Kelebihan Minum Jus Buahan Segar dan Waktu Terbaik Menikmatinya

Bila saya sebut jus buah segar, saya maksudkan jus buah yang diperah segar di rumah. Bukan jus buah dalam botol atau kotak yang dibeli dari pasaraya. Kedua-duanya adalah dua minuman yang berbeza walaupun tercatat pada botol atau kotak berkenaan perkataan SEGAR. Jus buah segar yang saya maksudkan adalah yang dikisar kemudian ditapis ataupun diperah menggunakan juicer dan tidak dicampur dengan sebarang penambah perisa seperti gula, stevia ataupun madu.

Contoh juicer yang boleh digunakan untuk membuat jus segar
Contoh juicer yang boleh digunakan untuk membuat jus segar

 

Jika anda sedang mengamalkan pemakanan yang sihat, memang sesuai sangatlah amalkan juga minum jus segar ini. Ianya membantu memenuhi keperluan nutrisi dan sumber antioksidan semulajadi yang diperlukan oleh tubuh badan. Ada beberapa jenis buah boleh dicampur bersama dan bertindak dengan lebih baik. Sebagai contoh, jika dicampur jus nenas, epal dan oren, ia boleh menjadi penggalak tenaga (energy booster).

Ada satu lagi tips yang perlu kita ikut sekiranya kita nak dapatkan khasiat terbaik dari jus buah yang diminum iaitu waktu minum jus. Waktu terbaik minum jus buahan segar adalah ketika perut kosong, kebiasaannya waktu pagi iaitu ketika sarapan. Kenapa kena minum waktu perut kosong? Kerana perut yang kosong mampu menyerap segala nutrien dengan lebih baik berbanding perut yang sudah dipenuhi makanan.

Minum jus buah ketika perut kosong juga bagus untuk sistem penghadaman. Ini kerana jus buah mengandungi serat dan pelbagai jenis enzim untuk membantu penghadaman yang baik. Maka takde lah kita dera perut kita setiap hari untuk bekerja keras menghadamkan makanan berat yang selalunya kita ambil seawal pagi (contoh nasi lemak, nasi kerabu dll)

Sedapnya jika dapat menikmati jus buahan segar setiap hari
Sedapnya jika dapat menikmati jus buahan segar setiap hari

Apabila kita memulakan hari dengan segelas jus buah segar setiap hari ketika perut kosong, ia akan menyerap segala nutrien dan antioksida yang baik untuk tubuh badan kita dengan lebih efisyen. Ia juga membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk memulakan tugasan harian.

Ada satu lagi tips penting yang wajib anda buat sekiranya nak memulakan hari dengan jus buah, iaitu cuba elakkan minum jus buah-buahan sitrus atau berasid. Ada sesetengah orang, memang tak tahan minum jus oren seawal pagi dan perut akan memulas atau rasa tak selesa! Mulakan dengan segelas kecil dahulu atau buat jus yang dicampur dengan beberapa jenis buah. Insya Allah saya akan kongsikan resepi jus buah-buahn segar yang boleh dibuat sendiri dirumah di entry seterusnya untuk rujukan saya dan semua.

Ingat tau! Nikmati jus buah-buahan ketika perut kosong sebaiknya di awal pagi ataupun gantikan dengan air teh/kopi di waktu minum petang. Atau sekurang-kurangnya 2 jam selepas waktu makan.

signature

mamavogue

Kenali Punca Jerawat dan Cara Mudah Mengatasinya

JERAWAT!! Mimpi ngeri buat semua orang terutama kaum wanita kan. Jerawat ni bukan sahaja menyakitkan tetapi membuatkan muka kelihatan bengkak dan kemerahan. Malah jerawat boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kurang berkenyakinan terhadap diri sendiri dan malu untuk bersosial. Of kos saya boleh relate dengan masalah ini sebab saya mempunyai masalah jerawat ni sejak berumur 17 tahun.

Beberapa bulan sebelum SPM, ketika saya sedang membuat persiapan untuk peperiksaan besar itu saya perasan perubahan yang sangat ketara pada kulit muka. Ia jadi terlalu berminyak dan kadang-kadang berbiji halus kemerahan. Tak lama lepas tu mula la keluar biji-biji yang lebih besar dan bernanah. Tapi masa tu tak peduli sangat sebab fikirkan stress belajar je.

Every girls nightmare!!
Every girls nightmare!!

Tetapi, setelah berumur 33 tahun ni muka masih berjerawat, tiu bukan stress dah namanya! Mesti ada something wrong somewhere kan. Ramai yang kata nanti dah ada anak hilang la jerawat tu (sama macam senggugut) tapi rupanya hanya mitos belaka. Sedihhhh! Dah jadi mak orang pun muka masih dipenuhi jerawat terutama ketika datang bulan. Maka bermula lah misi mengenali punca sebenar Cik Jerawat ini..

Punca-punca Jerawat Yang Jarang Kita Tahu

Musuh nombor satu tetapi bestfriend forever jerawat adalah GULA PUTIH. Haa terkejut kan? Apa kaitannya gula dengan jerawat? Bila kandungan gula terlalu tinggi dalam darah, ia buat darah jadi pekat dan sukar mengalir dengan lancar. Maka segala vitamin dan supplemen yang kita duk pulun untuk jerawat ni tak dapat berfungsi dengan baik! Rugi je kan bayar mahal-mahal beli vitamin.

Yang kedua, MAKANAN BERGORENG dan berminyak. Selama ni sedap je kan belasah goreng pisang, cekodok, ayam goreng, mee goreng. Segala jenis yang berminyak semua di telan! Inipun sama juga, ia menyebabkan pengaliran darah yang tidak lancar seterusnya segala makanan kesihatan yang kita ambil tak dapat diserap sempurna.

Kurangkan atau elakkan terus makanan berminyak dan diproses
Kurangkan atau elakkan terus makanan berminyak dan diproses

Yang ketiga, USUS YANG KOTOR. Macam mana nak tahu usus kita kotor ke tidak? Orang yang mempunyai usus yang sihat adalah orang yang melakukan pembuangan paling minimum 2 kali sehari dan kentutnya tidak berbau. Bila usus kotor dan bertoksin, macam mana ia nak serap segala nutrien dalam makanan? Dan bila toksin dan tertalu banyak, ia akan menyebabkan kulit kita menjadi berjerawat dan berminyak.

Selain daripada 3 punca di atas, jerawat juga boleh timbul disebabkan PENCEMARAN UDARA, terlalu banyak mengambil minuman BERKAFEIN dan yang paling penting, KURANG MINUM AIR MASAK. Bila kita dah tahu puncanya, maka lebih senang untuk kita atasi masalahnya kan.

Cara Mudah Mengatasi Masalah Jerawat

Sebenarnya kebanyakan daripada punca di atas adalah sebab utama kenapa kulit muka saya berjerawat. Sebelum ini, memang tak pernah nak jaga pemakanan dan amalkan diet yang lebih sihat. Namun, awal tahun ini saya ada buat detoks parasit bersama-sama geng se-Shaklee dan hasilnya sangat mengujakan! Detoks parasit adalah detoks ketika bulan mengambang penuh. Kiraan hari detoks tersebut menggunakan tarikh kalendar hijrah. Alhamdulillah ia memberi kesan yang sangat baik dan kulit saya nampak semakin sihat.

Bila kita dah tahu puncanya, lebih senang untuk kita atasi masalah jerawat ini tau. Yang PERTAMA pastikan kita minum air masak secukupnya setiap hari. Air masak membantu badan kita menyingkirkan toksin dan membersihkan usus dengan lebih baik.

Minum air yang mencukupi penting untuk tubuh badan kita
Minum air yang mencukupi penting untuk tubuh badan kita

Yang KEDUA, kurangkan gula dalam makanan dan minuman harian kita. Gula bukan yang kita guna untuk bancuh air sahaja tau, tetapi dia terdapat dalam hampir semua makanan yang diproses terutama roti, biskut, minuman 3in1, kek, pastri dan banyak lagi.

Yang KETIGA, bila dah kurangkan makanan bergula, bergoreng, berminyak dan minum air masak secukupnya pastikan kita membuang sisa kumbahan dalam perut tu sehari 2 kali. Paling tidak pun mesti setiap hari. Tak perlu pun disimpan lama-lama dalam perut, kang lebih banyak mendatangkan mudarat dan penyakit.

punca-jerawat
Gambaran ini memberikan penjelasan kepada beberapa punca kulit muka berjerawat

Haa.. bila dah baca rasa macam mudah je sebenarnya kan? Salah tu.. Tak mudah tau nak kurangkan gula dan makanan bergoreng terutamanya dalam pemakanan seharian kita. Tetapi demi usus dan kulit yang lebih bersih dan sihat, sebaiknya kita kawal pemakanan kita. Banyak je resepi sihat yang boleh dicuba dalam Facebook dan juga Google. Antara rajin atau tak je..hihi.

Selamat mencuba! Insya Allah hasilnya pasti positif dan ketara.

signature

mamavogue

 

Tips Bercuti Bersama Anak-anak Kecil

Pejam celik kita dah sampai ke penghujung tahun 2016, cuti sekolah pun akan bermula tak lama lagi. Kebiasaannya selain sibuk menyediakan keperluan dan kelengkapan persekolahan anak untuk tahun seterusnya, mak ayah juga akan merancang percutian bersama keluarga. Merakam memori indah buat si anak ketika cuti sekolah. Masa ini juga lah mak ayah ingin meluangkan masa yang berkualiti dan mengeratkan hubungan dengan anak.

Namun, saya tahu kadang-kadang ada persediaan dan percutian yang tak terancang dengan baik menjadi sedikit kelam kabut akhirnya. Mana nak jaga mood anak yang berubah-ubah kejap meragam kejap baik, masa tu la anak tak sihat pula kemudian ada pula keperluan anak yang tertinggal. Adehh! Akhirnya percutian yang diharapkan menjadi satu disaster pula.

Maka sebelum semuanya jadi kelam kabut dan membuatkan mak ayah stress, saya kongsikan beberapa tips untuk bercuti bersama anak kecil agar semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

1. Buat senarai barangan keperluan anak dan mak ayah

Buat Senarai Barangan Yang Perlu Dibawa
Senarai ini penting supaya tiada barang keperluan yang tertinggal terutama botol susu bayi, puting, lampin, kain selimut, tisu basah dan makanan/puri (jika berumur bawah setahun)

2. Katil Tambahan/ Baby Cot

tips-bercuti2
Jangan lupa beritahu kepada pihak hotel terlebih awal semasa membuat tempahan bilik. Katil tambahan atau baby cot ini perlu agar bayi atau anak kecil dapat tidur dengan lebih selesa.

 

3. Peralatan Mandi/Baju Renang/Pelampung

tips-bercuti3
Biasanya bila kita menginap di hotel, perkara paling disukai oleh anak-anak kecil ini pastilah berendam di kolam renang. Pastikan kita bawa segala peralatan mandi si anak untuk mengelakkan berlakunya tantrum nanti. Pelampung juga penting untuk keselamatan anak. Jika ke pantai, pastikan mainan yang sesuai juga ada bersama.

4. Kesihatan Sekeluarga

tips-bercuti4
Kanak-kanak biasanya mudah sakit apabila terlalu lama bermain air atau bercampur dengan orang ramai. Pastikan kita sediakan perisai dari dalaman sebagai langkah pencegahan. Amalkan pemakanan sihat dan supplemen sekurang-kurangnya seminggu sebelum pergi bercuti. Bawa juga ubat-ubatan untuk diambil sekiranya perlu.

5. Rancang Aktiviti

tips-bercuti5
Rancang lebih awal semua aktiviti yang akan dilakukan ketika bercuti. Susun jadual secara teratur dan pastikan ianya termasuk juga aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak.

6. Jadual Waktu Tidur

tips-bercuti6
Waktu tidur anak adalah sangat penting. Walau apa pun rancangan kita ketika bercuti, pastikan anak mendapat rehat secukupnya dan tidur mengikut waktu yang ditetapkan. Bila anak-anak cukup rehat, mereka akan lebih bertenaga dan tidak meragam keletihan ketika berjalan.

Cukup rasanya 6 tips mudah untuk bercuti bersama anak kecil yang saya kongsikan. Saya pasti semua mak ayah mahukan percutian seronok, bermakna dan menjadi kenangan yang indah buat anak. Anak-anak kecil pula pastinya gembira apabila mak ayah membawa mereka berjalan-jalan. Ikuti tips mudah ini supaya segala yang dirancang akan lebih teratur dan lancar. Anak tak meragam, mak ayah pun tak stress.

Artikel ini memberi manafaat? SHARE kan artikel ini di wall anda sebagai rujukan bersama.

signature

mamavogue

Vivix Bantu Kawal Paras Gula Dalam Darah

Bercerita tentang paras gula tidak stabil, iaitu kecing manis, masih teringat keadaan bapa mertua saya ketika dia tiba-tiba pitam di dapur. Dalam kerisauan dan kelam kabut mak mertua saya, suami bancuhkan air gula dan suakan ke mulut bapanya. Cukuplah seteguk dua hanya untuk beri dia sedikit tenaga agar dia boleh bangun dan dialihkan ke katil. Bila di bawa ke klinik, rupa-rupanya dia dalam keadaan hypoglycemia (kekurangan gula dalam darah).

Bapa mertua memang dah lama mengidap kencing manis, sejak dari zaman mudanya kata suami. Dia hanya bergantung kepada ubat semata-mata dan tidak berapa menjaga pemakanannya. Kencing manis ini jika tidak dikawal memang paras gula jadi tak stabil, sekejap terlalu tinggi, sekejapan pula boleh jadi terlalu rendah. Ianya boleh mmudaratkan jika dibiarkan terlalu lama tidak dikawal.

Dalam banyak-banyak produk Shaklee, selain daripada ESP (Energizing Soy Protein), GLA Complex dan Vitalea, Vivix adalah antara produk yang selalu dicadangkan untuk pesakit kencing manis. Vivix mempunyai 15 jenis polifenol tumbuhan yang dipanggil resveratrol.

Bila sebut perkataan resveratrol, mesti orang semua kerut dahi. Apa benda lah resveratrol ni, dah la susah nak sebut pulak tu. Resveratrol adalah bahan yang terkandung di dalam kulit buah anggur, kekacang dan juga sesetengah buat beri. Ia bertindak sebagai antioksidan yang melindungi dan melawan radikal bebas dari merosakkan sel.

Di dalam Vivix, resveratrol diperolehi dari buah Anggur Muscadine, anggur yang besaiz seperti sebiji bola golf. Selain itu, ia juga diperolehi daripada tumbuhan yang bernama Polyganum Cuspidatum (Japanese Knotweed), Lobak Ungu dan Elderberry. Apa pula tugas resveratrol ini ya?

vivix-kencing-manis

1. Mengekalkan fungsi insulin

Insulin adalah hormon yang mengawal dan menstabilkan kandungan gula dalam darah. Apabila seseorang itu menghidap kencing manis, ianya samada pankreas tidak mampu untuk menghasilkan insulin (Type I), sel-sel badan tidak lagi bertindakbalas dengan insulin (Type II – paling biasa) ataupun ibu mengandung yang menghidap kencing manis (GDM)

2. Mencegah pembentukan AGE (Advanced Glycation End) protein

AGE terbentuk apabila gula yang berlebihan di dalam salur darah terkumpul dan ‘terikat’ dengan protein dan membentuk molekul yang merbahaya. Sel dan molekul yang terbentuk akan menyebabkan faktor penuaan tubuh badan berlaku lebih cepat dari biasa.

Saya kongsikan di sini beberapa testimoni pesakit kencing manis yang mendapat manafaat dengan mengamalkan Vivix secara konsisten.

Berpuas hati dengan Vivix sehingga nak beli satu set promosi (Beli 6 percuma 1)
Berpuas hati dengan Vivix sehingga nak beli satu set promosi (Beli 6 percuma 1)

 

Pesakit diabetes selama 14 tahun kini bebas menikmati hidup setelah 7 bulan konsisten dengan Vivix
Pesakit diabetes selama 14 tahun kini bebas menikmati hidup setelah 7 bulan konsisten dengan Vivix

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi mengenai Vivix Shaklee ini. Ianya adalah minuman botanikal yang kaya antioksidan dan bertindak terus hingga ke tahap selular. Nak tahu perkara yang lagi hebat, setiap pembelian 2 botol Vivix, anda layak mendapat keahlian PERCUMA seumur hidup dan bonus tunai di bulan berikutnya.

signature

mamavogue

selfpromo

6 Sebab Kenapa Kita Perlu Detoks

Detoks ni apa sebenarnya ya? Mesti ramai pernah dengar tetapi tak pasti apa maksud sebenar detoks tu. Detoks adalah proses penyingkiran toksin dari dalam badan dengan cara semulajadi. Namun, zaman sekarang ni, tubuh badan kita terbeban dengan pelbagai jenis pencemaran dan menyebabkan proses detoks tak mampu lagi nak tanggung kesannya.

Detoks ini ada banyak jenis, ada detoks logam, detoks parasit, detoks usus, detoks hati dan detoks seluruh badan. Sekali sekala, kita boleh melakukan detoks ini dengan sendiri bagi membantu organ-organ dalam badan menyingkirkan toksin dengan lebih efisyen. Kenapa perlu detoks? Saya kongsikan di bawah ye.

detox-shaklee

6 Sebab Kenapa Kita Perlu Detoks

  • Untuk menyingkirkan toksin dalam badan – Toksin ini datangnya daripada pencemaran udara, air, penggunaan bahan pengawet dalam makanan, baja kimia dan pembuangan bahan industri. Toksin ini jika tidak disingkirkan, ia akan kekal dalam tisu dan sel seluruh badan termasuklah otak.
  • Mengelakkan penyakit kronik – Toksin di persekitaran kita menyumbang kepada penyakit seperti kanser, penyakit saraf, penyakit jantung dan juga strok. Walaupun tubuh badan kita ada sistem yang mampu menyingkirkan toksin, namun ia dah tak mampu nak tampung dengan keadaan pencemaran sekarang ni.
  • Meningkatkan dan merangsang sistem imun – Detoks secara berterusan membantu sistem imun badan berkerja dengan lebih efektif untuk menghalang jangkitan  dan penyakit.
  • Menurunkan berat badan – Toksin yang berlebihan akan menjadi penghalang kepada tubuh badan membakar lemak berlebihan secara semulajadi. Bila berat berlebihan, ia membawa kepada penyakit seperti diabetes dan darah tinggi.
  • Meningkatkan metabolisma badan – Dengan detoks, toksin yang ada dalam sel lemak akan disingkirkan dan akan meningkatkan metabolisma badan. Maka lebih banyak makanan dapat ditukarkan kepada tenaga.
  • Memperlahankan proses penuaan – Apabila toksin disingkirkan, radikal bebas dan sisa logam juga akan tersingkir. 3 bahan ini lah yang membuatkan badan kita lebih tua dari usia sebenar. Bukan sekadar nampak tua di kulit tetapi seluruh fungsi badan juga.

Apa yang paling utama, proses detoks ini membantu membersihkan sel-sel badan dan meningkatkan fungsi sel untuk menyerap segala nutrien termasuk antioksidan dan vitamin.Sebaiknya kita melakukan detoks ini setiap 3 bulan sekali supaya tubuh badan kita sentiasa berfungsi dengan baik dan orang-organ juga terpelihara.

Saya sendiri dah 2 kali  buat detoks seluruh badan dan sekali detoks parasit. Badan rasa lebih ringan dan bertenaga tau. Paling saya suka, muka saya yang berjerawat teruk akan jadi lebih bersih dan kulit lebih rata. Penghujung Disember 2015 berat badan saya mencecah 70kg, namun Alhamdulillah selepas 2 kali detoks, berat saya turun hampir 10kg. Part paling best, berat tak mudah naik semula walaupun ada ketika saya makan serupa seminggu tak jumpa nasi..haha.

Suka artikel ini dan rasa ia bermanafaat? Jemput SHARE di wall masing-masing. Terima kasih!

signature

mamavogue

Insomnia Mengganggu Keharmonian Rumahtangga

Pernah tak sesiapa di antara anda merasa sukar untuk tidur pada waktu malam dan bangun pagi dalam keadaan yang lebih letih? Mungkin anda dalam keadaan stress, tertekan ataupun mengalami insomnia.

Insomnia atau sleeping disorder adalah keadaan di mana badan kita terasa letih dan mengantuk tetapi tidak dapat tidur dengan baik. Antara simptom yang biasa adalah kesukaran untuk tidur di waktu malam, terjaga di tengah-tengah malam dan tidak oleh tidur semula dan juga bangun pagi dalam keadaan yang lebih letih.

tak-boleh-tidur

Antara perkara-perkara yang menyebabkan insomnia ini adalah

  • Tekanan dalam hidup (contohnya kerja, kehilangan yang tersayang, putus cinta)
  • Ketidakselesaan emosi atau fizikal
  • Faktor sekeliling (cahaya, bising, suhu)
  • Kesan daripada ubat yang diambil
  • Jadual tidur yang berubah (jetlag)

Bila tidak cukup tidur, badan kita akan menjadi lebih letih dan tidak dapat berfungsi dengan baik kerana tidak cukup rehat. Otak juga akan menjadi kurang fokus terhadap apa jua yang kita lakukan. Bagi seorang ibu, ianya boleh mengundang bahaya dan seterusnya boleh mengganggu keharmornian seisi rumah. Bayangkan jika kita selalu merasa letih, bagaimana kita nak uruskan hal rumah dengan baik? Lepas tu akan jadi lebih stress dan akhirnya si anak yang memerlukan perhatian yang jadi mangsa keadaan.

Saya adalah salah seorang yang menderita dengan insomnia ini. Mungkin juga akibat stress dengan kerja dan keadaan di sekeliling. Ketika itu saya masih bekerja di sebuah pejabat developer, yang mana semua kerja perlu disiapkan segera dan sentiasa mengejar masa. Letihnya badan, jangan cakaplah! Balik kerja, selesaikan urusan rumah dan melayan si anak yang ketika itu masih menyusu badan. Sampaikan kadang-kadang nak makan pun dah tak berselera.

ostematrix-shaklee

Selepas itu, saya cuba cari beberapa penyelesaian agar perkara ini tidak berlarutan. Saya kongsikan di sini agar boleh jadi rujukan mak mak lain pula. Ingat tau, insomnia ini boleh jadi mudarat jika dibiarkan berlarutan.

  • Cuba tidur pada waktu yang sama setiap hari. Tinggalkan semua kerja dan tidur apabila tiba masanya.
  • Elakkan kafein di waktu petang dan malam. Cuba tukar minum petang tu dengan sesuatu yang lebih berkhasiat
  • Jangan makan yang berat-berat sebelum tidur. Sebaiknya, elakkan makan nasi 3jam sebelum tidur. Jika lapar, ambil snek ringan je.
  • Jadikan bilik tidur kita lebih selesa, cahaya yang malap mungkin juga boleh letak wangian seperti lavender.
  • Bersenam. Yang ini terbukti membantu kita tidur dengan lebih baik. Buat senaman ringan 15minit setiap hari pun dah cukup membantu.
  • Jika kita terjaga kerana otak masih ligat berfikir, ambil pen dan buku dan catatkan semuanya. Buat to-do-list atau jadual untuk keesokan hari.
  • Jangan buat aktiviti lain di sebelum tidur terutama melihat handphone atau ipad. Cahaya dari gajet ini akan mengganggu dan mengelirukan otak anda yang ketika itu sepatutnya berehat.

Kerjaya sebagai ibu ni memang kena cukup rehat pada waktu malam agar lebih produktif di siang hari. Semoga perkongsian saya ini memberi manafaat kepada semua. Bila ibu sihat dan ceria, keluarga pastinya lebih bahagia.

signature

mamavogue

Jangan Abaikan Jika Badan Selalu Rasa Keletihan Melampau

Jangan abaikan jika tubuh badan kita selalu rasa keletihan melampau

Ianya mungkin petanda atau simptom bahawa badan kita berada dalam keadaan yang terlalu berasid. Pemakanan yang terlalu berasid boleh mengundang pelbagai penyakit dan ia seolah-olah menyeksa organ-organ dalam badan untuk membantu mengawal tahap asid tersebut. Makanan yang menyumbang kepada badan berasid tinggi ini adalah GULA PUTIH, daging, bijirin dan produk tenusu.

Antara simptom lain badan berasid tinggi adalah

  • Sistem imun yang lemah dan mudah dijangkiti penyakit
  • Lesu dan rasa kurang bertenaga
  • Gusi yang sering bengkak dan kaviti
  • Batuk dan sering sesak nafas
  • Kelihatan lebih tua dari usia
  • Sciatica dan rasa tegang dibahagian leher
  • Loya, muntah-muntah dan cirit birit
  • Sakit kepala dan insomnia
  • Alergi dan jerawat
  • Jangkitan pada buah pinggang dan pundi kencing
  • Sakit sendi dan otot
  • Peningkatan kepada denyutan jantung
  • Sering rasa pening dan kekeliruan
  • Peningkatan berat badan – diabetes – obesiti

Jika anda mengalami lebih dari 10 simptom ini, maka segeralah periksa tahan pH badan anda. Untuk mengetahui pemakanan yang telah anda ambil adalah berasid atau alkali, boleh juga memeriksa pH pada urin. Jika terbukti badan anda mempunyai kadar asid yang tinggi, maka segera lah bertukar gaya hidup dan pemakanan yang sedia ada.

Ada beberapa cara ringkas untuk mengurangkan tahap berasid tubuh badan yang ingin saya kongsikan

  • Minum air masak secukupnya. Sebaiknya melebihi 2 liter sehari. Cara mudah minum air masak DI SINI
  • Kurangkan pengambilan gula putih, daging, makanan berproses, makanan segera, bijirin dan produk tenusu
  • Ambil lebih makanan beralkali
  • Gantikan susu lembu dengan susu badam atau santan kelapa
  • Minum jus buah-buahan TANPA GULA
  • Gantikan minuman manis, berkarbonat, kordial dengan teh hijau atau teh herba yang lain
  • Lebihkan makan salad dan sayuran hijau.

Antara makanan bersifat alkali adalah Badam, Brokoli, Avocado, Bayam, Timun, Saderi, Pisang masak, Tembikai, Lemon dan Kale. Amalkan gaya hidup yang lebih sihat. Keluar bersenam sekali-sekala dan amalkan pemakanan ‘Real Food’ bukan makanan dalam tin, diproses atau sejukbeku. Insya Allah tubuh badan kita akan rasa lebih cergas dan sihat.

Bersama Shaklee, saya ada cara terbaik untuk mengurangkan keasidan badan dan seterusnya menyingkirkan toksin. Ianya dipanggil proses detoks dan dilakukan secara fokus selama 7 hari berturut-turut. Hubungi saya di 018-2835816 untuk konsultasi sepenuhnya dan informasi lengkap tentang proses DETOKS ini.

Sumber info : blogs.naturalnews.com

signature

mamavogue