dan mulakan perbualan. Tetapi bila dah mula kenal Shaklee, saya terpaksa berkawan terpaksa bergaul dengan semua ahli lain dan terpaksa beramah mesra dengan semua. Semuanya bermula dengan terpaksa yang akhirnya menjadi suatu yang sangat manis.

Alhamdulillah saya berada dalam kumpulan yang betul. Tiada rahsia antara sideline sekalipun. Mereka tak pernah lokek berkongsi ilmu dan idea yang bernas. Semua saling menyokong sesama sendiri. Maka saya pun telah terjebak menjadi lebih ramah dari biasa.Suka bila dapat kawan baru, suka bila dapat berkongsi idea dengan sesiapa saja, suka bila orang terima dan gunapakai ilmu yang kita sampaikan. Saya suka bila orang lain sama-sama berkongsi pendapat dan tegur-menegur.

Shaklee Subang Jaya
Sahabat dunia akhirat.. Insya Allah

Dengan Shaklee, saya dapat lebih ramai kawan baru. Bukan sahaja ramai malah kawan-kawan yang sangat berkualiti dan sangat dihargai. Saya dikelilingi kawan-kawan yang positif dan kuat semangat. Kawan-kawan yang sama tolong menarik tangan saya bila tersungkur, yang sama-sama hulurkan telinga dan bahu bila memerlukan.

Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah. Syukur kerana dipertemukan dengan mereka. Semoga ukhwah ini kekal hingga ke syurga.

signature

mamavogue

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge