5 Tips Penjagaan Anak Ketika Demam

Kebelakangan ni cuaca agak tak menentu kan.. Kejap panas terik, tiba-tiba hujan lebat. Kesan cuaca yang macam tu pastinya membuatkan tahap kesihatan agak menurun terutama sekali anak-anak kita. Mula la si manja ni demam lah, selsema mahupun batuk. Saya nak kongsikan di sini cara memantau dan menjaga anak yang demam supaya tidak menjadi parah lagi. Bahaya tau demam ni kalau dibiarkan melarat.

 

Tips penjagaan anak demam ni mudah dan senang untuk diamalkan. Yang penting, ia memastikan anak berada dalam keadaan yang lebih selesa. Saya sertakan sekali infografik bagi memudahkan ibu-ibu ye.

 

Penjagaan Anak Ketika Demam

 

Tips #1

Sentiasa lapkan (sponging) badan anak dengan tuala basah. Lap rata-rata seluruh badan untuk pastikan suhu tidak naik mendadak.

 

Tips #2

Basahkan kepala, atau jerlumkan dengan air bancuhan asam jawa, limau nipis atau lemon pun boleh. Sebaiknya air ni ditambah sedikit ais agar sejuk.

 

Tips #3

Kadang-kadang, badan memang panas tapi tangan dan kaki anak yang demam kesejukan. Maka, jangan lupa pakaikan stokin yang tidak terlalu tebal. Tapi sebelum tu kita tengok tips nombor 4.

 

Tips #4

Sapukan minyak bawang putih yang dibuat sendiri pada tapak kaki, belakang badan dan dada anak untuk mengurangkan selsema dan batuk. Cara membuatnya mudah sahaja, bakar 2 ulas bawang putih dan lenyekkan bersama minyak. Siap!

 

Tips #5

Mandikan dan tukar baju anak sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Pastikan baju dari jenis kain yang lembut dan selesa.

 

Apabila ibu-ibu dah buat semua tips yang dinyatakan di atas, jangan lupa yang paling PENTING iaitu pantau suhu badan anak setiap 2 jam agar kita tahu suhu badan anak tidak meningkat secara mendadak.

 

Apabila demam, selalunya anak mesti tiada selera makan. Cuba masakkan bubur nasi agar mudah untuk ditelan atau apa-apa makanan kegemaran anak untuk menarik perhatian dia. Dapat makan sikit pun, jadilah kan.. sekadar mengisi perut yang kosong.

 

Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada semua ibu-ibu di luar sana!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge