Atasi Resdung Supaya Tidak Melarat Dan Membahayakan Kesihatan

Resdung sebenarnya tidak boleh dipandang remeh je tau. Ianya boleh membahayakan kesihatan dan membawa kepada kematian sekiranya tidak dirawat. Saya kenal beberapa orang rakan yang menderita resdung dan sangat alah kepada sebarang perubahan persekitaran mereka.

Di Malaysia dianggarkan 60 hingga 65% penduduk mengalami penyakit resdung namun kurang 50% yang mendapatkawan rawatan. Mereka yang menderita resdung ni biasanya alah dengan habuk dan debu, makanan laut, perubahan cuaca dan juga hama. Penyakit resdung juga dikenali ‘sinusitis’.

Antara tanda-tanda atau simptom resdung ialah

  • Sentiasa berkahak atau berlendir dari hidung dan tekak
  • Mudah bersin, gatal-gatal hidung dan muka
  • Sering sakit kepala terutama di bahagian dahi dan pipi
  • Sakit tekak yang berpanjangan
  • Gatal-gatal apabila makan makanan laut
  • Mata rasa gatal dan berair
  • Selsema dan hidung tersumbat yang berpanjangan

Selain mendapatkan rawatan di klinik atau hospital, uolls boleh juga mendapatkan suplemen Shaklee bagi mengawal dan mengurangkan gejala resdung ni. Dalam banyak-banyak produk Shaklee, ada 5 produk utama yang boleh membantu mengurangkan alahan resdung dan meningkatkan sistem imun untuk melawan virus yang menyebabkan resdung.

SET RESDUNG SHAKLEE

Omegaguard – Eicosanoids yang terbina daripada Omega 3 adalah super hormon yang mempunyai fungsi anti-radang. Pengambilan Omegaguard yang kaya dengan Omega 3, EPA dan DHA yang cukup setiap hari mampu mengurangkan keradangan dan mengelakkan dari keadaan yang lebih kronik

Alfalfa – Ia mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan akibat resdung. Ia juga kaya dengan sumber klorofil dan bersifat alkali. Alfalfa juga membantu menyingkirkan toksin dalam badan

B Complex – B Complex Shaklee mempunyai rangkaian Vitamin B yang lengkap. Vitamin B12 yang terdapat didalamnya membantu mengurangkan kesan alahan dan bekerjasama dengan B6 serta asid folik (B9)  memelihara sistem saraf tubuh badan.

SR Vita C – Vitamin C bertindak sebagai anti-histamin dan menstabilkan pengeluarannya dalam tubuh badan. Ia juga membantu meningkatkan sistem imun bagi melawan virus dalam badan.

Vivix – Minuman botanikal Shaklee yang kaya dengan kandungan antioksidan. Ia membantu memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh kerana ia bertindak terus ke tahap sel. Ia membantu melindungi sel-sel dari serangan radikal bebas.

 

Testimoni pengguna Set Resdung Shaklee

[KERANA TAKUT HILANG HIDUNG SAYA IKHTIAR DENGAN SET RESDUNG SHAKLEE]
.

“Nama saya Nurhafizah Zamri .saya berumur 29 tahun dan sebagai surirumah sepenuh masa ..saya mengunakan Shaklee sejak 2 tahun yang lepas akibat kulit kusam selepas bersalin dan resdung yang agak menganggu setiap pagi hari2 saya sejak dari sekolah lagi.

Setiap pagi akan kedengaran disetiap ruang rumah kelas ataupon tempat kerja saya bersin setiap pagi ..arhhhh malunya ..tidak boleh dibayangkan.

Bukan itu sahaja resdung yang saya alami juga mengakibatkan saya alah pada habuk dan makanan. Bukan pada makanan laut seperti sotong udang dan ketam sahaja malah pada semua makanan seperti ayam dan ikan yang tidak fresh juga akan menyebabkan saya mengalami kegatalan pada hidung dan mata. Yang lagi teruk mata saya akan membengkak, berair dan gatal kemerahan dengan teruknya.

Boleh bayangkan tak saya juga tidak boleh membeli ayam di Tesco kerana ayam-ayam disana sudah tidak segar lagi. Pasar malam adalah hanya tempat saya membeli makanan basah .

Oleh kerana takutkan kehilangan hidung yang sering diperkataan saya mula cuba mencari penawar untuk permasalahan saya.

Untuk permulaan saya hanya mengamalkan vitamin C sahaja dah sebulan kemudian baru lah menambah Alfalfa sebagai 1 set resdung.

Saya konsisten makan dalam sebulan dan telah menunjukan tidak balas bahawa saya tidak lagi bersin diwaktu pagi dan mengalami kegatalan pada mata dan hidung saya.

Saya juga boleh makan makanan laut tanpa berpantang lagi seperti selalu. Alhamdulillah ..akhirnya saya keluar dari masalah saya yang menghantui saya bertahun-tahun lamanya sejak dari sekolah lagi .

Terima kasih Allah..

Pada mereka yang mengalami masalah seperti saya anda boleh mencuba Set Resdung Shaklee ini kerana ia sangat berkesan. Saya yakin ia juga berkesan pada anda.”


Testimoni Bergambar Set Redung Shaklee

Jika uolls berminat untuk mendapatkan SET RESDUNG SHAKLEE ini, teruskan klik BELI  dan tunggu sahaja set ini sampai ke depan pintu rumah. Saya juga boleh dihubungi di talian 018-2835 816 untuk konsultasi sepenuhnya mengenai produk Shaklee.

mamavogue

 

 

Kenapa Beli Twin Pack Vivix Lebih Menguntungkan

Kalau uolls kenal produk Shaklee, confirm uolls kenal dengan satu killer produk ni iaitu Vivix. Vivix adalah minuman botanikal yang tinggi dengan antioksidan yang membantu melindungi sel badan dari serangan radikal bebas. Ianya membantu memperbaiki DNA dan meningkatkan tenaga sel.

Sebenarnya ada banyak lagi kebaikan Vivix ni. Ianya membantu kita memelihara organ dan tubuh badan secara menyeluruh kerana ia bertindak terus ke tahap sel. Tapi kali ni saya nak beritahu kenapa beli Twin Pack Vivix (2 botol Vivix) adalah lebih berbaloi dan menguntungkan.

Vivix Shaklee

Keahlian Percuma

Yang PERTAMA, apabila kita beli 2 botol Vivix secara automatik kita akan dapat keahlian seumur hidup secara PERCUMA. Haa.. siapa tak suka benda percuma kan? Keahlian Shaklee adalah berharga RM69 tau! Tapi disebabkan korang beli 2 botol Vivix, maka dah tak perlu lagi nak bayar yuran keahlian tu.

Penjimatan Sehingga RM200

Yang KEDUA, sudahlah dapat jimat RM69 (yuran keahlian) JIMAT lagi hampir RM200 sebab dapat beli Vivix dengan harga ahli! Memang berbaloi-baloi sangat kan?

Penghantaran PERCUMA

Yang KETIGA, tiada kos penghantaran untuk pembelian Vivix! Jimat lagi RM10 kan? Banyaknyaa dapat jimat bila beli Twin Pack Vivix ni.

Bonus Tunai

Yang KEEMPAT pun sangat best. Keahlian percuma, jimat lagi ratusan ringgit. Lepas tu Shaklee bagi pula bonus TUNAI pada 15 haribulan seterusnya. Contohnya, jika Vivix Twin Pack dibeli pada bulan Oktober, maka 15hb November korang akan dapat ka-ching $$ dalam akaun..

Dapat Keistimewaan Sebagai Ahli

Yang KELIMA, disebabkan korang dah automatik menjadi ahli maka ada banyak keistimewaan yang Shaklee sediakan untuk korang rebut. Ruang dan peluang untuk menjadi lebih sihat, lebih cergas dan menjalani kehidupan yang lebih baik. Paling utama, dapat la korang borong produk Shaklee dengan HARGA AHLI. Senang kan? Tak perlu buang masa survey harga sana sini.

Dapat Join GROUP Yang Super Awesome

Yang KEENAM, jika korang beli Vivix Twin Pack dengan saya maka dah tentu secara automatik juga korang akan dapat join support group yang super awesome! Tiada paksaan dalam berbisnes tau. Support group ini hanya sebagai tempat mencari informasi tentang nutrisi dan juga ruang pertanyaan mengenai produk Shaklee. Tapi kalau korang buat keputusan untuk berbisnes, maka korang akan dapat join group yang SUPER DUPER AWESOME! Hebat kan?

jadi, jangan tunggu lama-lama lagi tau. Jika korang memang dah buat keputusan untuk mula mengamalkan Vivix, lebih baik korang jangan lepaskan peluang yang terbaik ni. Hanya perlu save nombor HP ni sahaja 018-2835 816.

mamavogue

Cabaran Ibu-ibu Yang Bekerja Dari Rumah

Bekerja dari rumah memang sangat trending zaman sekarang ni. Mak-mak ramai yang memilih untuk bekerja dari rumah sambil menjaga dan mendidik anak. Namun cabaran bekerja dari rumah ni sangat besar sebenarnya. Tanpa hati yang kental dan disiplin yang tinggi, memang agak susah untuk fokus dan menjadi lebih produktif.

Cabaran pertama adalah bab pengurusan masa. Mentor saya memang sangat menekankan hal pengurusan masa yang efisyen dan teratur. Yang paling penting adalah to-do-list atau senarai kerja yang boleh dilaksanakan sepanjang hari. Senarai ni penting supaya jadual harian kita teratur, semua task dapat dilaksanakan dengan baik dan tiada yang tertinggal atau terlupa.

To-do-list biasanya kita tulis sebelum tidur untuk keesokan harinya. Bermula dari awal pagi, termasuklah urusan sekolah anak, kerja-kerja harian di rumah dan juga kerja atau bisnes yang perlu dilakukan pada hari itu. Susun jadual sebaiknya dan bahagikan kerja di antara yang perlu dilakukan segera, penting dan kurang penting. Kerja-kerja rumah juga ada yang boleh dilakukan tiga atau empat kali seminggu mengikut keperluan kita.

Cabaran kedua semestinya ragam anak. Walau sehebat mana pun to-do-list kita, hal anak tetap paling utama. Ada masanya anak nak melekap sahaja dan tak mahu ditinggalkan bermain sendiri. Ada masanya anak kurang sihat dan memerlukan perhatian yang lebih. Hal ini memang boleh membuat mak-mak lari fokus jika tidak diatasi dengan sebaiknya.

Cabaran paling tak dijangka adalah hal-hal yang berlaku diluar kawalan kita. Sebagai contoh, dalam jadual kita sepatutnya hantar barang ke pelanggan pada jam 2 petang namun barang yang dipos masih belum dihantar oleh pihak kurier. Ataupun kita dah janji dengan pelanggan untuk bertemu pada waktu tertentu tetapi pelanggan lambat sampai. Atau mungkin juga ada ahli keluarga yang jatuh sakit dan memerlukan perhatian.

Mak mak kena cekap untuk cover balik pengurusan masa yang dah terbazir akibat beberapa perkara yang dijangka tu. Bak kata pepatah, jika mahu seribu daya. Cabaran-cabaran ini lah yang akan menjadikan semangat kita membara untuk terus berusaha. Banyak lagi sebenarnya cabaran yang dihadapi oleh mak mak bekerja dari rumah. Yang saya nyatakan ni hanya sebahagian je.

Walau apa pun yang kita hadapi, insya Allah kita takkan mengalah. Kan?

mamavogue

Bagaimana Shaklee Mengubah Hidup Saya 360°

Saya mengenali Shaklee ketika masih bekerja di bangunan Empire Subang jaya satu ketika dulu. Masa tu Home Office Shaklee terletak di tingkat 3A dan pejabat saya di tingkat 12. Memang setiap kali turun naik akan terserempak dan ternampak Shaklee ni. Tapi entah kenapa hati masih belum terbuka nak mengenali lebih rapat dengan Shaklee.

Sejak tahun 2011 saya telahpun mula aktif berblogging dan menemui ramai kawan baru dalam dunia blog. Tahun 2012, salah seorang sahabat blog memberitahu yang dia sudahpun menjadi pengedar sah Shaklee dan hati saya terus terpikat nak sign up dengan dia dan mula mengambil produk Shaklee.

 

Maka sejak Oktober 2012, bermula lah kisah cinta saya bersama Shaklee. Saya hanya amalkan satu jenis produk je masa tu iaitu GLA Complex. Dan saya juga mula berbisnes bermula dengan hanya satu produk. Sehingga tahun 2017 ni, saya dah amalkan hampir semua produk Shaklee yang ada. Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal, pasti tak boleh lupa.

GLA Complex

GLA Complex dan Shaklee benar-benar mengubah hidup saya selepas itu. Dari seorang yang selalu sakit senggugut dan migrain ketika haid, akhirnya saya bebas dari semua tu. Bayangkan bertahun saya menderita sakit perut berguling-guling, pendarahan berlebihan, hormon yang tak stabil. Namun selepas amalkan GLA Complex dengan konsisten dan beberapa suplemen lain, Alhamdulillah akhirnya saya rasa lebih sihat bertenaga.

Itu dari segi kesihatan. Shaklee juga mengubah kehidupan dan pandangan saya terhadap dunia dan akhirat. Saya bertuah kerana menyertai kumpulan dan mentor yang betul. Sepasang suami isteri pengasas iReach banyak mengajar saya tentang kehidupan kita bukan sekadar mencukupi untuk kita sekeluarga sahaja.

Mereka berdua berjaya menyerlahkan potensi diri yang selama ini tidak saya sedari. Jika sebelum ni selalu rasa seperti tak mampu, tak boleh dan tak dapat, kini saya rasa lebih positif dan yakin. Saya juga belajar untuk bergantung sepenuhnya kepada Allah swt selepas kita berusaha sehabis baik. Allah Maha Baik, saya kini sentiasa meletakkan keredhaan Allah dalam setiap perbuatan.

Banyak lagi yang mahu saya kongsikan tentang bagaimana Shaklee mengubah kehidupan saya 100%. Saya benar-benar bersyukur kerana Allah pertemukan saya dengan kumpulan Shaklee yang sangat awesome ni! insya Allah saya akan sambung penulisan ini di masa akan datang.

mamavogue

Pengedar Shaklee Jelita di Sekitar USJ Subang Jaya

Assalamualaikum semua…!

Kemain tajuk kan.. ye la siapa lagi yang nak puji kalau bukan diri sendiri. Saya tahu, peminat Shaklee ni ramai sangat kat luar sana tu. Korang memang dah tahu kebaikan dan manafaat mengamalkan Shaklee secara konsisten. Tapi kadang-kadang terlalu asyik makan vitamin sampai terlupa nak order yang baru. Maka kalutlah korang mencari pengedar Shaklee yang berdekatan untuk order vitamin supaya terus dapat.

Untuk kawasan USJ Subang Jaya ni korang jangan risau. Mamavogue will come to the rescue! Anytime nak order dan COD, just contact saya ye. Dijamin bersama perkhidmatan dan konsultasi terbaik buat pelanggan saya.

Let me introduce myself first.. Haa gittew. Nama penuh saya Raha Mohd Iskak. FB saya juga menggunakan nama yang sama, search je confirm jumpa. Saya seorang surirumah sepenuh masa yang mempunyai seorang anak lelaki yang sangat aktif. Saya dah bersama dengan Shaklee sejak penghujung 2012 lagi.

Selain memberikan konsultasi terbaik, saya sebagai Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya juga boleh menjadi mentor bagi sesiapa yang nak mulakan berbisnes dari rumah terutama surirumah. Jangan risau, bisnes Shaklee tak perlu keluar meeting sampai larut malam. Semuanya hanya di hujung jari je sekarang ni.

Korang akan di guide dari A sampai Z mengenai produk, marketing dan juga beberapa ilmu tambahan seperti cara membuat poster yang cantik-cantik, cara mengambil gambar hanya menggunakan telefon pintar masing-masing dan macam-macam lagi. Jangan tunggu lama-lama tau! Kalau berminat, hubungi terus saya di talian 018-2835 816.

mamavogue