11 Tanda Badan Anda Perlu Di Detoks SEGERA

Bayangkan sebatang paip air yang dah lama berkhidmat, cuba kita intai dalamnya mesti boleh nampak betapa berkarat batang paip tu kan? Makin hari makin tebal karat dan perjalanan air melaluinya dah tak lancar seperti mula-mula dulu. Macam tu juga lah dengan tubuh badan manusia, ia perlu di’servis’ dan di ‘overhaul’ sesekali bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan baik dan efisyen.

Bila sepatutnya kita tahu yang badan kita perlu di detoks? Ada tanda atau simptom tak yang menunjukkan badan kita dan terlebih toksin? Dah tentu la ada simptom-simptomnya. Saya nak kongsikan 11 tanda yang boleh kita perhatikan yang menunjukkan badan kita memang sangat perlu di detoks. Saya olah dari artikel di ideadigezt.com.

TANDA #1 – KELESUAN YANG MELAMPAU

Dah tidur awal pun letih, dah cukupkan tidur 8 jam pun bangun masih lesu. Ini kerana lebihan toksik membuatkan sistem badan stress dan mengganggu fungsi kelenjar adrenal.

TANDA #2 – PEMIKIRAN KABUR

Kebanyakan toksin akan menggangu fungsi otak terutama Aspartame dan MSG. Implikasinya, kadang-kadang kita seolah tak berada di dunia sebenar. Aspartame dan MSG adalah eksitotoksin, yang boleh menyebabkan sel otak mati.

TANDA #3 – KETIDAKTENTUAN EMOSI

Emosi yang bercelaru dan tidak tentu adalah petanda hormon yang tidak seimbang. Sesetengah jenis toksin memang boleh menyebabkan ketidak seimbangan hormon dikalangan lelaki dan wanita

TANDA #4 – BERAT BADAN BERLEBIHAN

Walau macam mana pun kita bersenam dan makan makanan sihat, berat badan tetap tidak berubah dan turun. Ini kemungkinan disebabkan oleh toksin yang bersifat menyimpan lemak. Jadi, selagi toksin jenis ini tidak disingkirkan, mustahil kita dapat menurunkan berat badan.

TANDA #5 – INSOMNIA

Apabila badan terlalu banyak toksin, hormon kortisol yang membantu mengawal stress akan terganggu. Hormon ini sepatutnya menurun menjelang petang ke malam namun disebabkan ianya tidak terkawal, ianya mengganggu waktu tidur.

TANDA #6 – SAKIT KEPALA SECARA TIBA-TIBA

Jika kita sakit kepala secara tiba-tiba dan tanpa sebab, ini bermakna kadar toksin dalam badan adalah tinggi. Selain Aspartame dan MSG, bahan pengawet dan pewarna tambahan dalam makanan juga boleh menyebabkan gangguan kepada fungsi otak.

TANDA #7 – SEMBELIT

Adalah sangat penting kita mempunyai sistem penghadaman yang baik supaya dapat menyingkirkan toksin dalam badan. Jika tidak, toksin ini akan kembali ke dalam saluran darah dan menyebabkan badan lebih bertoksin dari biasa.

TANDA #8 – PENYAKIT KULIT

Hati kita sepatutnya menyingkirkan toksin yang berlebihan dalam badan namun sekiranya toksin sudah terlalu tinggi, kulit akan membantu proses penyingkiran ini. Ianya akan menyebabkan jerawat, ruam dan bisul.

TANDA #9 – BAU BADAN

Jika nafas berbau, kentut dan najis yang berbau busuk, ianya menandakan badan kita sudah terlebih toksin dan hati serta kolon menghadapi masalah untuk menyingkirkannya. Proses mendetoks hati mestilah dilakukan sebaiknya.

TANDA #10 – SAKIT OTOT

Sesetengah jenis toksin merangsang saraf sakit pada otot dan menyebabkan kekejangan otot. Ianya mungkin mempunyai kesan serta-merta atau juga mengambil masa.

TANDA #11 – SENSITIF KEPADA BAU

Jika hidung sensitif kepada bau yang berlainan, bermakna badan kita tinggi kandungan toksin. Ianya boleh menyebabkan sakit kepala dan loya.

Perhatikan 11 simptom ini baik-baik, jika badan kita mengalami lebih dari 5 simptom di atas maka sudah sampai masanya untuk kita detoks badan dengan SEGERA. Proses detoks boleh dilakukan secara semula jadi seperti infused water atau mengambil supplemen yang organik dan selamat. Pastikan pengambilan air masak yang mencukupi supaya proses detoks berjalan dengan lancar.

Semoga bermanafaat!

signature

mamavogue

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge