Perbezaan Shaklee Dengan MLM Haram Jadah

Pejam celik rupanya sudah 4 tahun saya berbisnes Shaklee. Tak sangka sebenarnya saya yang susah nak konsisten dengan sesuatu perkara mampu bertahan selama ini dan insya Allah selama-lamanya dengan Shaklee sebab Shaklee adalah bisnes yang boleh diwariskan kepada anak cucu.

berkerja-dari-rumah

Antara sebab utama saya pilih Shaklee sebagai bisnes pilihan hati ialah kerana ianya sangat mesra keluarga. Anak-anak boleh dibawa bersama dalam kelas-kelas yang diadakan samada kelas dari upline mahupun kelas anjuran Shaklee. Memang niat semasa berhenti kerja satu ketika dulu untuk menjada dan bersama anak, takkan la sebab bisnes je saya nak tinggalkan anak pula kan. Malah, anak adalah sumber kekuatan saya untuk berbisnes.

Satu lagi sebabnya, saya join Shaklee dengan hanya RM65 sebagai yuran keahlian seumur hidup. Itu sahaja. Tiada paksaan untuk membeli stok. Tiada modal ribuan ringgit sehingga perlu membuat pinjaman bank. Dan tiada arahan dari upline untuk mencari ahli baru dengan segera atau head hunting.

Sebab ketiga, saya tak perlu risau pasal stok, tak perlu simpan stok. Kebetulan rumah saya juga berhampiran dengan Home Office Shaklee, maka mudah sangat nak pergi beli stok bila ada customer order. Kalau tak berkesemapatan nak ke Home Office, atau bagi yang takde kenderaan pun masih boleh beli stok hanya dengan melayari website shaklee2u.com.

Setelah 4 tahun dalam Shaklee ni, target saya sekarang ini adalah nak bantu lebih ramai suri rumah mencari wang saku dan menambah pendapatan tanpa perlu tinggalkan anak-anak di rumah. Saya juga nak didik lebih ramai orang tentang kepentingan menjaga kesihatan dan mengamalkan pemakanan yang lebih sihat seawal usia muda. Jangan nanti dan berusia dan berpenyakit baru sibuk nak cari penawarnya.

Shaklee sebenarnya bukan sahaja memberi peluang kepada kita menambah pendapatan dan kehidupan yang lebih sihat tetapi andainya kita mendaftar dengan kumpulan yang betul, kita akan dapat lebih dari itu. Siapa antara pembaca yang suka travel/melancong/bercuti? Tipu sangat kalau ada yang kata ‘saya tak suka bercuti ke luar negara, lebih baik duduk diam-diam dalam rumah je’

travel-dengan-shaklee

Sebenarnya dengan Shaklee, peluang untuk travel adalah sangat banyak. Kita boleh buat pilihan samada nak bercuti setaraf 5-6 bintang bersama Shaklee ataupun trip persendirian bersama ahli keluarga dengan belanja hasil dari bonus Shaklee tentunya. Bercuti bersama Shaklee memang idaman dengan SID (Shaklee Independent Distributor) sebab kosnya ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee dan dapat banyak hadiah, kejutan serta duit belanja makan!

Insya Allah saya sendiri sedang berjuang mendapatkan tempat dalam trip eksklusif Shaklee ke luar negara ini. Yang penting, bukan seorang diri tapi bersama suami dan anak sekali.

signature

Omegaguard Minyak Ikan Pilihan Sekeluarga

My only boy, Azizul Hakim memang peminat No.1 minyak ikan tulen ni. Dia boleh kunyah je Omegaguard ni macam gula-gula. Tetapi lepas tu kena gosok gigi sebab mulut berbau..hahaa

omegaguard-shaklee

Kalau dulu, ada banyak benda yang anak saya tak boleh nak buat. Bukan dia tak mampu atau tak mahu, tetapi kesihatan tak mengizinkan. Kesian bila tengok dia terbatuk-batuk dan bernafas laju bila bermain aktif skit. Nama pun budak lelaki, mana la boleh nak duduk diam-diam kan..

Tapi sekarang, Alhamdulillah dia boleh bermain dan explore dunia kanak-kanak tanpa batasan! Dia boleh bermain, beraktiviti, berenang dengan sesuka hati 😉 bila dijangkiti batuk selsema pun sangat cepat sembuh dan tak melarat sehingga ke satu atau dua minggu macam dulu-dulu.

2 tahun mengamalkan Omegaguard dengan konsisten, Azizul Hakim nampak lebih fokus dalam kelas. Dia memang sangat cekap dengan nombor tapi membaca dan menghafal pun takde masalah.

Semput atau asthma memang musuh paling ketat anak-anak kecil. Ia menghalang keupayaan dan kebebasan anak-anak bermain dan beraktiviti dengan gembira. Saya masih ingat ketika di sekolah rendah, akan ada seorang dua rakan sekelas yang diberi excuse dari menyertai kelas pendidikan jasmani atas sebab semput. Kasihan melihat mereka yang terpaksa menghadkan aktiviti berbentuk fizikal atas sebab kesihatan.

minyak-ikan-omega3

Dunia kanak-kanak adalah dunia yang perlu diterokai supaya mereka belajar melalui pengalaman sendiri. Jangan bataskan dunia kanak-kanak mereka disebabkan semput. Let them be free and explore their world happily 😍

signature

 

Mak Insan Paling Bermakna Dalam Hidup Seorang Anak

Ini lah mak yang melahirkan saya ke dunia. Kemain senyum lebar kan.. sebab masa ni dia gi berjalan kat Cameron dengan family abang.

mak-makan-shaklee

Sebenarnya bulan lepas, mak tak berapa sihat. Dua kali mak pitam, pening, tak larat nak bangun. Dua kali juga jantung ni seakan terhenti sekejap bila dengar mak tak sihat. Hati anak yang mana lah tak terasa bila dapat tahu mak tak sihat.

Sebenarnya masa mak muda, mak jarang sakit kecuali sesekali mak terbaring sebab sakit kepala. Mana tak sakitnya, nak jaga kami 11 beradik yang macam-macam ragam ni kan. Tapi sekarang mak ada darah tinggi dan kencing manis. Tekanan darah tinggi mak kadang-kadang tinggi sampai 180, kadang-kadang 120. Penyakit biasa golongan mak ayah yang dah berumur macam ni kan. Tambah lagi hormon yang bertanggungjawab pun dah berkurangan.

Mak juga dah tak kuat sangat berjalan. Lama dah mak mengadu sakit-sakit lutut. Kebelakangan ni pun mak solat duduk je atas kerusi. Kesian juga tengok dia bila kami adik beradik seret juga mak bawa berjalan atau pergi makan-makan.

Apa yang cuba kami adik beradik buat, kami akan sedaya upaya untuk sentiasa dekat dengan mak. Setiasa temankan mak. Walaupun tak dapat berkumpul 11 beradik untuk setiasa bersama mak, tapi kami pastikan sekurang-kurangnya ada yang menemani dan menggembirakan mak. Bila mak sentiasa tenang dan gembira pastinya tekanan darah dan gula mak stabil.

Kalau boleh nak senyuman lebar tu kekal sampai bila-bila. Banyak lagi impian mak yang belum dapat kami tunaikan. Semoga Allah beri peluang untuk kami adik beradik sentiasa gembirakan hati mak.

signature

Beza Landmark Study Shaklee dengan Kajian Lain

Apa beza Landmark Study Shaklee dengan research lain? Selalu kita dengar SID bercerita pasal Landmark Study kan.

landmark-study-shaklee

Penyakit-penyakit seperti darah tinggi, kecing manis dan penyakit kardiovaskular bukanlah penyakit ‘overnight’. Ianya mengambil masa lebih 10 ke 30 tahun untuk mula menampakkan simptom-simptomnya. Kenapa lama sangat? Sebab ianya dipengaruhi oleh gaya hidup dan amalan pemakanan harian kita. Kalau selama hari ni kita makan macam-macam dan rasa biasa je tak sakit pun sebenar penyakit tersebut sedang berkembang dalam tubuh badan kita.

landmark-study

Landmark study ke atas supplemen Shaklee dilakukan selama 20 tahun untuk mengetahui kesannya ke atas tubuh badan kita. Bukan research short term je tau.. ia di jalankan dengan teliti dan rapi agar keputusannya dapat ditentukan dengan tepat.

Itulah salah satu sebabnya saya setia sangat dengan vitamin semulajadi dan selamat ni 😉 malah ramai SID yang dah berpuluh tahun amalkan suplemen Shaklee kelihatan lebih sihat dan cergas bertenaga berbanding dahulu.

Jadi, kalau korang bercadang nak mula ambil vitamin dan suplemen, pastikan ianya menjalani kajian klinikal dan selamat diamalkan dalam jangkamasa panjang!

signature

Filem Upin dan Ipin Jeng Jeng Jeng Santai Tetapi Bermesej

Pada hari Rabu 23 November 2016 yang lepas, saya mendapat jemputan untuk menyaksikan sneak peek filem Upin dan Ipin Jeng Jeng Jeng di GSC IOI City Mall Putrajaya. Yang menjadikan ianya lebih istimewa, jemputan dari Denaihati Network ini turut hadir bersama adalah Menteri Petanian dan Industri Asas Tani Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek, Tuan Haji Burhanuddin (Pengarah Urusan Les Copaque) dan warga kerja Les Copaque Production sendiri.

Saya datang bersama peminat Upin Ipin nombor satu iaitu anak saya yang berusia 6 tahun. Bagi saya, jalan ceritanya ringkas dan santai serta mudah difahami oleh seorang kanak-kanak. Walaupun santai, ianya mempunyai mesej dan pengajaran yang boleh diambil iktibar. Part paling best, setiap kali kemunculan Upin dan Ipin, mereka akan sebut ‘Jeng Jeng Jeng’.. maka bersahutan juga la suara anak anak yang teruja turut sama sebut ‘Jeng Jeng Jeng’.

Saksikan di pawagam berdekatan anda semua bermula 24 November 2016
Saksikan di pawagam berdekatan anda semua bermula 24 November 2016

Kisahnya bermula dengan seorang anak yatim bernama Aqish yang tinggal di Rumah Kasih Darul Makmur bersama beberapa anak-anak yatim yang lain. Rumah anak yatim ini diusahakan oleh Haji Makmur sendiri dan setelah dia meninggal dunia, dia menyerahkan amanah itu kepada anak perempuannya yang bernama Noreen. Noreen pula, seorang gadis yang mempunyai cita-citanya sendiri.

Yang lain tu, korang saksikan lah sendiri bagaimana Noreen tergamak meninggalkan rumah anak yatim amanah arwah ayahnya di saat mereka mengalami masalah kewangan dan bagaimana kemunculan Upin dan Ipin menyelamatkan konsert charity yang telah dirancang untuk mendapatkan dana untuk rumah anak yatim serta membayar wang pinjaman Zaman. Eh? Siapa pula Zaman ni kan? Jeng Jeng Jeng!!

Sempena musim cuti sekolah ni memang berbaloi-baloi bawa anak-anak ke pawagam untuk menyaksikan Upin Ipin Jeng Jang Jeng ni tau! Lebih-lebih lagi kalau anak-anak memang meminati budak kembar botak yang bijak ni. Pasti mereka teruja bila nampak kemunculan Upin dan Ipin setiap kali Aqish bersedih atau memanggil mereka. Jangan lupa saksikan bersama keluarga!

Budak yang sangat teruja dengan Upin Ipin!
Budak yang sangat teruja dengan Upin Ipin!

 

With my gorgeous blogger friend
With my gorgeous blogger friend

 

With Hajah Ainon a.k.a Opah yang sangat sporting
With Hajah Ainon a.k.a Opah yang sangat sporting

 

signature

Niat Menulis dan Berkongsi Sesuatu Yang Bermanafaat

Saya seorang yang suka menulis sebenarnya sejak dari zaman sekolah lagi. Bagi saya, menulis umpama terapi minda dan jiwa. Zaman sekolah, saya seorang yang sangat rendah keyakinan diri, low self esteem bak kata omputih. Jadi saya tak pandai menyuarakan pendapat dan bercerita tanpa membuat orang lain salah faham. Iya, memang dulu-dulu ada yang salah faham dengan apa yang cuba saya sampaikan sebab saya tak pandai pilih ayat dan perkataan yang sesuai.

Makanya saya lebih selesa menulis untuk meluahkan segala yang terpendam di hati. Tapi faham-faham je lah, bila menulis ni boleh jadi meleret macam novel 800 muka surat pula..hihi. Akhirnya saya terfikir sampai bila nak meluah perasaan je kan. Apa kata saya buat sesuatu yang boleh memberikan kebaikan kepada orang lain.

Semakin lama saya belajar untuk menulis sambil memberi manafaat kepada pembaca. Sekurang-kurangnya saya juga akan dapat tempiasnya bila apa yang kita kongsikan berguna buat orang lain. Bak kata mentor saya, ilmu kena kongsi dan sebar-sebarkan.

Ohh ada juga orang yang kata, dia tak pandai menulis. Risau jika bahasa dan susunan ayatnya berterabur. Sebenarnya apa yang perlu dilakukan adalah teruskan menulis dan berkongsi. Bila kita dah banyak menulis, lama-lama cara penulisan kita juga akan jadi lebih mudah difahami dan teratur. Lama-lama penulisan kita akan bertambah baik dan sedap dibaca.

Satu lagi yang paling penting ialah mesti banyakkan membaca supaya lebih banyak perkara yang boleh kita kongsikan. Macam saya, saya lebih sukakan buku fizikal, sebab mata pun dah tak berapa tahan bila tengok skrin lama-lama. Lagi satu, feel dia lain bila kita pegang buku fizikal dengan membaca di tab, ipad atau smartphone. Namun saya sedar suatu hari nanti perlu juga membaca secara online sebab nak selamatkan pokok-pokok di atas muka bumi ini dari ditebang!

Akhirnya dapat juga melepas rindu di blog kesayangan ni. Lama dah tak dapat menulis, rasa tak lengkap hidup! Insya Allah lepas ni akan sedaya upaya luangkan masa menjengah rumah pink ini. Sampai jumpa lagi..

mamavogue

signature