Mak Insan Paling Bermakna Dalam Hidup Seorang Anak

Ini lah mak yang melahirkan saya ke dunia. Kemain senyum lebar kan.. sebab masa ni dia gi berjalan kat Cameron dengan family abang.

mak-makan-shaklee

Sebenarnya bulan lepas, mak tak berapa sihat. Dua kali mak pitam, pening, tak larat nak bangun. Dua kali juga jantung ni seakan terhenti sekejap bila dengar mak tak sihat. Hati anak yang mana lah tak terasa bila dapat tahu mak tak sihat.

Sebenarnya masa mak muda, mak jarang sakit kecuali sesekali mak terbaring sebab sakit kepala. Mana tak sakitnya, nak jaga kami 11 beradik yang macam-macam ragam ni kan. Tapi sekarang mak ada darah tinggi dan kencing manis. Tekanan darah tinggi mak kadang-kadang tinggi sampai 180, kadang-kadang 120. Penyakit biasa golongan mak ayah yang dah berumur macam ni kan. Tambah lagi hormon yang bertanggungjawab pun dah berkurangan.

Mak juga dah tak kuat sangat berjalan. Lama dah mak mengadu sakit-sakit lutut. Kebelakangan ni pun mak solat duduk je atas kerusi. Kesian juga tengok dia bila kami adik beradik seret juga mak bawa berjalan atau pergi makan-makan.

Apa yang cuba kami adik beradik buat, kami akan sedaya upaya untuk sentiasa dekat dengan mak. Setiasa temankan mak. Walaupun tak dapat berkumpul 11 beradik untuk setiasa bersama mak, tapi kami pastikan sekurang-kurangnya ada yang menemani dan menggembirakan mak. Bila mak sentiasa tenang dan gembira pastinya tekanan darah dan gula mak stabil.

Kalau boleh nak senyuman lebar tu kekal sampai bila-bila. Banyak lagi impian mak yang belum dapat kami tunaikan. Semoga Allah beri peluang untuk kami adik beradik sentiasa gembirakan hati mak.

signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.