Teknologi Terkini Kuruskan Badan Tanpa Perlu Pembedahan

Baru-baru ni saya dengan rela hati nak join pelancaran Zimmer Z Lipo & Z WavePRO di Talent Lounge Damansara Perdana. Majlis ni sempena memperkenalkan generasi kedua Cryo-Lipolysis iaitu teknik terbaru mendapatkan bentuk badan idaman tanpa perlu menjalani sebarang pembedahan dan menjanjikan kesan yang lebih cepat.

Majlis dimulakan dengan ucapan dari Miss Jess Kong (General Manager Med III Division – Neoasia) dan seterusnya pelancaran dari Medical Director of Elite Laser Clinic yang berasal dari Madrid, Dr. Pablo Naranjo. Beliau menjelaskan dengan terperinci bagaimana Zimmer Z Lipo & Z WavePRO bertindak dan membantu membuang lemak dengan berkesan tanpa sebarang rasa sakit.

Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Dr. Micheal Ingargiola iaitu seorang pakar bedah plastik, rawatan ini telah menjana purata sebanyak 20% daripada pengurangan lapisan lemak selepas beberapa bulan. Dengan gabungan kedua-duanya, kesan penurunan berat badan akan lebih cepat, efektif dan tahan lama.

Saya sertakan gambar-gambar di sekitar majlis pelancaran Zimmer Z Lipo & Z WavePRO. Siap ada pelukis karikatur dan penulis tulisan kaligrafi tau.

Miss Jess Kong

The Experts
Zimmer Z Lipo & Z WavePRO Shockwave Therapy
Kaligrafi dan karikatur

Kelebihan Z LIPO & Z WAVEPRO

  • Generasi kedua Cryo-Lipolysis oleh Zimmer Z Lipo & Z WavePRO
  • Kejuruteraan Jerman
  • Diluluskan US FDA dengan kombinasi shockwave
  • Lebih dari sekadar membuang lemak! (merawat selulit dan kulit menggeleber)
  • Tiada kesan sampingan yang melampau
  • Tidak menyakitkan
  • Hanya sedikit rasa tidak selesa ketika rawatan
  • Keputusan yang ketara
  • Tempoh masa rawatan hanya 60minit
  • Bayaran minimum sebanyak RM1,500 ke RM1,800 bergantung kepada bahagian yang mahu dirawat

Kalau ada yang berminat nak dapatkan rawatan ni, boleh lah berkunjung ke klinik-klinik yang saya nyatakan di bawah :

  1. TDOX Clinic – 51B, Jalan SS21/37, Uptown 37, 47400 Petaling Jaya, Selangor (03-7733 7768)
  2. Esadsa House – Lot 51, 7th Floor Signature Office, The Boulevard Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur (03-2287 8569)
  3. Ageless Medispa & Clinic – 257, Jalan Maarof, Bangsar Park, 59000 Kuala Lumpur (03-2095 0458)
  4. RE Plastic Surgery Clinic – A4-UG1-03 Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur (03-6207 9004)
  5. The Life Clinic – Lot 6-2A Jalan Batai, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur (03-2856 9292)

Ada juga rakan blogger yang dah mencuba rawatan ini, kalau nak tahu lebih lanjut boleh la tengok link INI. Mereka diberi penerangan yang jelas sebelum melakukan rawatan ini. Seronok kan?

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi laman web ini http://zimmer-aesthetics.com.my

Tips Mendapatkan Vitamin Shaklee Secara Percuma

Selama berbisnes Shaklee ni kan ada juga suara berkata-kata ke saya yang produk ni harga agak mahal. Tak mampu nak menten beli tiap-tiap bulan. Lagi-lagi suri rumah yang takde pendapatan, hanya bergantung kepada wang yang diberi oleh suami.

Tetapi sebenarnya ada cara yang lebih baik untuk mak mak ni menten sihat dan cantik dengan Shaklee. Ini la peluang yang Shaklee beri pada saya dan semua orang. Peluang untuk mengamalkan vitamin Shaklee, berkongsi dengan semua dan seterusnya menambah pendapatan. Sebagai seorang surirumah, saya ada pendapatan sendiri dan tetapkan sebahagian daripadanya untuk beli suplemen setiap bulan.

Almaklum, kita mak mak ni memang kena sentiasa sihat dan bertenaga supaya kita boleh jaga keluarga. Kalau tak sihat pun, takde la terbaring lemah je. Masih lagi boleh uruskan anak ke sekolah dan suami ke tempat kerja. Masih mampu selesaikan urusan rumahtangga.

Semuanya bermula dengan 1 produk yang kita dah cuba (macam saya bermula dengan GLA Complex) dan kita kongsikan kebahagiaan kita tu dengan semua orang. Kongsikan apa yang kita rasa dan kesan pengambilan vitamin tu dengan semua. Lepas tu insya Allah kita akan berpeluang untuk menambah pendapatan di samping menikmati produk-produk Shaklee lain yang memang ohsem tu!

Shaklee_Subang_Jaya

Sejujurnya saya dah cuba hampir semua suplemen Shaklee tau! Kecuali DTX, Phytocol ST dan Advanced Joint Tablet. Semua pun saya suka dan mendapat hasil yang sangat positif. Kalau di suruh pilih mana satu suplemen yang paling saya suka, memang tak tahu nak pilih yang mana.

Selain suplemen, ada juga set penjagaan kulit muka, set penjagaan rambut, jag penapis air, krim serbaguna Herbal Blend, set Get Clean (sabun pencuci baju, pencuci pinggan, pelembut dan Basic H). Pilih saja yang mana satu pilihan hati.

Rugi sangat jadi Shaklee Independent Distributor kalau tak rebut semua peluang yang diberi dan cuba semua produk. Apa yang pasti semua produk Shaklee adalah selamat, semulajadi dan diyakini keberkesanannya. Pastikan saja korang dapatkan dari pengedar yang bertauliah macam saya 😉

Bekerja Dari Rumah Sambil Dodoikan Anak

Bila perbelanjaan melebihi pendapatan sekarang ni, mampu lagi ke kita nak berjimat-cermat? Tang mana lagi agak-agaknya yang boleh dijimatkan? Ada tak yang boleh berkongsi idea berjimat-cermat?

Perbelanjaan sekolah anak dah tetap, belanja dapur dah tetap, minyak tol untuk ke tempat kerja, bil-bil dan ansuran rumah serta kereta lagi.

Pada pendapat peribadi saya, tambahlah income keluarga. Nak tambah macam mana kalau boss tak naikkan gaji kan? Tambah dengan cara cari income tambahan, bisnes secara online atau bisnes kecil-kecilan. Tapikan korang, kalau buat bisnes pek makanan di rumah pun sekarang ni orang dah online kan supaya mudah customer nak cari.

Yang kreatif dan inovatif boleh la gunakan apa yang ada untuk buat kraf, buat hantaran kahwin, buat ‘diaper cake’ (hispter sangat hadiah baby, tak main la hamper bagai dah zaman ni)

Yang agak-agak kurang modalnya boleh sangat jadi ejen jual produk orang. Tapi kena pastikan produknya bagus, selamat dan tidak memudaratkan pengguna. Buat sedikit research sendiri. Janganlah pula menjual hanya kerana produk tu glamer atau sebab keuntungan semata-mata. Besar tanggungjawab kita untuk memastikan produk yang kita jual bagus dan memberi manafaat kepada pengguna.

Apa yang pasti, income kedua ni memang dah wajib untuk setiap isi rumah. Usah peningkan kepala fikir benda yang tak boleh kita ubah seperti kenaikan harga barang, tapi mula gunakan akal anugerah Allah swt ni untuk fikirkan bagaimana kita boleh tambah income agar dapat menggembirakan keluarga dan lagi baik bantu lebih ramai lagi orang di luar sana.

Bagi yang masih lagi tercari-cari bisnes apa yang boleh dilakukan di rumah tanpa perlu selalu keluar dan simpan stok melambak-lambak, saya ada jawapan yang paling tepat.

Paling best, ianya sangat sesuai bagi surirumah yang ada masalah transport sebab semua order boleh dilakukan hanya dari rumah. Klik-klik di website, pihak syarikat yang tolong urus dan poskan. Mudah ke mudah? Semuanya hanya di hujung jari.

Apa yang saya sangat pasti, produk Shaklee adalah produk yang dijamin selamat kerana ia telah menjalani beratus malah beribu ujian klinikal sebelum sampai ke pengguna. Malah ada landmark study juga.

Dengan Shaklee, tak perlu nak keluarkan modal yang besar pun. Malah saya dengan berbesar hati akan guide dan ajar langkah demi langkah cara untuk menambah pendapatan keluarga seterusnya berjaya dalam Shaklee.

Pengedar_Shaklee_Subang_Jaya

 

Jangan segan silu hubungi saya supaya kita boleh bercerita lebih lanjut bagaimana nak bekerja dari rumah sambil jaga anak dan keluarga.