11 Tanda Badan Anda Perlu Di Detoks SEGERA

Bayangkan sebatang paip air yang dah lama berkhidmat, cuba kita intai dalamnya mesti boleh nampak betapa berkarat batang paip tu kan? Makin hari makin tebal karat dan perjalanan air melaluinya dah tak lancar seperti mula-mula dulu. Macam tu juga lah dengan tubuh badan manusia, ia perlu di’servis’ dan di ‘overhaul’ sesekali bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan baik dan efisyen.

Bila sepatutnya kita tahu yang badan kita perlu di detoks? Ada tanda atau simptom tak yang menunjukkan badan kita dan terlebih toksin? Dah tentu la ada simptom-simptomnya. Saya nak kongsikan 11 tanda yang boleh kita perhatikan yang menunjukkan badan kita memang sangat perlu di detoks. Saya olah dari artikel di ideadigezt.com.

TANDA #1 – KELESUAN YANG MELAMPAU

Dah tidur awal pun letih, dah cukupkan tidur 8 jam pun bangun masih lesu. Ini kerana lebihan toksik membuatkan sistem badan stress dan mengganggu fungsi kelenjar adrenal.

TANDA #2 – PEMIKIRAN KABUR

Kebanyakan toksin akan menggangu fungsi otak terutama Aspartame dan MSG. Implikasinya, kadang-kadang kita seolah tak berada di dunia sebenar. Aspartame dan MSG adalah eksitotoksin, yang boleh menyebabkan sel otak mati.

TANDA #3 – KETIDAKTENTUAN EMOSI

Emosi yang bercelaru dan tidak tentu adalah petanda hormon yang tidak seimbang. Sesetengah jenis toksin memang boleh menyebabkan ketidak seimbangan hormon dikalangan lelaki dan wanita

TANDA #4 – BERAT BADAN BERLEBIHAN

Walau macam mana pun kita bersenam dan makan makanan sihat, berat badan tetap tidak berubah dan turun. Ini kemungkinan disebabkan oleh toksin yang bersifat menyimpan lemak. Jadi, selagi toksin jenis ini tidak disingkirkan, mustahil kita dapat menurunkan berat badan.

TANDA #5 – INSOMNIA

Apabila badan terlalu banyak toksin, hormon kortisol yang membantu mengawal stress akan terganggu. Hormon ini sepatutnya menurun menjelang petang ke malam namun disebabkan ianya tidak terkawal, ianya mengganggu waktu tidur.

TANDA #6 – SAKIT KEPALA SECARA TIBA-TIBA

Jika kita sakit kepala secara tiba-tiba dan tanpa sebab, ini bermakna kadar toksin dalam badan adalah tinggi. Selain Aspartame dan MSG, bahan pengawet dan pewarna tambahan dalam makanan juga boleh menyebabkan gangguan kepada fungsi otak.

TANDA #7 – SEMBELIT

Adalah sangat penting kita mempunyai sistem penghadaman yang baik supaya dapat menyingkirkan toksin dalam badan. Jika tidak, toksin ini akan kembali ke dalam saluran darah dan menyebabkan badan lebih bertoksin dari biasa.

TANDA #8 – PENYAKIT KULIT

Hati kita sepatutnya menyingkirkan toksin yang berlebihan dalam badan namun sekiranya toksin sudah terlalu tinggi, kulit akan membantu proses penyingkiran ini. Ianya akan menyebabkan jerawat, ruam dan bisul.

TANDA #9 – BAU BADAN

Jika nafas berbau, kentut dan najis yang berbau busuk, ianya menandakan badan kita sudah terlebih toksin dan hati serta kolon menghadapi masalah untuk menyingkirkannya. Proses mendetoks hati mestilah dilakukan sebaiknya.

TANDA #10 – SAKIT OTOT

Sesetengah jenis toksin merangsang saraf sakit pada otot dan menyebabkan kekejangan otot. Ianya mungkin mempunyai kesan serta-merta atau juga mengambil masa.

TANDA #11 – SENSITIF KEPADA BAU

Jika hidung sensitif kepada bau yang berlainan, bermakna badan kita tinggi kandungan toksin. Ianya boleh menyebabkan sakit kepala dan loya.

Perhatikan 11 simptom ini baik-baik, jika badan kita mengalami lebih dari 5 simptom di atas maka sudah sampai masanya untuk kita detoks badan dengan SEGERA. Proses detoks boleh dilakukan secara semula jadi seperti infused water atau mengambil supplemen yang organik dan selamat. Pastikan pengambilan air masak yang mencukupi supaya proses detoks berjalan dengan lancar.

Semoga bermanafaat!

signature

mamavogue

6 Makanan Yang Boleh Di Makan Bila Perut Rasa Kembung

Kembung perut ni bukan sahaja terjadi pada baby tau, kita yang dah besar-besar ni pun boleh terkena. Perut terasa berangin dan kembung biasanya disebabkan proses semulajadi semasa penghadaman. Kembung ni terjadi tak semestinya sebab terlalu banyak angin dalam badan, tetapi bagaimana reaksi badan kita untuk menangani kembung.

Saya lah salah seorang yang sering diserang kembung perut tu..hihi. Sungguh la tak selesa langsung! Kadang-kadang teruk sangat sampai rasa memulas-mulas angin tu dalam perut tau..Fuh! Tak tahan punya pasal terus saya search pasal kembung ni. Berita baiknya, baru saya tahu kembung ni boleh diatasi dengan beberapa jenis makanan. Saya kongsikan 6 jenis yang boleh kita dapati dengan mudah untuk melegakan kembung perut ini ye.

#1 TIMUN – Sangat efisyen terutama bila kita sedang mengalami kembung. Ianya redah serat dan tinggi kandungan air boleh melegakan dan meredakan perut kembung.

#2 TEH PEPPERMINT – ianya membantu melegakan ketegangan otot usus. Maka ianya akan mengurangkan ketidakselesaan dan mengeluarkan angin yang terperangkap. Sangat sesuai untuk melegakan sistem penghadaman dengan pantas.

#3 BETIK – betik membantu melancarkan sistem penghadaman. Ianya boleh dimakan mentah atau dibuat smoothie.

#4 YOGURT – pastikan memilih yogurt yang mempunyai bakteria baik yang aktif. bakteria ini membantu melancarkan sistem penghadaman dan mengelakkan kembung perut.

#5 PISANG – kadang-kadang kembung perut tidak semesti berangin tetapi makanan tinggi sodium. Potassium di dalam pisang boleh membantu menurunkan paras sodium. Ianya sesuai dijadikan snek harian.

#6 JINTAN MANIS – Jintan sangat membantu sistem penghadaman. Kebanyakan restoran India menawarkan jintan selepas makan kerana ia membantu meningkatkan enzim. Jintan boleh dimakan begitu sahaja, dimasukkan dalam masakan atau dibuat teh.

So cukup kan 6 jenis makanan ni? Lepas ni takyah la tahan kembung perut sampai 3-4 hari dah..hihihi. Cepat-cepat cari penyelesaian di dapur masing-masing!

Semoga bermanafaat!

signature

mamavogue

Kebaikan Minum Jus Oren Segar Setiap Hari

Bila kita menginap di hotel, kita selalu perasan jus oren akan dihidangkan ketika waktu bersarapan bersama-sama kopi, teh dan susu. Selain jus oren, kadang-kadang ada juga jus buah-buahan segar yang lain. Sebenarnya banyak kebaikan bila kita minum jus buah-buahan di waktu pagi. Antaranya mengelakkan sembelit dan melancarkan sistem penghadaman. Tapi kali ni saya nak fokus pada jus oren segar sahaja.

Banyak sangat kebaikan kalau kita minum jus oren setiap hari lebih-lebih lagi jika disediakan segar dirumah. Biasanya yang dalam kotak tu, dah dicampur bahan pengawet ataupun gula yang berlebihan. Jadi saya nak kongsikan dengan semua betapa bagusnya kita minum jus oren setiap hari!

~ Vitamin C – Rasanya ramai sedia maklum bahawa oren memang kaya dengan Vitamin C. Ianya adalah sebahagian dari keluarga buah sitrus yang boleh membantu meningkatkan imun sistem supaya badan dapat menentang infeksi dan penyakit dengan lebih baik. Selain daripada itu, Vitamin C juga dapat memastikan tubuh badan menyerap kalsium dan zat besi dengan baik.

~ Hesperidin – atau dikenali sebagai bioflavonoid (macam biasa dengar je pasal bioflavonoid ni kan? hihihi). Fungsinya adalah untuk membantu fungsi saluran darah dalam badan, mengawal tekanan darah yang normal dan mengelakkan masalah penyakit kardiovaskular.

~ Asid folik – sangat penting untuk wanita yang ingin hamil dan sedang hamil. Ibu yang hamil memerlukan asid folik agar dapat mengelakkan masalah pada saraf tunjang dan otak bayi.

Jus Oren

~ Masalah kulit – ianya membantu membersih dan mengecilkan pori di kulit. Jus oren juga dipercayai dapat mengelakkan kedut dan garisan halus di muka.

~ Kolagen – kandungan Vitamin C yang tinggi dalam jus oren adalah sangat baik untuk penghasilan kolagen. Ianya bukan sahaja untuk kulit malah kolagen adalah struktur penting dalam tulang, sendi, ligamen dan saluran darah.

Selain dari yang saya kongsikan di atas, sebenarnya ada banyak lagi kebaikan jus oren. Namun, dalam kebaikannya, jus oren mengandungi kadar gula yang tinggi meskipun yang diperah secara semulajadi. Pengambilan yang berlebihan tanpa diseimbangkan dengan air masak mungkin akan mendatangkan keburukan.

Jika kalian ingin mendapatkan kebaikan jus oren tanpa merisikokan tahap gula dalam badan, saya ada penyelesaiannya di SINI.

Semoga bermanafaat!

signature

mamavogue

 

Tips Mengekalkan Semangat Positif Dalam Bisnes

Zaman segalanya di hujung jari ni, ramai yang telah menceburkan diri dalam perniagaan atas talian. Tak kisah apa jenis perniagaan halal yang dijalankan, pastinya ada pasang surut semangatnya. Perjalanan sebuah perniagaan tak pernah mudah dan lurus, malah laluannya lebih banyak simpang siur dan bengkang bengkok. Hanya yang berjaya mengekalkan semangat, menguatkan keazaman dan sentiasa positif mampu mengharungi liku-liku berniaga ini.

Sebenarnya ramai yang mampu dan boleh mencapai impian masing-masing cuma kadang-kadang kita belum serlahkan dan ketahui potensi diri sendiri. Ada yang baru terlanggar bonggol sikit, dah melatah dan mengalah. Ada yang jatuh terjelepuk ke lubang tapi gigihkan diri dan terus bangkit malah melangkah lebih laju. Semuanya terpulang pada diri sendiri, tepuk dada tanya iman.

teamwork

 

Dalam perniagaan yang saya ceburi, ianya dibarisi mentor-mentor yang tak pernah jemu memimpin tangan dan memberi semangat. Ada banyak tips yang dikongsikan dengan anak-anak bisnes supaya sama-sama berganding bahu menuju kejayaan. Kami bersaing secara sihat dan adil. Siapa usaha lebih, dia dapat. Man Jadda Wajada. Antara ribuan tips yang diberikan, saya nak kongsikan dengan semua tips untuk kekalkan semangat dan sentiasa positif menghadapi apa jua keadaan.

Untitled Infographic (2)
Klik Gambar Untuk Lebih Jelas

#1 – MINAT DAN SEMANGAT – Dalam melakukan apa jenis perniagaan sekalipun, kita mesti ada minat sebab bila kita minat, maka kita akan mencari masa untuk melakukannya. Minat ni seumpama hobi, bila kita suka membaca kita akan luangkan masa dalam sehari untuk membaca.

Minat akan melahirkan semangat! Tak kisah la apa pun pandangan orang lain, kita akan tetap bersemangat melakukannya. Disebabkan minat, semangat kita berkobar-kobar untuk membuat sesuatu.

#2 – JATUH CINTA – Bila dah minat, maka mula la jatuh cinta. Kerana cinta kita sanggup lakukan apa sahaja. Kerana cinta, lautan api sanggup direnangi. Kerana cinta seorang mak pada anaknya, dia sanggup bersengkang mata menjaga anak yang sakit. Semuanya kerana CINTA. Tetapi jangan pula jatuh cinta pada duit tau! Jatuh cinta pada apa yang kita buat, duit akan ikut kemudian. Bak kata pepatah omputeh ‘Love what you do, Money will follow you’

#3 – FOKUS PADA YANG POSITIF – Berniaga memang susah, memang penuh pancaroba. Tiada perniagaan dalam dunia ni yang tak perlu komunikasi dengan orang, tak perlu promosi pada orang dan tak perlukan marketing. Asal namanya berjual beli, mesti la antara orang dengan orang kan. Namun, hadapi semua kesukaran itu dengan positif. Fokus pada niat kita membantu orang untuk mendapat kebaikan/memudahkan orang mendapatkan produk tersebut.

#4 – MELABUR DALAM PERNIAGAAN – Bukan semata-mata melabur dengan wang ringgit ye tetapi melabur dengan masa dan tenaga. Sebagai contoh, korbankan waktu tidur kita buat seketika sebelum kita stabil. Asah minda kita untuk fikirkan strategi yang boleh menuntungkan. Tanpa pengorbanan, segala impian takkan jadi kenyataan.

#5 – MELABUR PADA DIRI SENDIRI – Sentiasa upgrade skill dari masa ke semasa. Tambahkan ilmu pengetahuan, ilmu pengurusan perniagaan dan masa, leadership dan banyak lagi. Setiap hari belajar perkara baru, jangan sombong untuk bertanya dan menambah ilmu. Cari kelas-kelas motivasi, leadership atau buku-buku perniagaan dan aplikasikan dalam kehidupan seharian.

#6 – BERADA DALAM LINGKUNGAN ORANG-ORANG YANG HEBAT DAN POSITIF – Kawan yang baik umpama penjual minyak wangi, walaupun tiada bersama kita tetapi wangiannya kekal dengan kita. Jika di Facebook, UNFOLLOW atau hide status kawan-kawan yang berbaur negatif. Pastikan kita sentiasa bergaul dan berada dalam golongan kawan-kawan yang berjaya dan positif. Jaga hubungan baik dengan mereka dan jadikan mereka rujukan untuk sentiasa bersemangat dan berfikiran positif.

Apa yang penting, konsisten dengan apa yang kita lakukan dan fokus pada satu perkara pada satu masa supaya kita boleh capai apa yang diimpikan. Jika tidak, kita akan mudah hilang fokus dan akhirnya tidak ke mana-mana. Masa dan tenaga terbazir begitu sahaja dan tidak membuahkan hasil.

Moga perkongsian ini memberi manafaat kepada semua yang sudah lama atau baru sahaja menceburi bidang perniagaan offline mahupun online.


signature

mamavogue

Y.E.S Shaklee ; Tingkatkan Kesihatan Secara Keseluruhan Dengan Vivix

Biasanya, bila kita dengar pasal sesuatu supplement atau produk yang boleh mengubati hampir semua jenis penyakit mesti kita rasa ‘Eh ye ke ni? Boleh percaya ke?’ Saya tak pasti tentang produk lain tapi saya amat yakin dengan Vivix Shaklee. Sebabnya ia adalah hasil dari penyelidikan bertahun-tahun dan menjalani ujian klinikal bagi memastikan keberkesanannya.

Bahan utama dalam Vivix Shaklee adalah Anggur Muscadine, sejenis anggur liar bersaiz seperti bola golf dan mempunyai 20 kromosom (sebab itu ianya mempunyai fungsi imun yang tinggi dan tahap antioksidan yang lebih kukuh). Selain itu, bahan yang terdapat di dalam Vivix ialah Lobak Ungu (Purple Carrot), Elderberry dan Polyganum Cuspidatum (Knotweed Jepun). Bahan-bahan ini kaya dengan polifenol dan resveratrol.

Vivix Shaklee

Y.E.S Shaklee pula adalah singkatan dari Young Entrepreneur System yang ditawarkan oleh Shaklee dan Vivix adalah dibawah Set Healthy Young Living. Sesiapa sahaja layak mendapat apa yang ditawarkan dengan pembelian 2 botol Vivix dengan diskaun 5%. Selain diskaun, ada banyak lagi yang ditawarkan di bawah Program Y.E.S ini

~ Pendaftaran sebagai ahli secara PERCUMA (Jimat RM69)

~ Sebotol Vitalea Iron Formula PERCUMA (Bernilai RM94)

~ Pulangan Tunai (pada 15hb berikutnya – bernilai RM30++)

~ Pembelian seterusnya dengan harga ahli (Jimat 15-20% setiap produk)

~ ‘Matching Bonus’ iaitu Pulangan Tunai Berganda (terma & syarat)

Sebenarnya ada banyak lagi tawaran hebat yang akan diterima sekiranya benar-benar berminat dengan Program Y.E.S ni. Lebih-lebih lagi jika mendaftar dibawah group yang betul dan serius. Setiap ahli akan diberi maklumat terkini dan dibimbing sepenuhnya sekiranya berminat untuk memulakan bisnes online bersama Shaklee. Saya amat mengalu-alukan surirumah terutamanya menyertai saya menjana pendapatan hanya di hujung jari.

Hanya whatsapp/sms atau call nombor 018 2835 816 sekiranya berminat mengetahui lebih lanjut!

signature

RAHA MOHD ISKAK

018-2835 816

5 Tips Hebat Membantu Anak Tidur Dengan Lena

Sebagaimana yang kita tahu, kanak-kanak perlukan tidur yang cukup untuk berehat dengan baik. Kehidupan sebagai kanak-kanak adalah sangat aktif dan bertenaga maka mereka hanya berehat ketika mereka tidur. Tidur yang cukup dan berkualiti penting untuk perkembangan otak mereka. Mengikut England National Health Service, kanak-kanak berumur 5 hingga 9 tahun memerlukan 10-11 jam tidur.

Apa akan jadi kalau kanak-kanak tak cukup tidur? Sesetengahnya mudah meragam, mengganggu prestasi di sekolah, tidak bermaya dan juga kurang bersemangat. Jadi, saya nak kongsikan tips mudah untuk kita praktikkan di rumah supaya anak-anak kita dapat tidur yang secukupnya. 5 tips ini saya olah dari smartparenting.com mengikut pemahaman dan gaya penulisan saya sendiri. Kata kuncinya, KONSISTEN.

tidurlena

Tips #1 – Jauhkan segala jenis peralatan elektronik

Handphone, ipad, PSP ataupun televisyen boleh menyebabkan si anak tidur lambat. Cahaya lampu biru dari skrin tv pula boleh menyebabkan sistem badan tersalah tafsir waktu siang dan menyekat penghasilan hormon tidur iaitu melatonin. Cuba alihkan dan tutup semua peralatan ini sebaiknya sejam sebelum waktu tidur anak bagi memastikan tidur yang lebih lena.

Tips #2 – Pastikan suhu bilik dalam keadaan yang selesa

Suhu bilik terbaik adalah di antara 18-22 darjah Celsius. Ianya membuatkan si anak lebih mudah tidur dan selesa. pastikan juga pakaian anak tidak terlalu nipis (dikhuatiri kesejukan) dan tidak terlalu tebal supaya tidak berpeluh dan panas.

TipsTidurLena
Klik Gambar Untuk Lebih Jelas

Tips #3 – Tentukan rutin harian

Jadualkan waktu tidur pada masa yang sama setiap malam dan ulangi rutin yang sama setiap hari. Lakukan aktiviti yang mudah dan ringkas sebelum tidur seperti mengemas beg sekolah, menggosok gigi dan membaca doa sebelum tidur. Peluk dan cium anak sebelum meninggalkan bilik mereka.

children-outdoor-2
Gambar sumber Google

Tips #4 – Pastikan anak melakukan aktiviti fizikal

Di waktu siang, pastikan anak menggunakan sepenuh tenaganya dengan aktiviti fizikal. Aktiviti seperti bermain di taman, berbasikal dan beriadah bukan sahaja baik untuk kesihatan malah memastikan tenaga mereka digunakan sebaiknya. Elakkan sebarang aktiviti menjelang waktu tidur.

Tips #5 – Konsisten dengan jadual

Setelah kita tetapkan rutin dan jadual tidur anak, pastikan kita konsisten melakukannya setiap hari tanpa gagal. Elakkan membenarkan anak tidur lewat ketika waktu cuti sekolah atau hujung minggu. Teruskan dengan jadual waktu yang teratur agar anak dapat tidur yang cukup dan berkualiti.

Semoga bermanafaat!

signature

mamavogue

Syawal Yang Dirai, Kemaafan Yang Dicari

Salam 19 Syawal buat semua yang sudi membaca blog Diary Nutrisi Mama ni..

Pejam celik pejam celik masa seakan laju berlari meninggalkan kita. Rasanya macam baru je dengar pengumuman bermulanya Ramadhan, tahu-tahu je dah hampir habis Syawal dah pun. Alhamdulillah masih sihat dan bertenaga untuk menunaikan ibadah sepanjang Ramadhan selain berpuasa. Saya doakan kita semua sampai ke Ramadhan yang seterusnya.

Seperti biasa di pagi 1 Syawal, kita akan bersalam-salaman memohon ampun dan maaf dari ibu bapa, adik beradik dan saudara mara. Ada yang mengambil peluang berjumpa setahun sekali ini berkongsi rasa dan cerita. Masa ini lah ikatan yang dah hampir terlerai dikukuhkan kembali. Namun ada juga yang seakan tak mahu ikatan itu disimpul erat malah dibiar terlerai begitu sahaja. Pandangan mata dielak dari bertembung, bahu juga seakan berselisih dengan orang asing walaupun berada di bawah bumbung yang sama.

Syawal

Apa sebenarnya pengertian bermaafan di pagi raya? Adakah ianya satu kewajipan memohon maaf setahun sekali? Atau sekadar salah satu acara wajib yang hanya dibuat atas dasar ‘tak mahu orang kata sombong’ walaupun tiada keikhlasan dihati? Atau tanda kemaafan yang dihulur adalah benar-benar dari lubuk hati yang menyesali segala kesilapan lalu?

Saya sendiri masih tercari-cari jawapan disebalik senyuman dan salam yang dihulur ini. Masih tertanya-tanya adakah kata-kata maaf yang dizahirkan di mulut seiring dengan niat di hati. Kerana ucapan di mulut tak selalu sekata dihati dan minda.

Akhir kata dari saya yang serba kekurangan ini, mohon ampun dan maaf dari lubuk hati paling dalam andai ada kata-kata penulisan saya dalam blog ini yang menyinggung hati mana-mana pihak. Pemahaman setiap orang memang berbeza, intonasi pembacaan juga berbeza. Mana mungkin saya mengharapkan semua orang memahami apa yang saya maksudkan sepenuhnya.

Salam perkenalan dari saya insan kecil dibumi Allah.

signature

mamavogue