5 Tips Hebat Galakkan Anak Sarapan Pagi

Bila saya post pasal kepentingan bersarapan, ada mak mak yang respon. Antaranya untuk anak yang susah nak makan, macam mana nak galakkan diorang ni bersarapan? Sarapan memang penting tapi ada anak-anak yang ‘picky eater’ dan juga susah nak makan jadi mak mak runsing dan risau.

Bawa bertenang mak mak sekelian alam.. mudah aja tu. Semua masalah ada penyelesaian.. insya Allah. Yang penting kita usaha.

Hari ni saya kongsikan pula tips nak pujuk si manja untuk bersarapan pagi. Nanti mak mak cuba tau!

1/ Sediakan buah-buahan – kanak-kanak memang sukakan benda manis. Maka mak mak boleh sediakan pisang atau epal sebagai permulaan. Ianya bukan saja mengenyangkan tetapi bagus untuk penghadaman. Boleh juga beri buah-buahan pelbagai warna untuk tarik perhatian anak.

2/ Sediakan sarapan bersama – ini memang agak memerlukan kesabaran yang tinggi. Tetapi saya yakin sepenuh hati anak-anak suka sangat aktiviti ni. Cuba ajak anak sama-sama sediakan sarapan bersama. Boleh buat yang ringkas-ringkas contohnya sandwich atau salad buah-buahan.

3/ Jadi lebih kreatif – yang ini memang memerlukan sedikit kegigihan. Sebab saya pun masih ditahap amatur je..hahah. Mak mak boleh cuba guna pelbagai jenis acuan kuih raya (cookie cutter) untuk digunakan pada buah contohnya tembikai. Ataupun kalau rajin, boleh dapatkan pelbagai jenis cutter kat kedai.

4/ Duduk semeja – Lepas buat sarapan bersama, cuba duduk dan makan bersama-sama. Ianya akan memberi semangat kepada anak-anak untuk bersarapan. Makan bersama anak juga boleh merapatkan lagi hubungan dan menenangkan emosi anak.

5/ Yang paling penting, adalah masakan dari air tangan mak tu sendiri. Doa dan zikir yang dibaca masa memasak membuatkan anak-anak lebih berselera dan seronok nak makan.

Mak mak jangan mudah putus asa ye. Jika kali pertama tak mahu, tak bermaksud minggu depannya anak masih tak mahu. Ianya cuma perlu jadi kebiasaan. Nak ubah mula-mula memang agak susah tapi lama-lama insya Allah akan lebih mudah.

Ianya boleh dimulakan seawal anak dah boleh makan makanan pejal. Tetapkan waktu makan setiap hari supaya anak biasa dengan rutin. Jangan la anak dah mula sekolah baru nak paksa dia sarapan.. memang la dia pandai menolak.

Jom jadi supermak yang mithali 😍 Bila anak-anak suka makan dari hasil air tangan kita sendiri, ianya satu perasaan yang tak dapat kita gambarkan.

Setuju kan mak mak?

Gambar-gambar ilustrasi semuanya sumber dari Google.

mamavogue

Pentingnya Sarapan Buat Anak-anak Sebelum Ke Sekolah

Hari isnin yang agak basah.. pagi-pagi lagi telinga dah dihiburkan dengan bunyi hujan. Kalau dilayan memang boleh leka jadinya.

Macam mana urusan mak mak setakat pagi ni? Yang bekerja dan juga yang suri rumah masing-masing sibuk kan. Pagi-pagi memang kelam kabut lagi-lagi kalau hari isnin. Nak kejut anak bangun pun satu hal juga..

Tapi kan mak mak, macam mana kelam kabut pun pagi kita pastikan anak-anak ke sekolah dengan perut yang terisi. Sarapan memang sangat penting terutama buat anak-anak yang sedang membesar dan belajar.

Sarapan pagi adalah makanan pertama yang masuk ke perut anak kita setelah lebih 6 jam ianya kosong. Maka memang wajiblah diisi dengan makanan berkhasiat dan memberikan tenaga. Supaya anak-anak kita sentiasa aktif dan fokus di sekolah.

Anak-anak yang mengambil sarapan memang sangat berbeza dengan anak-anak yang tak bersarapan pagi. Mereka ni lebih cergas dan bertenaga. Mari saya kongsikan kelebihan anak-anak yang bersarapan setiap pagi.

5 kelebihan sarapan buat anak-anak sebelum ke sekolah

1/ Anak-anak yang bersarapan setiap pagi mempunyai memori yang kuat. Mereka mudah mengingati apa yang di ajar oleh guru dalam kelas.

2/ Mempunyai daya fokus yang tinggi terhadap apa yang dipelajari. Mereka juga memiliki konsentrasi yang tajam dan mudah faham.

3/ Meningkatkan teknik menyelesaikan masalah. Mereka lebih mudah menilai situasi dan keadaan di sekeliling mereka.

4/ Anak-anak ini juga seorang yang berfikiran lebih terbuka dan rasional. Mereka mampu berfikir kesan baik dan buruk terhadap setiap tindakan yang dibuat.

5/ Memiliki kemahiran berfikir yang tinggi dan mahir. Sesuai sangat dengan sistem pendidikan negara sekarang yang memerlukan anak-anak berkemahiran berfikir aras tinggi.

Zaman kanak-kanak ni memerlukan tenaga yang banyak sebab mereka belajar perkara baru setiap hari. Jadi, sarapan sangat penting buat mereka untuk memulakan hari dengan sempurna. Pastikan juga sarapan mereka adalah seimbang dan berkhasiat!

Sebagai contoh, sarapan yang seimbang mestilah mempunyai karbohidrat dan protein. Karbohidrat membantu anak-anak untuk kenyang lebih lama dan memberikan tenaga. Protein pula penting untuk pembentukan otot-otot badan mereka. Tak lupa juga kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat.

Kanak-kanak yang sedang membesar memang memerlukan makanan dari pelbagai sumber untuk membina tubuh badan yang sihat dan bertenaga. Tugas kita lah sebagai mak mak untuk sediakan keperluan itu buat anak kita. Selain sarapan yang berkhasiat, bagus juga ditambah dengan suplemen yang selamat dan semulajadi agar sistem imun anak sentiasa dalam tahap terbaik. Maka anak takkan mudah dijangkiti penyakit.

Anak sihat, mak pun gembira. Setuju tak mak mak?

mamavogue

Keberkatan Apabila Kita Mengurus Masa Dengan Sebaiknya

Minggu lepas, masa duk dating bersarapan berdua dengan encik suami tetiba kami bersembang isu yang serius. Selalunya jarang sangat nak sembang gitu. Tetapi kebetulan masa tu di sekeliling kami kelihatan semua orang terkejar-kejar dengan urusan masing-masing. Macam tak cukup masa je semuanya.

Sebenarnya kan semua orang ada masa yang sama, 24 jam sehari. Tapi saya ade seorang mentor yang buat kerja macam dia ada 48jam sehari. Dia seorang mak anak 4, 3 daripadanya dah sekolah. Yang bongsu pula masih duk melekat macam gam gajah.

Sebenarnya dulu-dulu sebelum jadi mak, memang respect abis dengan mak mak sekelian alam. Macam mana dorang urus anak-anak, suami dan rumah dari pagi sampai malam. Saya selalu perhatikan macam mana dorang susun masa. Lepas solat, doa ringkas dan terus bangun sambung selesaikan kerja seharian.

Bila sendiri dah jadi mak, ya ampunnn.. letih yakmat!! Nak pula saya ni ada insomnia, berganda letih sebab tak cukup tido.

Tapi tu dulu-dulu.. jaman dahulu kala..

Lepas kenal ngan mentor ni, korek rahsia dia macam mana dia buat kerja macam ada 48jam sehari. Jawapannya mudah sangat, minta dengan Allah. Aduh!! Macam mana pulak nak minta-minta ni? Nak doa macam mana? Boleh dapat ke 48jam sehari?

Mentor saya ni memang seorang yang sangat hebat! Dia seorang suri rumah tanpa maid dan uruskan semuanya sendiri. Termasuklah bisnes Shaklee. Bukan sikit-sikit tau anak bisnes dia, ribu-ribu lemon okeh!

Selain uruskan rumahtangga dia tetap ada masa untuk sediakan projek untuk anak bisnes (bukan 1 group tau, tapi 10 group agaknya), coaching, travel lagi, fikirkan strategi, planning bisnes dan macam-macam lagi lah. Serius! Macam dia seorang yang ada 48jam sehari.

Selalu terfikir, superwoman kah dia? Tak perlu tidur kah? Memasak guna kayu magic kah?

Awal tahun ni, saya bangun awal setengah jam untuk siapkan bekal anak ke sekolah. Tapi tak sempat tahajjud. Cer bayangkan??

Bangun tido je terus masuk dapur. Tapi still rasa kelam kabut, tak cukup masa. Terkejar-kejar nak siapkan semuanya. Si anak pula suka la buat drama pepagi. Tak boleh buka mata lah, tak boleh berdiri lah, tangan lembik lah.. Padahal bila dah siap elok je seronok nak ke sekolah.

Lepas tu saya usaha juga tahajjud dulu baru masuk dapur. Tak lari pun dapur tu kann.. elok je boleh masak lepas solat. Tapi rasa lain sangat-sangat. Rasa lebih lapang, rasa lebih teratur. Padahal sama je rutin tiap pagi memasak.

Masa tu baru saya faham dan jelas dengan kata-kata mentor ni. Minta dengan Allah. Jaga hubungan dengan Allah. Solat awal waktu, solat sunat setiap hari dan mengaji. Insya Allah yang lain-lain akan lebih lancar.

Tapi sekali lagi saya fikir, mak mak ni tak boleh nak duk lama-lama atas sejadah lepas solat. Kerja banyak lagi ni. Lagi-lagi lepas asar, terus kelam-kabut siapkan dinner pulak (asek kelam kabut je ko ni pun). So macam mana nak zikir panjang-panjang? Nak baca Almathurat? Cane nak mengaji?

Kita ni kannn.. belum buat dah kata susah! Sape macam saya sila mengaku 🙈

Sambil masak pun boleh zikir, sambil potong bawang pun boleh mengaji.. aduhhh.. kenapa nak susahkan benda yang senang? Yang penting kita buat. Takde syarat pun kena duduk atas sejadah baru boleh baca quran.

Yang paling manis, pahala kita dapat, masakan kita pun lebih lazat sebab ditambah zikir dan ayat Alquran 😍

Setuju tak mak mak?

mamavogue

Revealing The Art of Modern Date – by Lunch Actually

Khamis lepas saya berpeluang join satu event di Talent Lounge. Ianya adalah satu event yang sangat menarik dan unik. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab ianya adalah satu program ‘matchmaking’ yang dilancarkan oleh Lunch Actually, Asia’s Premier Lunch Dating Company.

Revealing The Art Of “Modern Date”
A Matchmaking Masterclass by Lunch Actually

Ok, first of all why ‘lunch actually?’ Ms. Violet Lim, Co-Founder dan CEO Lunch Actually memilih waktu makan tengahari sebagai temujanji pertama setiap pasangan. Waktu makan tengahari ni biasanya mereka yang bekerjaya akan ada ruang waktu untuk berkenalan dalam keadaan yang lebih selesa dan tenang.

Ms. Violet juga berkongsi tentang ‘myth’ sepanjang sesi dating berlangsung. Antaranya yang menarik minat saya adalah wanita mengharapkan lelaki untuk berbelanja ketika keluar kali pertama. In my own opinion, i rather go dutch or split the bill! Hahahaa..

And then there are 7 golden rules in matchmaking. Yang pertama dah tentulah MINTA KEBENARAN dari orang yang mahu kita jodohkan. Ianya penting untuk pastikan mereka bersedia dan bekerjasama.

Yang kedua, JANGAN TERLALU MEMAKSA. Mungkin pada pandangan kita, orang yang kita nak jodohkan tu nampak sangat sepadan. Tetapi hanya tuan punya badan yang benar-benar faham apa yang dia mahukan.

Yang lain-lain..opss! Kena la jadi ‘cupid’ dulu baru boleh tahu.. saya dapat certificate tau sebab attend matchmaking masterclass ni. So i am now an honorary cupid! 😍😍

Event ni santai-santai je sebenarnya. Banyak interaksi dan sesi soal jawab dari Ms. Violet dan juga para media. Jadi, kami lebih faham isu dan perkara penting yang perlu dititikberatkan bila nak tolong seseorang mencari jodoh.

Jika uolls ada kenal sesiapa yang masih single dan bersedia nak memulakan hubungan, boleh sangat kalau nak recommend mereka ke Lunch Actually. Atau kalau uolls sendiri nak cuba nasib, jangan segan silu untuk hubungi mereka. Boleh juga layari website mereka di www.lunchactually.com.

mamavogue

Sikap Jujur Yang Sangat Dituntut

Kejujuran tu memang sangat penting, dalam perhubungan, dalam perniagaan dan juga dalam kehidupan. Tanpa kejujuran, hidup ni seolah-olah tiada arah tujuan dan paling sedih tiada keberkatan dari Allah swt. Jujur bukan saja pada orang di sekeliling kita tapi juga pada diri sendiri.

Bila berbisnes, paling utama kita kena jujur dengan diri sendiri. Kita bertanggungjawab atas apa yang kita lakukan terhadap diri sendiri. Ianya satu amanah untuk kita tunaikannya dan berlaku adil terhadap diri sendiri. Lakukan segala amalan yang wajib, gandakan segala amalan sunat dan tinggalkan perkara yang tak beri manafaat kepada kita.

Yang kedua, kita wajib jujur dengan customer. Kita berbisnes mesti nak keuntungan, tetapi yang sebaiknya untung di dunia dan di akhirat. Pastikan kita berikan konsultasi kepada customer sebaiknya, beri maklumat yang tepat dan follow up tentang customer. Bukan semberono cadangkan produk lepas tu tak ambil peduli dah apa-apa yang terjadi pada customer.

Bila kita jujur dengan diri sendiri, jujur dengan customer, insya Allah segala urusan dapat dipermudahkan. Malah hubungan antara penjual dan customer juga akan menjadi lebih baik. Dari hubungan penjual-pembeli, boleh bertukar kepada persahabatan dan mungkin juga bisnes partner!

Jadikan kejujuran sebagai salah satu etika bila berniaga. Maka rezeki juga akan terasa lebih keberkatannya. Sentiasa ingat bahawa setiap rezeki itu datangnya dengan izin Allah jua. Jangan sesekali cuba untuk merosakkan pasaran dengan menjual harga lebih rendah dan murah.

Jujur, ikhlas dan amanah dalam kehidupan dan juga perniagaan. Customer suka, Allah pun sayang.